Polis dan tentera pun boleh jadi perusuh dan pembunuh

Entri ini ditulis dengan semangat glokal yang amat digalakkan aplikasinya di negara kita yang semakin cemerlang, gemilang dan terbilang. Menurut fahaman kuno kenegaraan, badan atau lenbaga seperti polis dan tentera itu perlu untuk memelihara keamanan dan menguatkuasakan undang undang negara.

Maknanya mereka adalah kaki dan tangan kepada undang undang. Sebagai rakyat mereka dilihat bukan saja sebagai kakitangan undang undang. malah mereka di lihat sebagai UNDANG-UNDANG. Dalam ertikata lain mereka tidak boleh salah, dulu kini dan selamanya. Dan jika ada apa apa pertikaian antara polis dan orang awam, maka fahaman yang kuno lagi non-glokal akan menuduh rakyat biasa itu yang salah. Mana mungkin seorang penguatkuasa undang undang bikin salah?….

Pakaian seragam itu punyai satu ruh keramat. Ia seolah olah seperti suatu kulit yang ada aura tersendiri. Tidak percaya? Cuba perhatikan contoh ini:

Anda bertelagah dengan seorang petugas yang beruniform, katakanlah seorang posmen. Setelah puas bertekak, tiba tiba datang seorang pegawai polis yang juga beruniform. Anda fikir pegawai polis itu akan berpihak kepada anda atau kepada posmen?

Apa kena mengena tajuk di atas dengan cerita posmen dan polis? Ada. Saya cuma menyimpang seketika dan akan kembali selepas isya dan mungkin terawikh nanti. Insyaallah!

16 thoughts on “Polis dan tentera pun boleh jadi perusuh dan pembunuh

  1. tn elrastom, el-langkawiyeen

    he..he….

    geli aku dgr pasal glokal ni. sensitiviti menjadi2.

    he..he..

    global pada aku adalah suatu objek yang berbentuk ‘Globe’ yang mempunyai ciri2 seperti lapang, licin dan bentuk yang membulat.

    kenapa mesti Glokal? cekal, kental dan waja pun sudah mencukupi

    lihat petikan dari kamus urban dictionary, maknanya pun dah menyindir aku

    http://www.urbandictionary.com/define.php?term=glocal

    GLOCAL MEANING:

    “think global, act local” is the phrase that the social justice movement in the u.s. has adopted. glocal is a combination of global and local…some things are both.

    elhakim, jangan buat tak tau, dengan menteri kalau mau baik, jadilah penasihat bahasa, beri dia istilah hebat hebat supaya rakyat anggap dia pandai (dan glokal) πŸ™‚

  2. “Inilah tanda-tandanya kerajaan UMNO semakin mendekati hujung hayatnya.”

    Hmmm… as much as we would like to believe that, it will not happen. At least not anytime soon.

    Well, “mendekati hujung hayatnya”. does imply a gradual tempo.

  3. saya setuju bahawa polis dan tentera pun boleh jadi perusuh.Kat sekolah ada unit beruniform saperti kadet polis dan kadet laut yang kebanyakannya dianggotai oleh murid lelaki yang memang bermasalah. Selepas SPM mereka senang jadi polis atau tentera sebab markah kokurikulum yang sesuai.Dah jadi polis lagi berlagak.Dengan uniform dan pistol ditangan saya gerun memikirkan apa yang mereka boleh lakukan.Sebab tu ada yang meragut beg, dan terlibat dengan pelbagai jenayah.Tidak ada tarbiyah yang sesuai dan mencukupi utk dia memikul amanah tugas seorang polis atau tentera. Mungkin tentera ok jugak sebab tak berurus dengan orang awam, lagi pun dia ada KAGATnya sendiri.Saya syorkan sekolah diberi kuasa untuk memilih murid untuk kePLKN, supaya murid2 yang bermasalah ini dapat diperbaiki akhlaknya.melalui program PLKN itu.Selepas tu mereka boleh jadi polis yang baik

    Susah juga jadi cikgu di zaman sekarang!

  4. Apsal korang je x jadik polis?
    Dok kecoh mcm2..
    Tahu x susah jadik polis??

    Siapa yang buat kecoh? Jadi polis susah ? Tak jadi polis lagi susah!

  5. Bila polis boleh menembak seorang Melayu, maka saya isytihar “Jalur Gemilang” patut dibakar, kerana tiada lagi maruah pada bendera itu. Instrumen yg diamanah membela rakyat sudah sanggup membenamkan peluru tanpa musabab.

    Jika dikecualikan peristiwa Memali, saya tidak dapat recall peristiwa polis menembak orang awam secara terbuka semenjak peristiwa kematian Cina beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum 1969.

    Saya tidak teragak-agak, mengangkat pemuda yang membakar bendera itu sebagai hero, kerana dia menterjemah realiti kita!

    Berkenaan glokal, saya menemukan maksud global sebagai globalization = internationalization + localization (g11n = i18n + l10n)

    Saya berikan analogi ringkas, untuk buat webpage jadi international, kita tulis dalam bahasa inggeris, tapi untuk jadikan global, kita terjemah dalam pelbagai bahasa, mandarin, urdu, latin etc.

    Jadi, jika digunakan maksud ini, penggabungan glocal tidak kena dari segi pengertian, kerana global sudahpun mempunyai local. Pengertian ini saya temui dalam tulisan mengenai “international user interface” dalam keilmuan human-computer interaction. Walaupun aplikasi dalam sains komputer, pengertian ini dipengaruhi jurusan ilmu lain.

    “Think globally, act locally” hanyalah seperti memberikan surat khabar inggeris untuk disuruh baca oleh orang kampung yg buta inggeris.

    http://teck.in/2005/08/internationalization-localization.html

    Ini jalur fikir baru! Saya mau kaji dulu. Nanti kita gembur gemburkannya ya!

  6. Bendera adalah simbol yang menyatukan sekelompok manusia. Kalau ke Mekah, para jemaah haji Malaysia kenal khemah petugas tabung haji melalui benderanya. Tentera Mahdi disebut dlm hadis membawa bendera hitam yg bermakna tak akan menyerah. Maka bendera mewakili martabat & maruah sesuatu kelompok/puak manusia.
    Maknanya bendera Malaysia turut mewakili Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Pembebel, Bayan, sdr Rostam, anak sedara kau, nenek kau… dan kau sendiri.

    Kalau marah sangat pii bakaq laa bendera kelompok polis.. atau bendera puak umno kaa, juak BN kaa yang tgh jadi kerajaan yang memerintah Malaysia.. pii bakaq bendera negara buat apa yg turut mewakili PAS & PKR. Bukan rakyat Marhaen macam kami yg tembak.. tapi polis.

  7. Saya pernah mendengar gosip dalam suatu ujian psychometric yang diberikan kepada para pelatih inspektor di Maktab Polis Diraja, hampir 40% pelatih itu mempunyai mental trait penjenayah.

    Teringat ungkapan It takes a thief to catch a thief
    πŸ™‚

  8. Kalau bicara soal potensi, setiap orang memang ada potensi untuk jadi apa saja yang dia mahu, termasuk lah penjenayah, pakai uniform atau tidak, tidak menjadi soal.

    Soal,
    β€œInilah tanda-tandanya kerajaan UMNO semakin mendekati hujung hayatnya.”

    Rasanya jauh lagi.

    Jauh lagi? Hayat sesuatu atau seseorang memang sukar diramal. Adakalanya sedang aktif sihat segar bugar, tiba tiba padam! Ada kalanya dah tua kerepot pun masih boleh kayuh basikal sambil bersiul siul dan beraksi lepas tangan tak pegang handle bila nampak anak dara…..hebat!

  9. Salaaam. Hehe, benar sekali wahai Mr Rostam, uniform is the power, birokrasi is the bunga mangga.

    Pape pn , tiada keadilan hakiki selagi Hukum ALLAH tidak tertegak. Yang ada hanyalah buah2 fikiran manusia yang bukan semuanya sekepala.

    Semoga kita akan melihat keindahan Islam dan keamanan dan keadilan Hukum ALLAH soon. And get rid of Lord Reid nonsense law πŸ˜€

    hikmatun,

    Yang dikatakan Lord Reid nonsense itu laksana satu kemalangan sejarah. Kita jadi capek atau tempang kerananya, tetapi melihat kepada ada teknologi sekarang, hidung penyet mata sepet pun boleh jadi anggun mengalahkan Michael Jackson, tiada yang mustahil lagi untuk perlahan lahan dikurangkan kesan nonsense itu kan?

  10. Memang betul, “It takes a thief to catch a thief”. Macam diceritakan dlm movie Batman Begin. Polis perlu berfikir cara penjenayah utk faham penjenayah. Kalaulah polis ada trait pendeta, maknanya habislah semua penjenayah kena ampun!

    Pasukan polis tak cukup global, sebab banyak lokal terabai. Saya tidak kenal seorang polis pun dalam kejiranan. Terdapat taboo dalam masyarakat yang polis kerjanya menangkap orang. Sekurang-kurangnya pada generasi saya. Nak pegi balai polis pun orang takut. Kalau polis dtg rumah, tak lain nak tanggap orang. Tak mustahil dalam waktu terdekat polis jadi public enemy nombor satu.

  11. subhanallah…kenapa anda semua membangkitkan isu ini? saya salah seorang pegawai tentera laut…pada saya kami dan anggota penguatkuasa yang lain sentiasa menjaga keamanan malaysia…kenapa perlu mencaci?mengeji?mengutuk????????

    cukuplah sekadar berterima kasih…saya memberi contoh anda semua pertikaikan pasukan polis…kenapa boleh jadi begini???cuba anda semua bayangkan negara tanpa polis dan tentera..siapa nak jaga????adakah guru?lawyer?ahli politik PEMBANGKANG???

    cukuplah semua…tak ke anda kesian dengan mereka??? cuba anda bayangkan jika anda berada di tempat mereka????apa anda rasa?????

    ada pulak cakap polis dan tentera pun blh jadi perusuh???? ape ni????ni pemikiran dunia ketiga….jgnlah sempit sgt pemikiran…

    saya tak menyangkal ada antara mereka yang bukan seperti rakyat mahukan…tetapi,patutkah kita menyalahkan semuanya???

    bersifat terbukalah wahai semua…..crita plak pasal corruption…saya mengaku wujud dikalangan ahli kerajaan… tapi adakah barisan pembangkang yang terdiri daripada PAS,PKM,DAP tidak akan melakukan bende yang sama????

    come on la…we live in the real world…jangan hanya menunding jari ke arah org lain…cari silap anda dahulu… tanya kepada diri,”Apa yang pernah aku buat untuk negara??”

    HIDUP MELAYU BERSATU!!!!!

    Lt. komander Mohd Tahir bin Haji Mohd Zainal TLDM
    Pasukan Khas Laut Unit 1
    Markas Tentera Laut
    Lumut.

    Tuan TMJ,

    Tiada dalam entri saya mengutuk Tentera Malaysia atau Polis MAlaysia. Tuan kena baca sekali lagi ya. Rujukan saya boleh dikaitkan dengan Tentera Marine USA yang membunuh ramai orang Vietnam, Iraq dan Afghanistan.Tajuknya am, boleh merujuk kepada mana mana tentera/polis di dunia ini. Boleh juga kepada tentera Khmer Rouge, Red Army. Tuan TMJ juga mungkin terpaksa berhadapan dengan para tentera jahat yang suka membunuh seperti mereka ini jika negara di serang. Tuan mungkin terlupa, satu intipati strategi berperang ialah “membaca” apa ada di hadapan kita dengan tenang dan tidak emosi. Medan blog ini sedikit pemaaf berbanding medan perang – silap terkam nyawa padahnya, maka peluang menepis saya berikan supaya Tuan baca semula.

    Seruan bersikap terbuka juga saya kembalikan kepada tuan supaya menjadi pasukan negara yang membela rakyat Malaysia amnya, bukan terpilih hanya kepada satu satu bangsa. ATM komander Agungnya ialah DYMM dan bukan alat perkakas mana mana parti politik. DYMM Agung adalah simbol Raja untk seluruh rakyat Malaysia.

    Ingat sejarah. Tentera dan polis Iran kerana terlalu taksub kepada diktator Shah Iran pernah menghalakan muncung senjata ke arah rakyatnya. Adakah Tuan menafikan hakikat itu? Sebaliknya contoh terbaik di Asia Tenggara ialah di Thailand bila pasukan tentera bangun mempertahankan kedaulatan Perlembagaan daripada permainan kotor ahli politik. Saya harap ATM boleh lebih baik daripada itu untuk benar benar pertahankan negara dalam ertikata sebenar dan bukan setakat retorik atau slogan. Soalan apa yang aku buat untuk negara boleh kita semua sama sama jawab di akhirat kelak, samada kita bekerja untuk mengejar pangkat, kekayaan atau untuk apa?

  12. saya faham maksud saudara…saya cuma tidak senang melihat post ahli2 yang lain…ianya seperti mencabar kewibawaan pasukan keselamatan…

    selama dalam perkhidmatan,saya telah banyak dihantar keluar untuk menjalani latihan memandangkan saya salah seorang pegawai kanan dalam pasukan khas..san diego,india,sandhurst dsb…

    apa yang saya lihat,keadaan amat berbeza dari malaysia… isu perkauman dsb menjadi isu yang amat sensitif…pernah juga ada antara anggota saya mengalami nasib sebegitu… jadi kesimpulannya,kita harus bersyukur dgn apa yang kita ada…

    betul kata saudara DYMM Agong adalah SUPREME commander bagi ATM…namun,ianya tertakluk kepada undang2 ATM sewaktu perang dan aman sahaja…tidak ada kena mengena dgn undang2 civil…kita mempunyai PM dan ahli kabinet untuk itu..

    saya dgn tegas tidak menafikan hukum hudud iani hukum Allah S.W.T adalah sempurna dan tidak boleh diragui..cuma perlaksanaannya harus berperingkat kerana malaysia adalah negara majmuk…

    saya tidak setuju dengan perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh BERSIH…kerana walaupun apa yang mereka ketengahkan adalah benar,namun jika tidak mendapat permit oleh pihak polis,maka ia salah disisi undang2…

    pihak polis tentu mempunyai sebab kenapa….saya boleh merumuskan,ada tempat2 yang dilarang untuk berhimpun secara besar-besaran…jadi sebagai rakyat malaysia,kita harus patuh…

    saya sungguh kesal dengan apa yang terjadi di kuala terengganu…polis mempunyai alasan mengapa perhimpunan itu tidak mendapat kelulusan…ianya berlaku di kawasan istana…namun,tergamaknya rakyat malaysia amnya dan orang melayu khasnya membakar jalur gemilang hanya semata2 kerana kemarahan…membaling batu ke arah anggota FRU,mencaci dan mengherdik…..ini bukan budaya kita…

    kita sememangnya di ajar dgn budi bahasa dan sopan santun…saya harap anda semua faham maksud saya….

    Lt. komander Mohd Tahir bin Haji Mohd Zainal TLDM
    Pasukan Khas Laut Unit 1
    Markas Tentera Laut
    Lumut.

  13. Salam kepada semua hadirin sekelian.sungguh menyakitkan hati sekali pandangan2 yang bagaikan ingin mengatakan bahawa pasukan tentera dan polis ini sebegitu dan sebegini.
    tidakkah anda tahu bahawa dalam pasukan tentera juga terdapat penyokong pembangkang,walaupun realitinya jumlah mereka(pembangkang dalam tentera) amatlah sedikit?tidak adakah anak2 pembangkang yang menyertai pasukan tentera dan polis?ini kerana dari gaya tuan-tuan berbicara,semua tentera dan polis merupakan penyokong kerajaan,dan akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kerajaan tidak jatuh ke tangan pembangkang.

    Saya mempunyai rakan yang bapanya adalah seorang anggota polis di kelantan.Beliau dan ahli keluarga beliau adalah terdiri dari penyokong pembangkang.Ketika bapa beliau mengiringi peti undi untuk dikira,berlaku salah faham hingga penyokong pembangkang menendang kereta peronda yang dipandu beliau kerana menyangka peti tersebut akan dibawa ke tempat lain.saya berasa takjub kerana selepas peristiwa itu,beliau masih penyokong kuat pembangkang.peristiwa tersebut mungkin terlalu common di mana2 sehingga tiada laporan berita dibuat tentangnya.

    pendek cerita,saya bersetuju dengan pandangan Tn Tahir dari PASKAL yang mengatakan tentang hukum Allah.adakah kamu ingat kami tadak percaya kepada Allah dan hukum-Nya?Sesungguhnya saya sering memberi ingatan kepada rakan-rakan pegawai dan anggota saya tentang perkara tersebut.sudah pasti saya menyokong penuh bagi melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta ini.Namun,bukan menjadi pilihan saya untuk menyokong pembangkang yang sangat tidak stabil dan tidak nampak hala tuju yang sebenar dalam perjuangan mereka.

    ini hanyalah pandangan saya,bukan sahaja sebagai wakil dari pasukan keselamatan,malah sebagai seorang rakyat dan seorang Muslim.Wallahualam

    Kpt.Izzat
    Kem MINDEF,
    KL

    Tuan Kapt Izzat, peranan pasukan keselamatan seperti Polis dan Tentera jelas sekali ialah mempertahankan negara, pastikan ia terus berdaulat dan polis menjaga kententeraman awam. Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada setiap warganegara untuk bersuara. Pandangan rakyat sejak akhir akhir ini juga perlu dilihat sebagai satu petunjuk bahawa rakyat tidak merestui sebarang camportangan oleh pihak politik untuk mempengaruhi kedua dua pasukan keselamatan ini. Saya setuju jika ATM dan PDRM terus berlaku neutral dan tidak memihak kepada mana mana golongan politik. Mood rakyat mesti bersama PDRM/ATM dan jangan sekali kali ada pertentangan di antara mood/hasrat rakyat dengan kuasa tentera dan polis. Jika ini berlaku, contoh yang wajar kita hindari ialah apa yang berlaku di Iran semasa peralihan kuasa daripada Shah ke regim baru.

  14. janganlah dibandingkan tentera kita dengan rejim Shah Iran.mereka adalah tentera yang terikat dan tertakluk terus dibawah diktator tanpa boleh dihalang pemimpin2 lain.di malaysia,untuk memobilisasi sesuatu pasukan tentera bukanlah hanya dengan arahan perdana menteri semata2.ia mempunyai beberapa tapisan penilaian pemerintah2 tinggi angkatan tentera,kerajaan dan YDMM Agong.ini kerana konsep negara kita jauh berbeza dengan negara diktator.jika seseorang tentera atau polis ingin menyokong pembangkang,maka tiada sekatan sedikit pun dikenakan keatasnya.

    penyataan encik tentang mood rakyat dan PDRM/ATM adalah tidak tepat.ini seolah2 rakyat semuanya adalah pembangkang dan angkatan bersenjata semuanya pro kerajaan.negara ini adalah negara demokrasi.hasrat rakyat ditentukan dengan pilihan raya.oleh itu,encik tiada kuada mengatakan ketidak adilan angkatan bersenjata kerana angkatan bersenjata langsung tidak mengganggu ‘hasrat rakyat’ yang encik nyatakan.

    sungguh,saya amat terkilan dengan sikat umat islam di zaman ini.kita tidak dapat menzahirkan panyatuan ummah kepada orang bukan islam.lihat,dalam isu membabitkan kepentingan mereka,MCA dan DAP atau MIC dan DAP boleh bersatu seperti kes perobohan kuil di selangor.Mengapa ornag islam sedikit pon tidak boleh bertolak ansur tentang apa2 sekali pun?

    ingatlah hadis nabi
    “sesungguhnya islam akhir zaman amat lemah”
    mengapa?adakah bilangan mereka sedikit?tanya sahabat
    “tidak.bilangan mereka banyak selaki.namun bereka lebah bagaikan buih2 di lautan”
    buih2 ini banyak namun sekali sentuh sudah pecah.itulah kita.dan kita lansung tidak memikirkan pembangkitan umat islam di kala ini,tapi sibuk berparti.ramai diantaranya berlindung konon2 menegakkan islam namun ada udang disebalik batu.

    Kpt.Izzat
    Kem MINDEF,
    KL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s