Bukti kukuh betapa hapraknya media akhbar Melayu : kes Lingham

Saya kurang pasti ejaannya samada Lingham atau Lingam. Jika Lingham, ia samalah dengan jenama sos cili yang sedap kerana kandungan cili asli, tida kseperti jenama lain. Jika Lingam, ia nama yang biasa di kalangan orang India di Malaysia. Etimologi perkataan Lingam elok juga diketahui oleh rakyat Malaysia. Kenalilah budaya bangsa jiran kita! Biarlah bab falsafah Lingam ini ditinggalkan buat sementara untuk kembali kepada tajuk, “Bukti kukuh betapa hapraknya media akhbar Melayu“.

Berita gempar sudah tersebar seluruh dunia mengenai video skodeng peguam Lingam bercakap dengan hakim kanan mengenai kenaikan pangkat di dalam jabatan Kehakiman. Semua akhbar (Inggeris, cuma The Star dan akhbar akhbar China). Akhbar Melayu apa cerita? Kenapa diam membisu? Apakah orang Melayu tidak layak diberitahu mengenai skandal hebat ini?

Sesiapa yang tahu sebab kenapa akhbar Melayu tidak melaporkannya? Jika ada arahan, kenapa arahan demikian itu perlu? Adakah akhbar cuba perbodohkan pembaca atau akhbar sudah dibodohkan?

8 thoughts on “Bukti kukuh betapa hapraknya media akhbar Melayu : kes Lingham

  1. Assalamualaikum,

    Jika akhbar tidak menyiarkannya kita boleh mengatakan akhbar itu akhbar penipu. Jangan sebut pasa etika..mana ada etika dalam media Malaysia. Kalau pengamal media kita bermalam semalam dua dan menonton berita di Jakarta mereka boleh belajar kebebasan media dari negara jiran yang kita remehkan itu.

    Polisi akhbar kita bukan menyatakan yang benar. Mereka hanya mencari kealpaan pembangkang dan membesarkannya dalam media manakala sebesar mana pun kesilapan orang berkuasa mesti ditutup sebaik mungkin hatta kepincangan yang melibatkan berbilion wang rakyat.

    Saya mengatakan kewujudan mereka memang untuk mempertahankan sesuatu parti politik. Sebab itulah kandungan akhbar, semuanya menyalin semula dan kemudian meringkaskan ucapan orang politik. Rupa-rupanya ini gunanya kita belajar meringkaskan karangan ketika di tingkatan empat dan lima dahulu.

    Nyatalah kita diperbodohkan oleh pengamal media yang kebanyakan mereka tidak bersemangat patriotik.
    Pastinya, saya beranggapan jika kita mahukan demokrasi subur di negara ini kita MESTI pastikan pendemokrasian dikalangan media terlebih dahulu.

    Adnan M,

    Kita nantikan apa damage controlnya nanti. Dan jika isu ini berjaya buka mata awam, saya mau raikan kematian media konvensional.

  2. Bukan isu Lingam saja… aku rasa laporan audit mengenai Kementerian Pertahanan pun disembunyikan.. kalau ada pun .. se coit kecikk aje..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s