mundur Malaya blues

Otak manusia adalah anugerah yang cukup unik hebat dan misterius. Manusia boleh mengaitkan sesuatu dengan sesuatu yang lain (asosiasi) tanpa perlu diberi arahan satu persatu seperti komputer. Dari sebuah monolog seperti berikut, kita sudah boleh teka dengan siapa orang itu bercakap tanpa kita mendengar suara pihak yang disebelah sana.

CikManCikMud: Ya ya, sekilo daging. Lagi? Apa? Bawang? Dulu beli banyak dah habis?
Suara X:

CikManCikMud: Yes, correct, correct, correct! Sos Lingham tu I pun suka, pedas bebenor (sangat).
Suara X:

CikManCikMud: Ok ok ok, daun kucai ah? ok nanti u buka pintu pagar ah? remote dah rosak!


Otak yang sihat boleh mengasosiasikan dimana CikManCikmud berada dan dengan siapa dia sedang bercakap. Hanya otak yang sakit, rosak atau dihinggapi sindrom mundur Malaya blues yang gagal menggerakkan nexus otaknya.

Satu lagi gejala blues yang menyerang (kebanyakan orang orang besar yang tinggi pangkatnya ialah gagal mengasosiasikan nada dan intipati bercakap mengikut suasana. Misalnya dalam keadan orang bersedih disebabkan suatu kematian yang luarbiasa seperti mati dirogol. Orang biasa biasa yang sihat minda jiwa dan kalbunya akan tunduk, cakap bertawaduk dan tidak membesarkan diri. Sementara orang yang sudah kritikal sakit jiwa, kalbu dan mindanya akan marah marah menyalahkan keluarga yang malang dan ugut mahu saman.

Anda boleh kaitkan cerita diatas dengan kejadian sebenar? Jika tidak kemungkinan anda juga telah diserang penyakit non-connectivity ini dan satu siasatan perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesahihannya. Tak payahlah adakan Suruhanjaya kerana penyakit ini usianya pun 50 tahun juga.

Buku teks perubatan tambahan: Sos Lingham dan konten cabai sebenar
Rujukan santai Grey’s Anatomy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s