Jikalau saya Ketua Hakim yang dituduh yang bukan bukan

Memang senang berkalau kalau kerana bukan kita yang berada di tempat yang sedang panas diperkatakan. Tetapi tidak semua orang itu sama. Jika berada di tahap sebagai ketua dalam Kehakiman saya berani bercakap dan apa yang saya cakap akan lebih laku daripada membebel di dalam blog. Pertama saya akan panggil semua wakil akhbar dan para blogger untuk satu sidang akhbar menafikan (atau mengaku saja) segala tuduhan yang bukan bukan terhadap saya. Apakah ini menyalahi tatacara dan etika seorang Ketua Hakim?

Jawabnya tidak kerana sebagai pimpinan kepada Kehakiman saya mestilah bertanggungjawab mengekalkan nama baik dan integriti Kehakiman seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Saleh Abas dulu. Pertahankan imej Kehakiman biar apa yang terjadi.

Hari ini Ketua Hakim dilaporkan menyangkal segala tuduhan terhadapnya melalui orang lain yang betaraf Menter. Saya lihat ini sebagai merendahkan mertabat diri sendiri. Saya langsung tidak punyai keyakinan terhadap cara isu ini ditangani. Cubalah berdepan sendiri, tunjukkan kehebatan seorang Ketua Hakim. Berani kerana benar! Pertahankan kebebasan Kehakiman sebagai rakyat yang patriotik!

Malangnya saya bukan ada kuasa seperti Ketua Hakim, tetapi itulah yang akan saya lakukan jika saya seorang Ketua Hakim. Berani kerana benar!

Bacaan wajib sebelum melenting: May Day For Justice

4 thoughts on “Jikalau saya Ketua Hakim yang dituduh yang bukan bukan

  1. saudara,

    Institusi itu sepatutnya bukan setakat mesti bersih tetapi mesti `dipercayai bersih` , `dilihat bersih` dan mesti `dikatakan bersih` oleh rakyat tanpa cacat cela. jika ada gosip sebegini apatah lagi ada video mereka mesti cepat letak jawatan sekalipun jika gosip itu belum disahlan lagi demi prinsip..

    Malangnya, Di Malaysia hampir tidak terlintas di kepala orang berkuasa hendak melepaskan kuasanya walau sebesar mana pun kesalahannya didedahkan. Hatta sampai bogel pun kuasa mesti dipeluk erat.

    Istilah moral atau maruah tiada dalam kamus mereka. lagipun kesemua salah laku itu boleh dibersih dan digilap semula melalui media. Seperti juga lagu-lagu, apabila secebis kebaikan seseorang manusia terus digilap saban hari oleh Tv dan akhbar ia pasti jadi popular semula dan disukai ramai. lihatlah program semarak pada tahun 80 han bagi menggilap ketidak-popularan seorang perdana Menteri.

    Dari kuasa yang ada, apa sahaja salah laku boleh dipertahankan dan dilenyapkan. kalau dikesan selepas mati dan jadi sejarah, apa mereka peduli asalkan dirinya serta beberapa keturunannya sudah kukuh kekayaannya.

    Jadi…usah mimpi mereka akan jadi manusia bermaruah dengan meletak jawatan sepertimana yang dilakukan manusia lain yang tidak pun beragama islam seperti Jepun

    Cakap Bar Council yang berapi rapi boleh kita pakai ? Harap harap boleh lah..dah lamaa dah!
    .

  2. he..he.he.
    Jika yang bertaraf ketua Hakim pun memerlukan seseorang untuk justifikasikan segala apa yang diperkatakan maka kualitas badan kehakiman kita pada taraf apa ya?

    Dalam sistem perundangan politik di Malaysia atau mana2 sistem kapitalis di dunia, suatu amendement atau pindaan yang tidak-bertulis telahpun dibuat awal-awal dan telahpun digunapakai iaitu:

    “saling menjaga bontot masing-masing.”

    Pindaan ini telahpun dilaksanakan daripada jawatan menteri, ketua-polis sehinggalah drebar2 dan tukang2 kebun.

    Hubungan mereka semua berjalan dengan agak “synchronous” asalkan ada “habuan” dan share masing-masing.

    wallahulaam

    elhakim,

    Seperti biasa kita perlu siasat dahulu kesahihan teori “saling menjaga bontot masing-masing” dan ke synchronicity (atau lebih baik cadanganku digunakan simbiosis) hubungan yang dikatakan berjalan baik ini dengan melantik beberapa orang tokoh tokoh pencen ..he he he…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s