Sosiologi Rasuah Dari Segi Islam

Terlebih dahulu saya ingatkan bahawa tidak ada yang baru di dalam entri ini. Tidak juga ada kupasan bernas mengenai sosiologi rasuah dalam Islam. Apa yang ada cuma cebisan cebisan fikrah yang tidak kemas dan padat.

Ilmu sosiologi melihat gejala gejala sosial dalam sesuatu masyarakat. Seperti kebanyakkan sains sosial ia tidak memberikan jawapan yang mengubat secara segera laksana suatu panacea kepada penyakit itu. Ia cuma membahas, mengupas hal hal “bagaimana”, “kenapa”, dan “bila”. Banyaklah teori teori yang dikeluarkan. Bacalah buku S H Al-attas Sociology of Corruption untuk lebih faham.

Kupasan para alim ulama, tok guru dan ustaz biasa sudah anda dengar sambil pejam pejam mata di dalam khutbah setiap Jumaat. Itu sudah jadi seperti budaya, yakni khutbah sebagai ubat tidur tengah hari Jumaat. Anehnya Islam sudah lama bertapak, mesjid sudah banyak di bina (yang terbesar, tercantik, terhebat teknologinya). IPT sudah ada yang International lagi Islamic. Yang dulunya maktab sudah di upgrade jadi universiti. Malang sungguh nasib si Lebai Malang Malaysia, isu korupsi semakin memuncak. Islam di Malaysia kalah mati dengan korupsi. Mungkinkah korupsi ini satu agama baru yang bisa merentasi batas batas perkauman?

Pelbagai institusi Islam yang di bina rupa rupanya tidak berkesan langsung. Lima puluh tahun merdeka agaknya bererti merdeka dari ajaran Islam? Tidak logik juga kerana Indeks Transparensi dunia menunjukkan negara bukan Islam lebih telus.Saya beranggapan bahawa Islam di Malaysia ini hanyalah pada nama, pada syiar-syiar luaran seperti bangunan, universiti, jumlah pelajar yang semakin ramai dihantar ke Mesir Jordan dan sebagainya. Kuantiti sahaja yang hebat. Maknanya Islam di Malaysia langsung tidak mengesani hidup bermasyarakat, menyusun tata cara berpolitik, sosial dan ekonomi. Seperti seorang yang rajin bersolat tetapi masih lagi berjudi, minum arak dan berzina.

Orang Islam Malaysia pula merasa takjub dengan berita kononnya Melayu Islam pertama sudah jadi angkasawan hasil dari gembar gembur media harian Melayu yang terbukti selama ini berjaya membonsaikan fikiran pembacanya.Yang tidak digembar gemburkan dan yang di diamkan ialah selekehnya institusi Islam yang ada untuk mengesani minda rakyat. Tandas awam, tandas mesjid, lori bandaran angkat sampah yang busuk dan kotor, sungai bernajis, rasuah keliling pinggang (dan hutang juga). Kelemahan di bumi semakin dahsyat tetapi nah, ayuh kita raikan kejayaan kita ke angkasa lepas.

Memang jika dilihat dari aspek sosiologi (tidak kira yang Islam atau tidak) kupasan mengenai ini akan menyentuh juga bab bab seperti DEB, dan dasar dasar kenegaraan yang menghangatkan telinga politikus dan bapa menteri yang sebok menjaja hanya syiar syiar dan bukan inti ajaran.

Mungkin juga agak terlalu advanced untuk memasukkan unsur Islam di dalam perbahasan ini kerana usaha yang primary di peringkat membina sebuah negara bangsa mengikut perlembagaan seperti mana negara negara majupun kita masih meraba raba. Usaha daulatkan bahasa kebangsaan masih kabur. Entahlah! Wallahua’lam sajalah!

4 thoughts on “Sosiologi Rasuah Dari Segi Islam

  1. tn elrestumi el-lengkawiyuun,

    el-risyuah, kita telahpun difahami, tp implikasi dan impak el-risyuah masih dalam pemahaman tahap darjah 2 lagi.
    lagipun benda itu sedap. tak baiklah nak salahkan depa saja. salahkan tahap kesedapan el-risyuah itulah. apsai hang sedap sangat.

  2. Berniaga bebas-rasuah lebih sedap! PTS 100% bebas-rasuah.

    Demi mengelakkan daripada tergoda oleh janji-janji muluk pemakan rasuah, PTS tidak masuk sebarang tender kerajaan, meskipun kita memiliki sijil pembekal.

    Oh, mulut mulut naga ternganga luas!

  3. Semakin sukar membesarkan anak di Malaysia ini.. di UK misalnya jelas hitam putihnya.. di sini banyak kaler.. tak jelas .. ada kelabu pekat, ada kelabu tahi anjing.. misalnya artis laki pompuan buleh berzanji.. memanglah bagus, tapi kanak-kanak confuse dgn role model tajaan Astro ni… habis nashid tukar pakai skirt lak… aduhh. Banyak perkara di Malaysia ni macam chameleon.. termasuk unsur rasuah..

    Nashr, ini persepsi baru untuk saya, jika dibandingkan dengan dunia luar, rupanya di sini semakin banyak yang kelabu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s