Nostalgia internet dengan Netscape Navigator

splash.png
Awal Oktober dengan resminya terbitlah versi baru browser Netscape versi 9. Inilah satu satunya browser kita kenal dan guna di tahun 90’an. Logo stering kapal itu terletak dihujung sebelah kanan dan akan berkelip kelip bila beroperasi. Microsoft ketika itu masih sebok dengan OS Windows dan tidak pedulikan pasaran browser tetapi berubah fikiran bila diketahui hakikat masadepan internet bergantung kepada keupayaan browser. Sejarah kontroversi Microsoft lawan Netscape dalam apa yang dipanggil Perang Browser ketika itu diikuti dengan penuh syahdu oleh pelbagai peringkat pengguna, para geek dan usahawan. Kemesraan dan kesetiaan pengguna tercabar dengan masuknya pesaing baru, Microsoft Internet Explorer.

Mengikut logik memang sepatutnya Netscape bungkus dan gulung tikar saja bila MSIE (Microsoft) mula menguasai pasaran, tetapi akal manusia kreatif yang mahu bersaing menyatakan sebaliknya. Kreativiti dan falsafah bisnes yang terpancar daripada perang Browser inilah yang patut kita contohi. Serpihan daripada Netscape seperti Mozilla, Gecko, Seamonster dan sebagainya mulai menyimpang dari arus perdana dan akhirnya berjaya menampilkan diri semula walaupun namanya sudah berbeda. Fikrah menyimpang daripada arus perdana di dalam bisnes saya temui kerap disyarahkan di Universiti PTS dibawah panji Strategi Laut Biru. Fokus PTS terhadap penerbitan buku menunjukkan sifat keuniversalan teori ini.

Failasuf moden Henry James mengistilahkannya sebagai convergent reasoning, yang biasa kita dengar ialah kreatif dan dalam budaya Melayu ialah bukan sekadar bijak tetapi bijak+pandai. Bijak sana kerana mampu membawa kita ke sana (konsep jauh pandangan, berwawasan).

2 thoughts on “Nostalgia internet dengan Netscape Navigator

  1. sebenarnya…. mozilla FIREFOXlah yang paling terbagus buat masa ini. Aku beri perisian2 /aplikasi yang terbagus/paling banyak pengguna/paling mudah DIGUNAKAN

    untuk tatapan umum
    1. Windows XP (kategori 1st OS)
    2. Mozilla-firefox (kategori broswser)
    3. Google (kategori Search-engine)
    4. Youtube (kategori video-blog)
    5. utorrent (kategori bittorrent-client)
    6. Fedora (2nd OS)
    7. Blogspot (text-blog)
    8. Gmail/Yahoo-mail (kategori email-client)

    Setuju! Cuma yang blogspot tu aku kurang setuju. Belum cuba WordPress lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s