Cap Dagangan Baru Eklusif: MIUP

Inilah cap dagangan (politik) baru yang diperkenalkan bulan ini. Menurut sumber sumber yang boleh diragui yakni akhbar akhbar arus perdana, Presidennya berkata,

‘Akar umbi telah menyuarakan keperluan tersebut dan saya percaya negara mempunyai ruang untuk satu lagi parti politik bagi kaum India

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah dipilih untuk tujuan pelancarannya. Tahniah kita ucapkan kepada Presiden Datuk S. Nallakaruppan! Semoga sukses! Malaysia Gemilang, Cemerlang, Terbilang!

Persoalannya: Apakah Malaysia yang sudah 50 tahun Merdeka perlukan lagi parti yang khusus untuk satu satu kaum? Jawapan anda bakal mencorakkan perspektif dan hala tuju negara ini. Silakan!

Bacaan tambahan: Minggu yang memilukan (Rustam A Sani)

10 thoughts on “Cap Dagangan Baru Eklusif: MIUP

  1. Salam.

    Matahari yang memberi sinar cahaya baru? atau..

    Himpunan keris 50 luk terhunus?? hehehe..
    Keris Gerakan ada dua dan lagi besarlah hehehe

  2. Rastom, ini Nalla punya…
    Bersempena Hari Raya Aidul Fitri ini, Book Project blog akan paparkan avatar anda dan blog anda. Sila sediakan satu post mengenai suasana you berhari raya. Serta ucapan anda kepada muslimin dan muslimat seluruh alam siber dan seantero dunia. Terima kasih kerana sudi mengambil bahagian. Zubli Zainordin.

    Zubli, nanti mau pikir apa mau cakap..takka nselamt hari raya saja? Awat mebsite hang sarat sangat?

  3. Kaum India sudah ada 3 parti. Ini yang keempat. Berbanding kaum-kaum lain, orang India ada lebih byk pilihan.

    Persoalan perlu satu atau banyak parti; parti majmuk atau satu kaum tidak releven, kerana semua bentuk itu releven dalam kerangka demokrasi.

    Kalau nak tengok dari kerangka politik India. Pertambahnya satu parti bermakna lebih byk pepecahan dlm org India dan menampakkan tanda-tanda kelemahan MIC. Ada satu masalah ttg MIC iaitu Samy Vellu tak tergugat. Masalahnya, tidak seperti lain-lain presiden parti yg dipilih oleh perwakilan, Samy Vellu menerima mandat terus dari ahli parti. MIC ada pemilihan presiden secara terus oleh ahli akar umbi. Jadi, Samy mendapat mandat atau undi popular.

    Parti baru akan mengecilkan sokongan kepada Samy sehinggakan tidak lagi “representative” bagi kaum India.

    Dari segi pembangkang, ini boleh merealisasikan satu barisan, satu bendera bagi pembangkang, boleh mewujudkan Barisan Alternatif. Masalah tidak boleh daftar BA ialah kerana tak cukup bilangan parti. Jadi ini boleh mengorak langkah kepada sistem dua parti yg sesuai dgn sistem pilihanraya Malaysia.

    Betul juga…ini idea yang berpotensi besar untuk dimajukan ke pihak yang berminat.

  4. pak rastom.
    tidak ada mana-mana parti politik bukan komponen BN dibenarkan menggunakan PWTC, pelik MIUP ini mudah saja diberi ruang di PWTC.TPM memberi respon, media membenarkan ruang seluas-luasnya.

    fakta ini menimbulkan pertikaian..

    adihamka, jika benar tiada parti melainkan komponen BN boleh guna PWTC, maka saya dengan tergesa gesa membuat kesimpulan bahawa mengikut logiknya MIUP ini adalah komponen baru BN, jika tidak de jure, de factolah!

  5. tn elrastom eljundulla…

    laaagi mau crita..kalu…
    aku tertarik dgn komen elhanif elzuhdi.

    analisis boleh dibuat ke atas komen beliau yang bermaksud…

    Jika tdpt 10 parti pecahan dalaman MIC pun, kedudukan Samy Vel tetap tidak tergugat. Yang di atas tetap di atas.

    Andaian ini bolehlah di samakan dengan orang Melayu dgn kedudukan PM yg hampir susah nak digugat (tambah2 lagi jika ada yang berdarah ke-Indian)

    Maknanya di sini, ciri-ciri keindiaan agaknya masih banyak menebal dalam kehidupan el-Malayuwiyuun.

    ntahler

    Prof elHakeem! tanggapan tajammu itu memberikan satu getusan idea bahawa ruh atawa psyche el Malayuwiyuun ini masih dihantui atau dinodai oleh sang dewa (deva), pekat dengan sikap atau mentaliti hamba. Saya membayangkan el Sammy Valuation itu merupai seorang Sang Dewa Rajuna yang berdosa sekali kalau dicemuh, apalagi kalau diturunkan dari takhtanya. Mungkin kita kena belajar banyak teori ini dari Prof. elhanif elzuhdi? Boleh Prof elhaznif luangkan sedikit masa untuk idea yang berkaitan?

  6. Serupa tapi tak sama. Kedua-duanya, Tok Samy atau Pak Lah ternobat sebagai Dewata Raya, tetapi melalui jalur yang berlainan. Tok Samy pakai highway, Pak Lah terpaksa transit di beberapa lapangan terbang.

    Namun, pendewaaan tidak tertakluk kepada dua entiti ini. Lihat juga DAP dgn Lim Kit Siang, PKM dgn Chin Peng, PAP dgn Lee Kuan Yue, malah PKR tak dpt mengelak dr mendewakan Anwar Ibrahim.

    Ada sedikit perbezaan pd PAS. Pendewaan Nik Aziz tidak mutlak dan tidak menjalar ke segenap lapisan parti. Doktrin pemisahan “mursyid-pimpinan” berfungsi menghadkan pengaruh Sang Dewa.

    Tidak dapat dinafikan masih ada pengaruh keindiaan. Namun jangan lupa pengaruh kecinaan dan keislaman. Ketiga-tiga pengaruh ini ada kecenderungan mendewakan pimpinan. Cuma saya berpendapat, sang dewa tidak secara total menodai, sebaliknya ada unsur kesukarelaan diperhambakan. Ini kerana saya anggapkan ini mungkin sifat semulajadi bangsa rantau ini.

    Ada teori yang boleh mengaitkannya. Sila rujuk teori “cultural dimensions” oleh ahli sosiologis berpengaruh yang juga pakar “cross-cultural communication”, Geert Hofstede. Teorinya diperjelas dalam bukunya “Cultures and Organizations, Software of the Mind”. Hofstede menilai sesuatu bangsa berdasarkan 5 dimensi, iaitu (1) “power distance”, (2) Individualism vs. collectivism (3) Masculinity vs. femininity (4) Uncertainty avoidance dan (5) Long vs. short term orientation. Menurut beliau, unsur-unsur ini mempengaruhi perlakuan bangsa atau satu2 masyarakat dan persisten merentas zaman.

    Saya hendak menarik perhatian pada data kajian beliau mengenai Malaysia. Indeks “power distance” (saya tak pasti apa istilah melayu, mungkin boleh “jurang kuasa”?) bagi Malaysia adalah yang tertinggi iaity 104 berbanding purata dunia 56.5. Ini bermaksud jurang yang terlalu besar antara pemimpin dan orang bawah. Sebagai catatan, kajian ini dijalankan sekitar akhir 60an dan awal 70an.

    Kajian silang juga dijalankan pada data menurut agama yang menunjukkan Atheist (merujuk pd Cina), Hindu dan Islam cenderung mempunyai indeks “power distance” yang tinggi.

    Jadi tidak hairanlah kita dapati hampir semua parti menghadapi isu pendewaan pimpinan.

    Namun, saya kurang percaya kepada cara mengubah minda masyarakat. Malah menurut Hofstede, sifat bangsa itu persisten. Saya lebih cenderung kepada cara dengan merubah kerangka organisasi; contohnya mengubah sistem pemilihan, atau pilihanraya, mengstruktur parti seperti contoh PAS. Masalahnya di Malaysia, orang kita terlalu “lurus bendol” menerima bulat-bulat bentuk pemilihan “plurality rule” atau first-past-the post (fptp) ala westminister. Kita mengikut fptp bukan setakat dalam pilihanraya umum, malah dalam sistem pemilihan parti!

    Saya berhenti setakat ini dahulu, dan lihat komen pembaca-pembaca. Kalau panjang2 nnti tak faham pulak.

    http://www.geert-hofstede.com/
    http://www.international-business-center.com/international_newsletter/april_2003/april_03_web.htm#article

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s