Hadhari Cattle : Apa ada pada nama?

Tahniah kepada Pendaftar Syarikat kerana telah meluluskan pendaftaran nama Hadhari untuk syarikat Hadhari Cattle Industry Sdn.Bhd. Bukan senang mencari nama yang “cun” untuk sesebuah syarikat, dan kesusahan ini mengingatkan bagaimana permohonan saya untuk mendaftar nama pilihan saya ditolak oleh pegawai pendaftaran. Saya pernah bercadang menamakan syarikat yang ingin saya usahakan itu sebagai “Galak Tua Travels” (imbasan bahasa Inggeris, Galak Tours”) dan ia juga ada kaitan dengan nama akar kayu tempatan yang menyaingi khasiat tongkat Ali. Kerani yang mengambil borang yang telah siap disi ke dalam bilik Pegawainya. Sejurus kemudian dia keluar dan mengembalikan borang dan menyuruh saya mencari nama lain. Astaga!

Penat penat saya memerah otak mencari nama, mudah saja ditolak mentah mentah. Nasib baik mood saya ketika itu masih terkawal. Lalu saya bertanya kerani itu siapa gerangan bosnya. Stelah puas saya menyoalsiasat barulah saya faham kenapa nama cadangan saya itu ditolak. Nak tau sebabnya? Cuba teka?

Berbalik kepada cerita Hadhari Cattle diawal tadi, saya sebenarnya bermaksud mendapatkan pandangan anda, apakah wajar diluluskan nama Hadhari untuk syarikat lembu itu?

8 thoughts on “Hadhari Cattle : Apa ada pada nama?

  1. Sebab dah lulus.. maknanya ikut sistem nilai Islam Hadhari adalah wajar. Kalau ikut sistem nilai linguistik.. hehehe… takut nak komen laa Tuan Rastom.. takut dikejar JAKIM kerana dituduh murtad dari Islam Hadhari.

  2. Apa dok hadhari cattle. Aku ngan Carlos baru habis baca berita kat studio nie.. sejak voi ni dia pakai camel camel branded gear semua. jubah tinggal kat chopper.

    Usloq.

    Dee,

    Kirim salam sama Amin Carlos. Sudah kena demam Camel gear ? hehehhehe…

  3. Galak Tua!? Sodap namo tuh!

    Sosuai bonar untuk nama blog.

    Gurindam Jiwa,
    Apa apa unsur yang berkaitan dengan “kuat jantan” sudah puas dieksploit oleh dunia komersial. Kopi kopi kuat buatan tempatan berjaya menyingkir ketuanan Nescafe. Cadangan baik! Sila silam sesiapa yang berminat dengan jenama Galak Tua, Halban Condong, Teras Temusu atau Tunjuk Langit boleh guna nama nama tersebut. Kacip Fatimah mungkin sesuai hanya untuk bloggers wanita. Mungkin Puan Ainon berminat?

  4. eltuan elrastumi,

    nama Galak-tua memang melampau.
    Mungkin ia dalam bentuk sindiran dengan 2-perkataan yg telah diterbalikkan.

    maksud aku, beliau ‘terasa’ agaknya.

    Entah2 pegawai itu saudara kpd A. Galak.

    siapa tahu ?

    Messrs el Hakim el Baghdadi,
    Tiada kaitan samasekali dengan el Galaki yang sentiasa berGerak Khas atau A Galak yang bergerak gerak bila dirangsangi. Tidak, tidak samasekali. Jawapannya ialah: Pegawai Pendaftar yang menjadi bos hari itu ialah seorang anak dara yang saya agak amat sensitif dengan elemen elemen yang memberi enhancement kepada ketrampilan kejantinaan. hehehehe

  5. Ha ha ha, itu jawapannya.

    Mulanya saya terfikir; jika Tuan Rastom ada syarikat itu, pelanggannya terhad. Hanya untuk lelaki tua yang galak sajalah. Dan juga tempat tour juga terhad; hanya ke tempat-tempat lelaki yang tua yang galak itu mahu pergi sahajalah. Perempuan tidak akan ikut tour tuan, kecuali dia itu peneman lelaki tua itu dan sudah tentu bukan perempuan itu bukan peneman yang sah di sisi undang-undang.

    Catatan: Galak yang saya terfikir dalam benak sewaktu membaca nama itu adalah yang definisi ke 5 dalam Kamus Dewan Edisi ke-4.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s