Jurang IT di dalam kes Lingamgate

Kes video Lingamgate menampakkan sisi kelemahan yang lain, sudut lain daripada sudut yang menjadi sorotan media dan internet masa kini. Orang bergunjing di sana sini perihal video itu yang implikasi terusnya ialah persepsi awam terhadap kesungguhan kerajaan membenteras rasuah. Sementara ada pihak pihak yang beroleh untung daripada berlanjutannya kontroversi ini, dari sudut pandangan saya yang masih waras dan tidak terlalu buta IT, kes ini banyak ruginya jika tidak diselesaikan secepat mungkin.

Di dalam era teknologi digital sudah berlaku banyak perubahan terhadap istilah dan elemen elemen seperti video dan audio. Kesahihan sebagai kayu ukur untuk bahan digital tidak sama dengan bahan analog. Maka tidaklah tepat untuk menggunakan kayu ukur kesahihan, kesucian atau kemurnian sesuatu bahan itu secara idealistik. Kamera yang menangkap objek itu sebenarnya merakamkan objek itu dengan pelbagai kelemahan seperti warna, pengcahayaan dan pergerakan yang tidak sama, tidak serupa samasekali dengan objek itu. Maka jika mahu digunakan kayu ukur “sahih” untuk sesuatu bahan itu, kita perlu memecahkan kesahihan itu kepada beberapa faktor.

Kesahihan apa yang kita mahukan?

  • Objek
  • Audio
  • Warna/color
  • Pergerakan/motion
  • Kesinambungan/continuity
  • Pita video yang menjadi isu ini kelihatan pada dasarnya adalah satu produksi yang asas. Rakaman terus ke kamera. Untuk bahan produksi yang asas, analisisnya tidak perlu dilakukan hingga ke Hong Kong atau Bollywood kerana kita sudah ada Universiti Multimedia dan kepakaran tempatan yang sudah pun mampu menerbitkan filem animasi CGI (animasi bantuan komputer). Melanjutkan isu ini merugikan kita kerana ia meremehkan kemampuan IPT dan para spesialis media tempatan. Ia meremehkan kejayaan MSC dan segala dasar IT selama ini. Ia mencerminkan keputusan keputusan yang tidak seiring dengan perkembangan teknologi. Ia mewujudkan senario kemampuan yang sumbang : cemerlang di angkasa lepas, corot di bumi. Berilah kepercayaan kepada saintis, spesialis tempatan seperti mana kita berikan keyakinan kepada Dr Muszapar untuk ke angkasa lepas. Minda yang bebas dan merdeka perlu yakin dengan kemampuan anak bangsa, generasi yang bakal membawakan kecemerlangan negara.

    3 thoughts on “Jurang IT di dalam kes Lingamgate

    1. Sebab F1 – Malaysia jadi popular..
      Lembu Punya Susu, Jgn sampai Sapi Dapat Nama..

      – apa me mengarut2 nih? uhuhu

      yginsaf, sebab sudah terlalu banyak mengarut ngarutlah yang jadi begini.

    2. he…he..he.

      eltuan el-rustami el-Tikriti,

      janganlah ada antara kita terus-terusan buat2 tak tahu dan tidak mengerti.

      Sudah Bersuluh Lagikan Terang.

      KEBENARAN adalah suatu yang menakutkan.
      Pembohongan adalah suatu yang lumrah di akhir zaman.
      KEBENARANLAH musuhnya yang sejati.

      Aku rasa KPN patut diberi pengijazahan “ustaz” seperti sireh pulang ke gagang, di manakah kuah kalau tidak tumpah ke nasik.

      Mereka yang “berkuasa” menidakkan kuasa mereka dalam sesetengah kasus.

      Dalam bidang IT atau computer-science, peristilahan yg diberi adalah:

      “THE ACT OF DENIAL OF SERVICE–DOS”

      he..he..

      PING OF DEATH (POD-DOS) agaknya…

      entahlah…

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s