Eksperimen yang boleh dikongsi bersama

Dr Sheikh Muszapar membuat eksperimen di angkasa lepas. Apa penemuan eksperimennya anda kena tanya dia. Eskperimen saya juga di satu ruang lain yang mungkin angkasawan Malaysia pertama itu tidak boleh lakukan berdasarkan tiadanya blog yang beliau bangunkan. Eksperimen saya mudah kepada mereka yang sudah punyai blog masing masing.

Ramai diantara kita yang punyai blog di blogger.com/blogspot.com dan wordpress.com. Ini semua dipanggil hosted blog yakni blog yang menumpang domain. Segala hits dan kadang kadang iklan dikaut oleh tuan empunya domain iaitu blogger.com dan wordpress.com, kecualilah jika anda menggunakan atau membuka akaun Adsense dan sebagainya. Saya tujukan entri ini kepada anda yang serious dan punyai visi untuk mengembangkan blog anda. Mungkin motif anda ingin menjana pendapatan, menyampaikan pandangan atau berkongsi maklumat. Sebaik baiknya ialah anda punyai domain sendiri. Apa itu domain sendiri? Contohnya bila elhakim.blogspot.com membuka satu domain atas namanya sendiri seperti elhakim.com atau elhakim.net. Bila sudah ada domain sendiri maka banyak ciri ciri istimewa yang tidak diizinkan dalam hosted domain boleh anda gunakan. Saya sedang menguji satu situs (laman) di SINI. Cubalah KLIK! Ramai rakan rakan yang membuka domain sendiri yang telah berjaya menjana $$$ kerana mereka rajin. Sementara saya ini Sheikhul Kaslan, apa boleh buat. Blog yang saya bangunkan itu berdiri di atas Drupal 6 Beta 2. Apa kelebihannya? Ada Jquery (sejenis perasa JavaScript). Banyak lagi, termasuk AJAX.

WordPress.com ini amat kedekut tahi hidung masin. Javascript langsung tak boleh. itu tak boleh , ini tak boleh. Sementara di blogger/blogspot.com pula ia sudah terlalu sarat dan “bising”. Cubalah fikir fikirkan kemungkinan kemungkinan lain yang menguntungkan anda jika punyai domain sendiri. Banyak web apps yang boleh anda aktifkan dan ini membuka peluang anda mendalami pelbagai teknologi internet disampinganda memblog.

9 thoughts on “Eksperimen yang boleh dikongsi bersama

  1. aku masih bereksperimen dengan blog lagi..pengunjung yang datang ke blog aku masih x constant lg la..kejap ade,kejap xde..macam chipmore..hehehe 🙂 jadi kesimpulannya aku takut dengan adanya domain sendiri akan membawa kerugian kepada diri aku sendiri…

  2. tak sompek nak main2 dgn drupal lagi.. EE pun x lepas.. hehehe..

    “Satu generasi, 50 tahun berlalu, tidur berdengkur” macam kena pula dgn soalan saya kpd Dr.SMS..

    eksperimen tidur berdengkur di angkasa ada buat atau tidak.. kalu mikro graviti dpt menepis dengkuran.. ini 1 berita gumbira utk para pendengkur..

    err.. RASTOM.NET buat duit jual apa?

  3. AIK?! he..he..he..

    Tak salah dulu, maksudnya tahun lepas, berbulan-bulan lepas,

    Tidak henti-henti Tetuan Elrastumi, el-lengkawiyeen Al-Madani memuji-muja wordpress sambil menghentam bloggers.

    alih-alih, mengutuk pulak. kesian wordpress.

    Betul kata Arwah P. Ramlee..

    sedangkan lidah lagikan tergigit..

    he..he..he.

  4. Dan saya sedang cuba menjadikan StudioMuslim itu satu brand… 😉

    Pst.. Banyak nak kena belajar daripada Tuan Rastom.

    studiomuslim, untuk mewujudkan niche tersendiri, cuba cubalah brainstorming dengan rakan rakan, carikan satu sudut khusus, insyaallah dapatlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s