Suara zaman mencari kebenaran dulu, kini dan selamanya

Entah kenapa saya terdorong untuk membaca kisah kisah lampau mengenai beberapa personaliti yang rela tidak naik pangkat, dicantas dan tempelak. Personaliti manusia manusia yang berada di merata dunia dari pelbagai budaya dan agama ini menggariskan sesuatu yang unik mengenai kehidupan. Dari kisah Paul Tillich, tokoh agama Kristian yang pandangannya mengenai kewujudan Tuhan tidak disenangi oleh arus perdana Kristian, Louis Massignon, penganut Katolik yang terpesona dengan sang sufi al Hallaj lalu dengan usahanya terhasillah apa yang dikenali kini sebagai Dialog Antara Agama yang kemdian turut disokong oleh mantan Presiden Iran Mohammad Khatami. Nama Hans Küng, padri Katolik kelahiran Swiss berada di senarai utama dalam usaha merintis dialog ini dan ini orang yang terpelanting daripada arus perdana Gereja Katolik kerana berbeda pendapat sementara orang yang pernah beliau rekemen naik pangkat kini melonjak naik menjadi orang yang nombor satu di dalam carta organisasi kePapaan (Papacy) yakni Pope Benedict XVI sementara Hans Küng terputus dari talian hayat kePapaan dan meneruskan kerja kerjanya di universiti.

Melihat kepada kesan yang ditinggalkan al Hallaj terhadap para senior di dalam ranking padri Katolik yang menongkah arus perdana zaman maka tidak sia sia rupanya pengorbanan al marhum al Hallaj ditangan penguasa di zamannya. Kalimatnya أنا الحق ana al-haqq, masih bergema. Dan kita bersyukur kerana masih ada dikalangan kita yang beristiqomah dengan kebenaran, membujur lalu melintang patah.

Bacaan kepada yang berminat: The Tawasin oleh Mansur Al-Hallaj

2 thoughts on “Suara zaman mencari kebenaran dulu, kini dan selamanya

  1. he..he.he.

    aku ingatkan

    Al-Hajjaj El-Yusuf At-Thaqafi…

    elhakim, bukan, bukan, itu si el-kulayb (anjing kecil)birokrat juga dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s