Keputusan Ekskutif Melenggang kangkong Kerana Masih Otak Analog

Siri fitnah yang semakin menggebu gebu sekitar Bapa Kehakiman Malaysia dan tauke alias peguam Tetuan VK Linggam masih lagi menjadi box-office nasional. Yang dingobrol ngobrol laksana melenggang kangkong ialah perihal kesahihan, keautentikan dan/atau keaslian pita tersebut.

Tanyalah mana mana pelajar sains komputer yang freshie pun mereka boleh mensyarahkan apa bedanya antara original copy dan digital copy jikalau yang original itu adalah dalam bentuk digital. Jika salinan digital yang dilanunkan, misalnya perisian keluaran Microsoft boleh menjadi kesalahan kepada pemiliknya apakah maknanya? Jika mahkamah Malaysia tidak mahu menerima kesahihan salinan salinan yang telah dilanunkan sebagai bahan bukti kenapakah para penjual VCD cetak rompak diburu?

Manusia otak zaman analog memang tidak layak memimpin rakyat yang rata rata sudah celik IT. Sedarlah diri dan bila tamat tempoh perkhidmatan eloklah berpencen. Tidak perlu menyambung tugas lagi. Berilah peluang kepada para pelapis muda.

Jabatan jabatan kerajaan yang mengamalkan kerja menyambung tugas orang yang sudah pencen inilah salah satu sebab mundur dan tidak dinamiknya pengurusan. Saranan saya ini bukan saja untuk Ketua Hakim saja malah kepada seluruh kepala jabatan kerajaan. Sudah terlalu banyak pembaziran daripada keputusan keputusan analog yang Tuan Tuan dan Puan Puan lakukan seperti menghias, membesar, memanjang dan memperbanyakkan pelbagai mesin, alat pejabat yang canggih canggih tetapi tidak cekap melaksana dan meggerakkan mesin dan peralatan tersebut. Revolusi IT bukan setakat melambakkan alat di pejabat Tuan dan Puan, otak dan sikap juga perlu berubah seiring dengan kemajuan. Faham!

5 thoughts on “Keputusan Ekskutif Melenggang kangkong Kerana Masih Otak Analog

  1. Kenyataan tuan hamba bahawa orang-orang tua-pencen tidak sesuai membuat keputusan bagi zaman IT ini… ermmm… tidak patut. Saya pun orang tua… tapi celik IT sikit-sikit! Barangkali saya perempuan Melayu paling tua (58) yang blognya dibaca oleh orang-orang muda pandai IT. Pencapaian ini lebih susah daripada menjadi penumpang dalam kapal angkasa pelancongan!

    Ya el ustazah falsu,

    Pencapaian begitu adalah satu pengecualian yang wajar diangkat di peringkat nasional mungkin oleh MIMOS atau MDEC sebagai Personaliti IT Tahun 200X. Malangnya yang berada di “sana” itu agaknya sudah terkesima dengan pelancongan angkasa melepas, atau yang sudah pencen tetapi menyambung kontrak lagi 6 bulan. Saya amat simpati dengan mantan mantan birokrat yang miskin jiwa terpaksa mengemis untuk sambung kerja sedangkan kerja yang dulunya sudah jadi buah mulut orang satu dunia.

  2. Ya! eltuan elrastumi El-bagdadi fil El-langkawiyun,

    he..he..

    bukannya apa,
    sebenarnya terdapat anasir-anasir el-berat sebelah di sini.

    mari kita rujuk tentang kesahihan pita-pita video mengenai tentang keganasan perusuh-perusuh yang dikatakan penyokong el-pembangkang di Bt Burok, terengganu baru-baru ini.

    Berapa banyak pula video-video tersebut disunting dan dikerat-kerat?

    Tetapi walaubagaimana persoalan keauthenticationan mahupun ketulenan video-vidoe tersebut tidak pernah timbul baik ia menjelma dalam bentuk analog mahupun tahap tertinggi digital.

    Ia sebenarnya bersangkut-paut pada kapasiti manusia yang mendakwa. Jika kapasiti pendakwaan di sebelah kerajaan maka, kes akan rancak berjalan.

    Kalau boleh, video yang di-edit antara Nik-el-Aziz dengan Siti Nurhaliza dalam sebuah kelambu pun boleh dibuat bukti kes untuk pendakwaan semasa pilihanraya yg bakal berlangsung tidak lama lagi. Cuma teknologi kepakaran itu dalam permainan politik UMeNo agak kurang (walaupun ada)

    he.hehe..

  3. Saya pernah bersembang dgn seorang Major.. kami bincang pasal electronic warfare.. masalahnya di ATM & KEMENTAH ni.. ramai pemimpin atasan lahir pada tahun sebelum B.C.. bukan Before Christ.. tapi Before Computers. Jadi keputusan selalunya.. faham-faham sajalah.. bukan saja analog.. tapi litar neuralnya juga solid-state..kekekekek

    nashr, tidak juga menjadi masalah kiranya pimpinan atasan itu bertassamuh dengan generasi yang celik IT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s