Tuan Jim

lord_jim_cover.jpgAda apa dengan buku ini? Diterbitkan pada 1900. Boleh dibaca percuma kerana terdapat di merata laman web: Di sini dan juga di sini. Dan banyak lagi. Gaya penulis bercerita tidak ubah seperti sedang berkhutbah dan saya yakin ia boleh dijadikan ubat tidur mujarab untuk yang menghidap imsomnia.

Latar utamanya di suatu daerah yang amat dekat dengan kita dan watak watak yang tidak asing kepada telinga Melayu seperti Raja Alang, Mohammed, Tambi, serta masyarakat Melayu dan Bugis. Pangkat gelaran Tuan yang diberikan kepada Jim itu juga digunakan di dalam novel ini. Hatta inspirasi menulis juga diambil dari insiden tenggelam (atau hampir) kapal haji SS Jeddah yang belayar dari Singapura-Pulau Pinang-Jeddah.

Buku yang cukup mencabar kesabaran kerana banyak paragraf yang panjang panjang hampir satu muka surat dan cara bercerita yang non-linear. Mungkin kerana ini Joseph Conrad dianggap penulis yang melampau di zamannya.

Ada unsur motivasi jika dilihat kepada cabaran yang dihadapi protagonis yang berusaha menebus malu dan kegagalan justeru melarikan diri hingga ke kepulauan Melayu dan akhirnya ditemui nilai harga dirinya dikalangan masyarakat Melayu.

One thought on “Tuan Jim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s