Sai Fai pimpinan Melayu kini mengangkasa!

Sejarah Melayu moden mencatatkan beberapa artifak yang berkaitan Angkasa. Ada karyawan dulu namanya Nuri Angkasa, ada bangunan Angkasapuri, akronim untuk koperasi ialah ANGKASA dan Ayah Pin yang hilang misterius pernah mengklaim memerintah kerajaan langit.

Hari ini mata saya terbeliak melihat istilah Mengangkasa Bangsa. Puas sudah saya mencari apa relevannya angkasa dengan masalah orang Melayu. Yang nampak nyata sebelum TPM Pak Najib mengzahirkan isitlah cerdohnya (cerdik+bodoh) orang Melayu yang kurang duit memang kenal dengan borang warna warni ANGKASA (pinjaman koperasi). Namun barangkali beliau amat teruja untuk mengungkapkan sesuatu yang original di hadapan khalayak. Ini teknik yang sering digunakan ramai pemimpin Melayu. Seolah olah setiap sesuatu istilah baru itu ada daya magik laksana sentuhan Raja Midas. Sebut saja maka menjadilah. Kun fa yakun. Dengan terpanculnya ungkapan itu, maka sudah termaktublah frasa yang akan didendangkan oleh para editor akhbar akhbar Melayu dengan pelbagai ulasan yang muluk lagi mendendangkan. Pun demikian, dalam suasana hidup yang kian murung lagi kelabu asap ini, elok juga rasanya hal hal yang pelik seperti ini dijadikan sebagai satu dendangan di waktu lara. Sekurang kurangnya terhibur juga hatiku yang sedih melihat bangsa yang masih membumi dan bakal dikebumikan kelak. Wallahua’lam!

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

11 thoughts on “Sai Fai pimpinan Melayu kini mengangkasa!

  1. Salam Bunga Angkasa..
    Indah sinar sang suriaaaaaa… Merdu irama sang bayuuuuuu…

    hahaha..
    baru smlm jumpa gang utusan.. tanya bila nak ubah langsir depan.. gang tu kata kain langsir smua dah ready.. guna mesin jahit yg sama gak ASP…tp la ni tunggu menejemen apruf jer.. hahaha..

    cek emel tuan.. Tema Berita Revolusi untuk diujikaji

  2. Kata-kata TPM itu adalah simbol-simbol linguistik baru bagi meneruskan budaya pembohongan yang sudah lama diamalkan oleh pemimpin-pemimpin kaum amenu….

    Adakah simbol simbol linguistik baru yang bombastik ini mencerminkan jiwa satu bangsa baru atau bangsa lama atau satu kelompok sub-bangsa yang di zaman pra Islam gemar melayan sajak sajak di Ukaz dan Zil Majaz?

  3. Amenu?

    Ya aiyyuhallazi na amenu?

    Ada dalam Quran tu!

    Walau bagaimanapun, bapak-bapak Nahdatul Ulamak bilang Negara Islam enggak ada dalam al-Quran.

    Tuan ka Puan gurindam Jiwa?
    Indonesia nampaknya sudah jauh tinggalkan kita dalam berfikir. Para bapak NU itu berfatwa ada hujah sementara beberapa kiyai kiyai lain dalam organisasi Islam yang tidak bersetuju pun ada, tetapi pokoknya ada hujah. Negara Islam yang dijaja kepada kita ada banyak justifikasi mau menang politik sahaja. Ia dijaja seperti Utopia untuk menidurkan. Asas dan sendi negara sekular (yang masih beroperasi) itupun masih kabur. Belum duduk sudah berlunjur!

  4. hurmm…
    sebenarnya tempat dibumi sudah tiada untuk bangsa kita ini.
    sebab itu pemimpin suruh kita ke angkasa!!!

    tn elrastom, jom ikut aku berhijrah.

    jangan lupa bawak YOYO.

  5. YOYO tu gunanya untuk ketuk bagi mereka-mereka kepala yang “miskin rambut ” tp hanya petah bercakap.
    Yo bro! Ada korelasi mungkin antara “miskin rambut” dan miskin otak. Tengok rambut Einstein masih lebat. Faktor minum susu juga hehehe. Orang Asia banyak yang lactose intolerant, bukan tak mau minum tapi perut tak tahan. Kalau perut tahan, mata pula cepat mengantuk, membuatkan al Dollah al mutawakkil selalu terlena. Kata sesetengah oarng banyak berfikir rambut cepat gugur. Benar? Rambut Bush masih segar, rambut Putin masih rapi kena minyak, apa lagi rambut Donald Trump berdiri elok lagi hahaha!

  6. Dua hari lepas, bertemu DSAI di Dubai dan tentunya sempat mendengar cerita-cerita tanahair yang correct, correct, correct, correct sekali….

    Waktu ini seorang Raja Nazrin berada di sini untuk menarik pelaburan dari bumi Arab dengan para pemimpin korporat (GLC), termasuk seorang menteri yang isterinya bintang filem. Menteri ini dikabarkan gagal untuk mempromosikan projek gergasi selatan kepada pak-pak Arab kerana sekadar bawa risalah, bukan presentation yang bertaraf antarabangsa, walhal konon-kononnya projek tersebut paling mega, bilion-bilion nilainya.

    Dan seorang yang bertaraf TPM berdegar-degar mahu mengangkasakan bangsa dikala harga barang-barang dan taraf kehidupan juga menjulang ke angkasa!
    Ya ustaz, zaman sekarang pun masih presentation pakai risalah? Primitif sungguh. Mana nak letak muka status negara MSC? Sudah dengarkah tempelak sang menteri terhadap akhbar online katanya you’re all nonsense! Teknologi ICT yang menghasilkan akhbar online dikatakan nonsense. Rasanya sheikh-sheikh Dubai itu pun kata begitu juga kepada para rombongan dagang Malaysia yang berbekalkan risalah – You are all nonsense!

  7. meng angkasa?

    apakah itu? absurdkah itu?

    glokal bangat.

    eh.

    goblok!!

    zf_zamir, sekarang semua ada. Tetapi masih trend lama juga yakni yang tinggi-tinggi, misalnya, institusi yang apeks (apex) memberi bayangan ia dikuasai oleh para apek apek. Kapal selam dan tidak lama lagi mungkin kita beli Soyuz, hehehehe macam orang kaya baru FELDA beli peti ais untuk simpan kain baju.

  8. Tuan Rastom,
    Apa Khabar Nuri Angkasa agaknya.

    Eloklah tu. Ramai-ramai kita melangut ke angkasa. Senang sikit penyangak nak buat kerja di bumi.
    Ya Ustaz JR, sudah lama tidak dengar khabar berita sang Nuri. Teori melangut ke angkasa tu tepat Saya langut bila awan mendung saja takut kain jemuran kena hujan. Agaknya berapa ramai majoriti bangsa yang akan terus melangut ke langit? Ini tentu bakal mengubah halatuju kapal KD Langut-langut hehehe.

  9. Tuan ke Puan? Nak masuk meminang ke? He he he…

    Happily married with only ONE wife and two children.

    Tuan Fudzail, pilihan raya dah dekat ni. Suruh Hasnol tu balik. Kita ketandusan calon nih. Siapkan Baju Melayu hitam beberapa pasang.

    Oh, happily married rupanya. Bagus bagus. Tak berpeluanglah masuk minang, lagipun kromosom pun sama hahahahaha. Hasnol ni nama tradisi orang berjuang. Ingat Hasnol Hadi?

  10. Fudzail

    aku pernah nampai Raja Nazrin kat kedai buku, beli banyak gila buku ekonomi.

    aku nampak trend sekarang, ekonomi malaysia masih boleh bertahan kerana ada ramai org malaysia berinisiatif sendiri untuk selamatkan ekonomi .

    Tak payah nak bergantung pada para menteri lagi.

    Golongan MOnarki & pembangkang dan rakyat biasa boleh pergi cari FDI sendiri.

    Fudzail, ko boleh carikan FDI untuk Merlimau tak?
    aku boleh kasi sebab musababnya.

    Eh kenapa tak mau ajak Tuanku Ali Rustam sama, dia kan bakal TPM? Pandai pandailah buat baik dengan dia 🙂

  11. Obsesi dalam retorik makin menjadi-jadi selepas Bapa Hadhari menggenggam tampuk kuasa.

    1. Jangan bekerja untuk saya, tapi bekerja bersama-sama saya.
    2. Cemerlang, Gemilang, Terbilang
    3. Islam Hadhari
    4. Melayu Glokal
    5. Bangsa Angkasa
    6. Bangsa Minda Kelas Pertama
    7. Modal Insan

    Siapa mahu tambah? Aku mahu muntah.

    Ustaz khairulnizambakeri, muntah dalam Sejarah Melayu ada banyak perkara muntah. Dari muntah lembu keluar pemimpin!

Leave a reply to khairulnizambakeri Cancel reply