Susu sebagai minuman bangsa angkasa, wacana el hakim

Ustaz el Hakim el Futrajayai mengupas bab yang jarang jarang, kadang kadang sahaja orang berminat, yakni mengenai susu. Ada cerita Nabi diberi pilihan, mau susu atau….? Di Indonesia, jangan disebut susu, sebut air susu. Almarhuum pengacara Radio Malaya Dato’ Zainal Alam bin Hj. Zainal Abidin pernah ngetop dengan lagu yang mempromosikan SUSU pada tahun 50’an.

El Hakim mengasosiasikan kurangnya apresiasi susu di kalangan kita dengan konspirasi internasional. Ada juga yang benar, ada juga yang meragukan. Yang benarnya, syarikat produk susu tepung yang multinasional itu seperti Nestle, Mead Johnson dan sebagainya adalah antara multinasional yang kaya raya. Mereka boleh hantar pekerja pekerja naik ke angkasa setiap tahun jika mereka mahu. Yang meragukan ialah bila kita lihat dasar dasar pertanian khusus mengenai ternakan di negara kita sendiri. Kerana dasar pertanian yang sekejap mengangkasa, sekejap mendasar lautan maka industri tenusu tidak menjadi. Dulu berjuta juta ringgit hangus setelah berekor ekor lembu Sahiwal-Friesian diberikan kepada para penternak sebagai projek sulong industri tenusu. Kerana terlalu amat ghairah seperti biasanya, cara pengagihan lembu itu terlepas ke tangan mereka yang mau untun cepat. Para penternak yang dilatih ramai yang menjual lembu lembu tersebut kepada para towkay dengan harga yang cukup murah. Maka impian industri tenusu Malaysia berakhirlah sudah. Hancur berkeping keping jadinya.

Begitu juga dengan projek industri lembu daging. Majuternak tidak maju, mundur kemudian hilang. Sekarang slogan baru pula ialah Pertanian adalah Perniagaan. Memang benar. Perniagaan makanan ayam seperti dedak, isirong kelapasawit dan sebagainya itu bisnes besar. Harga ayam dan lembu daging amat terikat dengan harga makanan tersebut. Rantai bisnes pertanian juga perlu dilihat. Peringkat mana yang kita tumpu?

Beralih kepada kesan meminum susu ini ustaz el Hakim juga berpendapat ia mampu memperkayakan sel sel otak yang seterusnya memungkinkan pengkayaan hasil kesenian dan kebudayaan. Di India yang rakyatnya kuat minum susu saya lihat sudah berjaya melahirkan satu Silicon Valley di Bangalore hinggakan Bill Gates sendiri turun paang untuk mendapatkan tenaga mahir ICT. Bill Gates cuma ke sini untuk menjual produknya saja, tenaga pekerja langsung tak dihiraukan.

Projek Susu di sekolah itu mungkin serpihan daripada impian memperkayakan minda generasi kita tetapi apa sudah jadi? Susu yang di dalam kotak berulat pun masih diedarkan. Tidak mustahil susu yang tidak berkualiti itulah yang membenakkan fikiran generasi masakini, sihat tetapi perkasa di atas motor kapcai sebagai soldadu rempitisme?

10 thoughts on “Susu sebagai minuman bangsa angkasa, wacana el hakim

  1. elhamdulillah
    anugerah ikhlas drpd yg-berkhadmat, tn elrustami el-ayumi pengiktirafan el-ustaz walaupun aku belum tamat mengaji.


    bukannya apa, aku selalu nampak sesuatu yg baik untuk dunia ke-3 pasti dipertikaikan dan akan dilesapkan secara tiba2 seolah tdpt conspiracy di situ. tetapi mungkin juga kebetulan.

    1. Kes lembu-el-frisian di Malaysia itu benar. tetapi lesap tiba2.

    2. Kes tenaga nuklear di iran untuk sumber kemanusian juga dipertikaikan. silap-silap lesap secara tiba2.

    3. banyak lagi… tp mesti ada di kajian yg khusus utk aspek2 tsbt.

  2. err..satu lagi…
    projek lembu tenusu di Malaysia yang tak menjadi itu, aku rasa, para peng-handlenya adalah termasuk dalam golongan manusia2 yg kurang minum susu juga… sbb itulah membungkus dgn begitu cepat sekali.

    baru jer nak mula..
    ..zzzzassssss… settle! bungkus!

    cerita di belakang tabir, mungkin ada konspirasi utk menggagalkan sbrg usaha untuk memperbaiki taraf minda Melayu dgn menggagalkan cubaan perusahaan ternakan.

    yg bijak tu selalu menipu yg-kurang-bijak.

    itulah yg sebabnya.

    wallahualam..

  3. Saya tidak setuju teori wujudnya pelbagai jenis dan macam “grand conspiracy” yang dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap orang Melayu, supaya orang Melayu lemah dan gagal.

    Ada bahayanya apabila kita percaya kepada kewujudan teori Grand Conspiracy (GC).

    Ia menyebebakan kita bersikap “external locus”, yakni menjadikan kita yakin kita gagal disebabkan faktor-faktor luar-diri-Melayu. Faktor “external locus” ini adalah tingkah laku orang yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas kegagalan yang dialaminya.

    Amatlah mudah mempersalahan faktor-faktor luaran. Amatlah sukar mempersalahkan diri sendiri.

    Dalam dunia bisnes, teori GC yang tidak habis-habis didendangkan oleh peniaga Melayu yang gagal adalah “Cina sabotaj”.

  4. Sebelum kejatuhan Saddam, kan ada beberapa kilang susu tepung Iraq dibom oleh tentera bersekutu yang kunun menurut mereka (bersekutu) adalah loji nuklear. Pandai kan mereka??

  5. setuju dgn sifu pts. kadang kala kita terlalu prejudis. bukankah kita yg patut berusaha mnentukan nasib kita?
    Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

  6. Sudah jadi budaya Rakyat Malaysia Minum susu dalam Tin.
    Walaupun lembu tak ada susu tetap ada,Kalau Rakyat Malaysia mengamalkan minum susu segar terus dari lembu,Lembu menjadi sangat penting.Maka menternak juga jadi penting.seperti kata seorang pak cik yg pernah menjadi penternak lembu satu ketika dulu.Ke kurangan padang Ragutlah yg meragut nyawa lembu.

  7. Cikpuan Dina,

    Teori Grand Conspiracy ini amat berbahaya! Apabila kita yakin ada Grand Conspiracy – baik GC Yahudikah, baik GC Cinakah – keyainan itu menjadikan kita sudah patah semangat sebelum berbuat!

    Teori GC inilah yang menyebabkan banyak Melayu yang pintar-pintar pun menghidapi sindrom “helplessness” yakni “semacam penyakit serba tak berdaya” – belum mula berniaga, sudah yakin pasti rugi, belum mencuba sudah yakin pasti kalah.

    Puncanya, kita yakin ada kuasa yang lebih besar, lebih gagah, lebih pintar, di luar sana, yang sudah menyediakan segala macam halangan bagi memastikan kita gagal.

    Setuju! Sementara Grand conspiracy yang ada dalam Quran pula mesti “lawan tetap lawan” segala iblis, syaitan, Haman, Firaun dan sebagainya.

  8. salam semua. err.. (he..he.he..)
    beginilah yer… (cermin mata diletakkan atas meja)

    teori konspirasi sbnrnya telah lama wujud dalam Al-Quran, tentang kebencian bangsa2 Yahudi/Nasrani terhadap Rasululah SAW dan pengikut2nya.

    Oleh kerana Al-Quran itu mempunyai konsep “evergreen” maka teori kebencian orang-kafir terhadap orang-Islam termasuk kebencian bangsa kafir terhadap orang Melayu sememangnya boleh digunapakai sehingga ke-hari ini.
    (lihat sendiri dalam Malaysia-Today tentang komen orang-bukan Islam terhadap orang-Melayu dan Islam secara total)

    Teori konspirasi diwujudkan bukannya untuk melemahkan ummah oleh Allah SWT. Tetapi teori yang diwujudkan adalah untuk menjadikan orang Islam ini supaya lebih BERHATI-HATI dan BERWASPADA. di mana ia menjuruskan supaya Ummah Islam itu bersatu-padu dan terus berfikir dari semasa ke samasa…

    he..he.he..

    Walaubagaimanapun errr.. cumanya….. terdapat segelintir ummat Islam di Malaysia ini bersifat terlalu “BENDUL” untuk memikirkan dan mendefinasikan segala-galanya…

    aku labelkan ia sebagai ‘kasihan….’

  9. saya rasa konspirasi memang ada namun kalau kita kuat/ berkerjasama dan jika kaum kita sendiri tak ada sikap hasad dengki malah bersatu padu macam kaum2 dari bangsa yang berjaya, kita boleh sekat apa jua konspirasi yang hendak menyusup masuk. saya yakin, ini adalah kerana sikap bangsa kita yang mudah patah semangat/ semua hendak mudah dan sikap ini telah menjadi satu budaya.

    sebagai contoh,…kalau di sekolah ada budak yang rajin tolong angkat buku cikgu, yang lainnya rajin menyindir.
    di pejabat, kalau ada yang bekerja bsungguh-sungguh, ramai yang akan kata hendak bodek…( dari pengalaman ya.)

    tak ramai yang bersikap, bersungguh-sungguh dan cekal hati. saya kagum pada SifuPTS. Sifu telah byk mbawa prubahan kpd pmikirn org2 kita mlalui bahan bacaan yg bkualiti. ia satu sumbangan kpd peradaban bangsa. mudah2an Allh SWT mmudahkn kerja2 SifuPTS.

    dina- segala yang boleh memajukan bangsa & agama, seboleh mungkin akan beri kerjasama. walaupun setakat dua tiga baris kata-kata pembakar semangat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s