Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu!

Itu gesaan Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Isu barukah ini?. Basi dan tenat, laksana tenatnya sang pengukir dasar tersebut yang diberi gelaran Tun, kerana jasa menggohed-gostankan arah perkembangan bahasa Melayu. Manakala golongan berilmu tidak dirujuk (lihat Kongres Bahasa) dasar yang sedang berjalan ketika itu terpaksa dirombak. Ini kerja gali lubang tutup lubang seperti papan tanda “kerja kerja di hadapan” yang berkali kali menurap tar di jalan yang sedia elok.

6 thoughts on “Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu!

  1. Tuan Rastom,

    Saya semalam berbincang-bincang dengan Dato’ Prof Dr. Latif Abu Bakar (UM) di rumah Gapena. Beliau memberitahu 30 minit sebelumnya beliau menerima panggilan daripada Dato’ Yazid Othman, Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia, yang menjadi perwakilan amenu.

    Menurut Dato’ Yazid, sewaktu Khiary berucap dalam sesi membahaskan ucapan Presiden, dia menghentam dengan keras dasar penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik sehingga terkeluar perkataan “pengkhianat”.

    Tentulah yang dimaksudkan adalah kenyataan Hishamuddin, menteri pelajaran, yang komited mahu meneruskan juga dasar BI itu.

    Brutus sudah tikam Ceasar!

    Wah! Sudah naik Dato’ pula ustaz Yazid Osman al Kelantani, ini info baru untuk saya. Teringat zaman dia naik Vespa berulang ke Utusan dulu. Elok juga Brutus menikam nikam si Ceasar yang lembik.

  2. he..he.he..

    kita gunakan bahasa arab ajela..

    bahasa Ahlullllll el-Syurga……..
    syurga…
    syurga…
    syurga…

    Pengiran el Hakim el sumitomo, itu lughatul arabiah sudah kita guna sejak celik mata (azan) sehingga talqin pejam mata. Syurga …syurga..syurga

  3. Dr. Mahathir lah yang pengkianat

    bukan Paklah
    bukan Hishamuddin,

    Mereka hanya pemimpin lemah yang mengikut ideologi Dr.M, walaupun Dr.M sudah tak berkuasa, terus menegakkan benang yang basah.

  4. Tidak… Zaaba lah pengkhianatnya. Angkatan 50 lah pengkhianatnya. Juga tokoh-tokoh terawal bahasa melayu moden di Malaysia juga Indonesia. Merekalah yang memecah belahkan penyatuan bahasa kepada Indonesia/Malaysia dan kepada tulisan rumi/jawi.

    Tidak pernah ku dengar, orang Inggeris Amerika membahasakan bahasa mereka Bahasa Amerika, ataupun orang Kanada dengan Bahasa Kanada, atau orang Australia dengan Bahasa Australia. Juga orang Brazil dengan Bahasa Brazil, orang Argentina dengan Bahasa Argentina. Juga orang Mesir dengan Bahasa Mesir, orang Iraq dengan Bahasa Iraq. Juga orang Taiwan dengan Bahasa Taiwan, orang Hong Kong dengan Bahasa Hong Kong. Juga orang India, dengan Bahasa India, orang Pakistan dengan Bahasa Pakistan!

    Mengapa pula kita bersikap toleransi dengan rasis Cina dan India yang tegar dari menggunakan Bahasa Melayu (Malaysia). Ya, saya lebih suka dan akan menggunakan “Bahasa Melayu (Malaysia)” dan melabelkan pengguna bahasa mandarin bukan mandarin sahaja tetapi “Bahasa Mandarin(Malaysia)”.

    Ya dalam dalam seni muzik, dikatakan era atau gelombang 60’an yang merosakkan dunia muzik sampai hari ini habis muzik jadi hampeh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s