Saya pantang dicabar!

saya pantang dicabar! Intonasi “pantang” Pak Lah ada sikit persamaan dengan gaya sebutan Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku. Nada rendah pada pan dan tinggikan sedikit pada tang. Mereka yang pernah belajar bahasa Mandarin lebih mudah faham tentang fonologi Cina yang ada 4 ton. Inilah keistimewaan bahasa tonal yang tidak ada pada BM. Bahasa Thai juga begitu. Walau bagaimana pun, entri ini masih lagi berkaitan dengan isu Kuning Kuning di Kuala. Sudah banyak blog dan video menyentuh mengenai peristiwa tersebut. Dan saya kira ramai pengguna web yang sedar bahawa berita Perhimpunan Bersih itu sudah di blackout oleh agensi berita arus perdana.

Orang yang makanan rujinya terhad kepada akhbar cetak dan media eletronik tempatan rugi besar kerana pandangan dan pendapat mereka dibentuk dengan fakta yang tidak betul. Saranan Islam yang mudah supaya menyatakan yang benar tidak boleh dipatuhi. Dalam pada itu ada juga blog blog yang cuba mempertahankan pembohongan dengan mengambil jalan tengah dan tidak komital seperti blog seorang Mahathirist – A Kadir Jasin. Budaya jurnalisme lapoknya terbawa bawa sehingga ke dalam blog. Beliau seolah olah tidak faham peranan simbol dan kesan kesan simbolik daripada sesuatu perisitiwa. Kerangka fikir yang melihat peranan kuasa Raja Melayu yang pasif tidak dapat menterjemahkan sesuatu yang lain secara simbolik – yakni suatu usaha terakhir bila tiada lagi lain ruang yang ada. Kesian. Sudahlah veteran jurnalis, masih terbawa bawa cara lama.

Dari sudut lain, peristiwa Bersih ini juga telah mendedahkan kepada dunia tahap kerja profesional agensi media tempatan. Al Jazeera memberi tamparan hebat disamping agensi agensi antarabangsa lain seperti CNN dan Reuters. Rasanya tidak terlambat untuk Pak Lah dan para hulubalang media merujuk dan menghadam isi buku The World Is Flat karya Thomas L Friedman untuk bahu membahu dengan perkembangan proses globalisasi. Pengarangnya juga wartawan The New York Times masih punyai kerendahan hati mengakui kejahilannya betapa dunia sudah berubah. Padang sudah rata, dan aturan permainan juga sudah dirombak dan diluar keupayaan paradigma lama. Teori rakyat Malaysia tidak membaca mungkin hanya terpakai untuk mereka yang membuat dasar. Sikap meremehkan kemampuan, kebolehan dan kepandaian rakyat ini samalah dengan sikap angkuh, aku lebih tahu kerana aku berkuasa.

Kepada pengamal media yang terbaca entri ini eloklah diperingatkan bahawa peranan media ialah mencerahkan, memberi maklumat dan menyampaikan dengan betul dan tepat. Islam melarang timbangan yang tidak betul, jumlah yang beratus ribu kenapa ditimbang setakat 4000 sahaja. Keupayaan manusia menulis dan menyampaikan maklumat itu satu kudrat yang diberikan Allah untuk apa? Rasulullah tidak menggunakan kuasa kalamnya untuk mengekalkan kuasa tetapi untuk mendidik, mengajar, memberitahu serta menjelaskan. Saya melihat peristiwa 10/11 ini bukan sebagai satu cabaran siapa kuat tetapi suatu usaha pencerahan, usaha mencelikkan mata bahawa The World is Flat – bahawa padang sudah rata, diseluruh dunia dan tanpa kesedaran ini Malaysia pasti jauh ketinggalan dalam pergolakan globalisasi.

5 thoughts on “Saya pantang dicabar!

  1. tn elrastomi,

    antara analisis berteknikal dan konspirasi-cara-lama akhbar-akhbar arus-perdana tempatan sering bertentangan antara satu sama lain.

    Memang tidak asing lagi bagi kita semua.

    “Perumpamaan” aku tercetus, Dalam konspirasi Newton, hukum ini dipanggil sebagai 3rd-Degree Newton Law.
    iaitu

    “”Every action has an equal and opposite reaction”

    Dari segi logika, kebenaran selalunya terhasil dan ia akan membebaskan suatu daya dipanggil sebagai Daya-bersih, atau Fnet (net-force).

    Permasalahannya terjadi apabila net-force ini tidak dapat dikeluarkan dan disimpan lama akibat sumpahan-sumpahan
    ideologi-taklid ditakuk lama.

    Persoalannya di sini berapa ramai “orang-kampung” tau dan hendak ambil kisah ttg ini semua?

    Kewajipan siapa?
    aku pun tak tau.

    he..he.he.

    Sheikh elhakim al musharaffi,

    Masih ada lagi kampong? Teknologi sudah sampai hingga ke Ulu Senaling NS dan Sawa Besar Kedah.Malangnya ada teknologi guna untuk undi Mawi hahahaha

  2. Tuan Rastom,

    Membaca entri Tuan ini, saya teringat pula teori “paradigms”, dan bagaimana teori itu menerangkan mengapa pakar-pakar veteran umpama buta, yakni gagal melihat akan kemunculan kebenaran-kebenaran baru disebabkan mereka masih yakin akan betulnya kebenaran-kebenaran lama.

    Ambil sahaja bagaimana kebenaran lama tentang “orang Melayu” hanya membaca 2 halaman setahun, yang menyebabkan bisnesman Melayu buta, mereka tidak nampak banyaknya peluang membuat duit dengan menghasilkan bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu.

    Puan,
    Paradigms ini juga berlaku di zaman rasul. Bapa saudara pun susah nak ubah paradigmanya, apa lagi para VIP Quraisy yang lain.

  3. Buku World Is Flat memandang dunia adalah sama di mana sahaja kerana arus globalisasi yang bermula sejak jatuhnya tembok Berlin di Jerman. Tetapi bila di sini, kita lihat kerajaan mewar-warkan globalisasi, tetapi dalam masa yang sama mereka menolak globalisasi dengan menipu rakyat. Dari angka 100,000 dibelitkan menjadi 4000 oleh media kerajaan. Adakah ini yang dikatakan kerajaan “ulul amri” yang suka menipu?

    Inilah satu daripada bahaya mengaitkan sesuatu dengan Islam, maka sekarang apa pula tafsiran orang tentang konsep hadhari. Nampak macam menikam diri.

  4. dunia sudah rata, tapi di Malaysia padang permainan masih berlubang-lubang. Bila ada pihak cuba meratakan, dituduh mahu gulingkan kerajaan.

    Bila sudah benar benar rata , nanti jatuh terguling guling.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s