Mohamad Faisol Keling kata ada teladan dari pergolakan Pakistan

Saya setuju dalam beberapa hal yang ditulis beliau Iktibar pergolakan politik Pakistan dan ingin memperhalusi beberapa perkara yang beliau sentuh secara am yakni tidak mendasar. Sudah jelas kepada dunia bahawa Musharraf kini menampakan kecenderongan seorang diktator. Antara persamaan kelakuan beliau yang merosakan sendi sendi negara seperti yang berlaku di sini ialah

  • menyebok dalam urusan kehakiman
  • Ketua Hakim dipecatnya
  • Perlembagaan dirombak ikut seleranya
  • Memaksa kakitangan kerajaan dengan akujanji.
  • Mengusai tentera dan polis.
  • Mengekalkan undang undang zalim menahan orang tanpa bicara.
  • Monopoli media massa
  • Saranan beliau supaya dipertahankan budaya politik pilihanraya di Malaysia agak elementari jika dilihat kepada perkembangan semasa. Penekanan harus diberikan bukan setakat mempertahankan malah usaha yang dituntut secara kritikal sekarang ialah membaikpulih. Teropong haluslah kepada amalan budaya dan norma yang dipraktik oleh negara demokrasi yang berjaya. Tidak cukup untuk bermegah jika kita hanya sedikit lebih baik daripada Pakistan atau Myanmar. Lihat kepada senarai jasa jasa Musharraf dan nampak jelas semuanya ada pada kita. Yang membedakan dan yang menyelamatkan situasi ialah lokasi kita jauh daripada kancah menggelegak padang permainan tunjuk kuasa unipolar USA.

    Jika berfikir secara logik memang kesemua jentera dan prasyarat untuk demokrasi itu ada di negara kita, tetapi pada hari ini berfikir secara logik saja tidak cukup. Secara logik jika kita mahu mengelakkan kemalangan atau kerosakkan kereta, elok saja kita simpan kereta di dalam garaj. Tetapi secara praktikal fikiran lateral juga mesti digunakan untuk menganalisis dan mencari jawapan kepada persoalan nasional.

    Menulis dari puncak menara gading kita mengharapkan beliau menitipkan sesuatu yang lebih membuka minda. Benda yang dikatakan extra edge dari buah fikir orang universiti seperti beliau amat diperlukan untuk mengupas dan memberi faham kepada pembaca. Masih belum terlambat walaupun ada ternampak hubaya hubaya fasisme sedang berputik

    2 thoughts on “Mohamad Faisol Keling kata ada teladan dari pergolakan Pakistan

    1. he..he..
      sekadar letak potrait zam-zam ala-kazam.
      kerna beliau lebih popular buat sekarang ini.

      Seboleh bolehnya blog ini tidak tercemar dengan gambar minda kelas minus 3 hahaha.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s