Adik saya ada masalah mental, kata Lingam

Tuan tuan dan puan puan yang mengikuti petualangan Kehakiman Malaysia pasti sudah membaca kenyataan peguam Datuk VK Lingam mengenai adiknya yang menuduhnya berlaku rasuah. Zaman dahulukala ketika nasi lemak masih 10 sen sebungkus tiada istilah masalah mental. Orang kampong saya cuma sebut gila. Sebagai kaum minoriti, orang gila di kala itu tidak disisihkan malah mendapat layanan istimewa. Makan minum percuma di mana saja dia singgah. Ada sesetengah pakcik dan makcik yang cukup pandai melayan sembang dengan manusia kategori ini. Layanan bersembang ini memang kena jika si gila itu gila bersembang. Ada pula yang pendiam.
Tanjong Rambutan, Perak pernah suatu ketika dulu dikaitkan dengan isu gila ini kerana di sana ada Hospital Bahagia. Memang dulu saya juga pernah bercita cita mahu jadi seorang doktor psikiatri (doktor gila). Maka untuk itu saya membiasakan diri ke Tg Rambutan. Ah! Satu pengalaman yang tak mungkin anda rasai jika anda belum pernah ke sana. Tidak perlu masuk ke dalam wadm cukup sekadar duduk duduk di bangku di stesen keretapi Tg Rambutan. Anda bakal saksikan pelbagai jenis gila. Saya difahamkan para pesakit yang dikategorikan “selamat” saja yang dilepas bebas melepak lepak di sekitar pekan Tg Rambutan.

Dalam hukum undang undang sivil dan juga syariah, cakap orang gila yang disahkan gila tidak diterima pakai. Lafaz nikah, urusniaga dan kesemua interaksi dengan orang gila tidak dianggap sah. Maka dengan berkata, “adik aku tu gila”, orang tidak akan mengambil pot perihal apa yang dikatakan. Usahlah dilayan cakap cakapnya. Secara tidak langsung juga ini boleh dikaitkan dengan mereka yang bersungguh sungguh percaya akan kebenaran pita Lingamgate itu jika mungkin barangkali ia rakamkan oleh adiknya. Seolah olah pita itu juga adalah hasil Produksi Orang Gila.

Namun melihat kepada aduan rasuah kepada pihak polis kenyataannya adalah orang yang dianggap gila itu telah diberi tanggungjawab berat seperti menghantar hadiah yang mahal, tolong settle bil telefon Datok datok dan menguruskan wang yang besar besar jumlahnya. Apakah ini rekaan yang gila atau apa? Barangkali kebenaran siapa yang benar benar gila akan terbongkar di mahkamah.

Terkini: Saya tidak gila, kata adik Lingam

6 thoughts on “Adik saya ada masalah mental, kata Lingam

  1. Tuanku Rastom,

    Ya betul, orang gila mendapat layanan istimewa. Di Janda Baik ini ada 2 adik beradik gila. Dulu setiap hari abangnya (nama Yunos) datang makan di rumah saya. Sekarang Yunos sudah meninggal. Sekarang adik lelakinya pula gila, setiap hari dia datang makan di rumah saya. Mereka berdua suka makan mi maggi kari yang saya masukkan sayur dan pecahkan telur ke dalamnya. Saya ada stok maggi khas untuk hidangan mereka sahaja. (Baru sahaja adik Yunos balik, selepas makan magi, lepas tutup semula pintu gate, dia buka seluar… dan ehem sambil berdiri…)

  2. Baguihnyer Puan Sifu
    Allah sajer dapat membalasnya..
    Tom teringat masa kawan aku dok jual nasi lemak
    sekupang kat sekolah tahun 1974 – bau nasi lemak dia mantap sungguh – sampai sekarang x dapat rasa bau macam tu lagi..
    mungkin masa tu masak nasi pakai kayu api…
    sekupang sajer … duit pi sekolah pun dapat dua kupang
    ..tu pun cukup..

  3. arakian tersebutlah satu kisah, ramai yang sakit mental tapi berleluasa berlagak macam orang sihat di sebuah jajahan takluk. manakala orang2 yang sihat dn waras fikirannya pula dikatakan sakit mental lantaran tak tahu hormat undang2 dan tak faham peraturan negara….

    habis macammana tak sakit mental orang2 yg sihat ini? tak ada ruang hendak bersuara. tertekanlah akhirnya. kecualilah kalau orang yang sihat dan waras ini masuk ke dalam golongan yang sakit mental, barulah dikatakan mereka itu sihat sejahtera, dan terselamat dari undang-undang purba di jajahan takluk yang dikuasai oleh orang2 yang waras akal fikiran kononnya.

    begitulah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s