Musim penulis upahan mencari makan sudah tiba

Setiap kali menjelang pilihanraya akan muncul buku buku baru yang mendedahkan hal hal yang tidak ramai orang ketahui mengenai seseorang VIP politik. Ada penulis yang menjadi kaya raya dengan cara ini. Buku buku yang ditulis tidak perlu dijual di kedai buku tetapi akan dibeli secara pukal oleh pemesannya yang juga orang orang kenamaan yang berduit.

Buku buku begini akan dipenuhi dengan pujian untuk seseorang dan menjatuihkan seseorang yang lain. Di zaman nabi dahulu amalan begini dilakukan dengan cara bersajak, memuji ketokohan seseorang dengan tamsil ibarat yang memang kaya di dalam bahasa Arab. Para penyair yang disebut sebut di dalam al Quran ini terkantoi bila ayat ayat suci diturunkan telah menukar paradigma sajak yang diagung agungkan puak Arab ketika itu. Tiada lagi puji pujian kepada tokoh manusia melainkan Allahu Akhbar!

6 thoughts on “Musim penulis upahan mencari makan sudah tiba

  1. banyak kesan sosial musim pilihanraya ni

    peniaga kecil dah boleh cari port ceramah

    Ya, betul, elok juga para peniaga kecil tu bersedia juga dengan topeng gas pemedih mata.

  2. alaa…engkau tu pun sama jugak…2×5…paku dulang, paku serpih…mengata orang…

    Bahasa Jiwa Bangsa, belajar dari mana agaknya hehehe…

  3. Berniaga musim piliharaya adalah jenis perniagaan “kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang”. Ia serupa sahaja dengan berniaga kontrak kerajaan. Cuma “kais”nya sahaja yang kecil ataupun besar.

    Berniaga cara yang lebih selamat adalah ikut cara Nabi Muhammad. Masuki pasaran terbuka. Berniaga terus dengan konsumer.

    Kalau ada produk sendiri, itu bagus. Tiru cara berniaga Ramly Burger, Kicap Kipas Udang, rempah Mak Siti, ketupat Adabi dan banyak lagi. Mereka semua mempunyai produk sendiri.

    Jika tidak mempunyai produk sendiri, masuki bidang trading. Itu cara Nabi Muhammad. Beliau mengambil produk orang lain di Mekah lalu di ekspot ke pasaran luar, yakni ke Syam (sekarang termasuk Jordan).

    Allah menjadikan Nabi Muhammad seorang trader, bukan manufacturer ataupun service provider (seperti contractor). Orang Melayu mesti belajar trading (jual-beli) kerana kemahiran dan pengetahuan bidang trading ini adalah mata rantai yang paling kritikal dalam bisnes.

    Banyak produk yang bagus gagal dalam pasaran kerana kita cuma pandai buat produk (pengeluaran) tetapi tidak pandai trading.

    Ya sohibul fadhilah ustazah, pemecahan jenis jenis aktiviti niaga ini pun masih kabur – ramai yang asyik nak jadi penjaja – penuh tepi jalan sampai menyemak pula jalan. 50 tahun dah berlalu dan menjelang Pilihanraya timbul pula GABEM yang diketuai oleh Sheikhul Abdel Raheem Thumby Kecil. Isyyyy ..apa nak jadi daaa….

  4. tn elrastom At-thaqafi jundullah.

    mereka yang mengetahui, tetapi terus memuji. adalah termasuk dalam golongan manusia-manusia yang lapar.

    kita hendaklah memberi kasihan kepada mereka.

    sesungguhnya golongan ini, pasti mempunyai seorang ‘ketua’.

    zam-zam ala kazam.

    tidak baik memerli dan memperlekehkan golongan2 seperti ini. Kernanya… bukan semua antara kita yang berani menebalkan muka berbuat begitu.

    kita patut menyanjungi mereka.

    golongan inilah termasuk dalam 4 golongan elit yang amat di-respek di negara tercinta ini.

    Seorang lagi ketuanya ada di sebelah utara nunnn di penghujung dunia….

    hehehe..

    Tuan Shaykh elhakim Muwangkubowono

    Nun di utara bersemadi dengan penuh selesa Tuan Besar Desperate Dan, untouchable tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s