Desain kulit buku juga satu kerja berat

orange.jpg

Dari jauh deretan buku buku yang dipamerkan di dalam kedai sebenarnya bersaing antara satu sama lain memancing deria visual para pengunjung. Kulit buku sebagai satu unsur packaging turut membantu melariskan buku seperti barang yang dijual di pasaraya. Penulis yang sudah ada nama mungkin tidak begitu dikesani jika kulit bukunya tidak menarik tetapi lain halnya untuk penulis baru.

Disinilah peranan artis grafik melayarkan kreativitinya. Pelbagai sofwer grafik yang ada di pasaran memberi ruang yang cukup luas untuk berkarya. Untuk mendapatkan ide ide baru ada baiknya dilawati lawan web Book Covers. Semoga berfaedah hendaknya!

4 thoughts on “Desain kulit buku juga satu kerja berat

  1. tn elrastom

    kelihatan djin bermata-satu terpampang.
    mengikut suatu persepakatan-riwayat, djin mata satu itu disebut sbg ‘dajjal’.

    tak sangka,……..
    ramai sangat dajjal2 di toko buku buat masa ini.

  2. Nasib baik tesis akademik tak perlukan kulit buku cam di sinun.. kalau tak.. mungkin 1 sem kerja den mengulit photoshop jelah.. dan pemeriksa duk berbalah pasal cantik ke tak design cover tesis aku..hhehehe.. I love simple and readable.

  3. kalau aku tengok kulit buku ni…terus terang cakap…memang aku akan beli. itupun dengan satu syarat…harga buku jangan mahal. cover kulit buku ini lawa, seolah macam aku beli cd lagu brit pop oasis….dengan syarat jangan mahal!

  4. Terima kasih atas posting ini.

    Sangka saya kulit buku di atas adalah diubahsuai dari buku yang saya tahu iaitu 1001 books You Must Read Before You Die tulisan Peter Boxall.

    Rupanya ia memang mengambil inspirasi dari buku Anthony Burgess!

    http://bookdesign.wordpress.com/2007/06/09/1001-books-you-must-read-before-you-die/

    Ustaz JR, orang putih pun cekap bab pinjam meminjam kulit buku. Sudah pernah baca mana mana karya Burgess? Cerita pasal pengalaman dia di Malaya khabarnya cukup menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s