PTS:Apa Pendapat Peguam tentang Niat Pemimpin Kesatuan Sekerja DBP Mahu Saman Sifu

Kesan dari bacaan blog Sifu:

“Oh, mau saman aku, samanlah”, gertak Tuan Dr RR, jutawan saman Malaysia, sambil mencekak pinggangnya dan menggaru garu hidung yang gatal setiap kali dia makan sambal belacan.

Puan, masih ada klausa (sebenernya saya lebih suka ia bermaksud kalau”sa”) yang halus yang membolehkan seseorang itu liable tidak kira di mana server itu ada. Cuma masalahnya peguam hebat Malaysia (seperti para sasterawan Agung Malaysia juga) tidak berapa kenal IT. Peguamlah yang perlu kemukakan rasional hujah berdasarkan fakta fakta untuk membolehkan seseorang itu disabitkan. Hakim (dengan andaian, Puan bernasib baik dihakimi oleh yang tidak bersobat dengan jutawan) nanti buat keputusan. Andaian server luar tak liable itu andaian seolah olah server itu umpama mesin cetak. Tidak benar sama sekali.

Server menyimpan data (apa yang ditulis) dan memberi layan setiap permintaan tidak kira dari negara mana. Posting oleh penulis dibuat daripada satu lokaliti yang dalam kes ini ialah di Malaysia. Ibaratkanlah ia sebagai satu “broadcast to the whole world.” Seorang penulis blog itu sebenarnya adalah juga seorang penyiar. Mikrofon dirumahnya, sementara stesen pemancar (server) berada di USA, UK atau Rusia.

Menghasut dan memfitnah itu perbuatan yang sumber pelakunya manusia. Maka saya sebagai Tuan Hakim akan bertanya di mana pelakunya sekarang? Di Amerika? Buang kes! Di Malaysia? Ada kes! Kerana saya menganggap sifat interconnectivity dan ubiquity teknologi server itu merentasi batas sempadan. Sempadan nasional politik tidak mengurangkan atau menambah nilai fitnah atau hasutan.

Realitinya, penulis bahan yang dianggap menghasut/memfitnah itu melakukan perbuatan itu (tidak kira di mana ia berada). Amat merbahaya untuk sistem perundangan dan keadilan jika konsep “di mana server berada” dianggap sebagai satu peraturan perundangan. Kes Jeff OOi dan Raja Petra sebagai contoh adalah tidak tepat kerana apa yang mereka tulis itu seboleh bolehnya tidak mahu dibicarakan kerana bisa membongkar hal hal yang ingin disembunyikan. Maka alasan untuk tidak mendakwa dan bicara mereka ialah dengan satu kain gebar yang bertulis “server USA”.

Untuk menepis tuduhan menghasut dan memfitnah ini saya sebagai Tuan Hakim akan melihat samada kenyataan itu (berdasarkan hujah peguambela) suatu komen yang wajar dan adil. Ketakutan untuk membicarakan kes kes siber ini memang sentiasa ada dikalangan para Hakim. Ada satu kes (luar negeri) di mana Hakim tidak tahu apa itu internet dan menyangka monitor itulah komputer dan mengandungi data di dalamnya.

4 thoughts on “PTS:Apa Pendapat Peguam tentang Niat Pemimpin Kesatuan Sekerja DBP Mahu Saman Sifu

  1. Jeff Ooi tu server nya di Malaysia, tuan. Melalui Jaring.

    Yang Mat Komando tu pula kononnya orang kat Malaysia semua tak sanggup nak host web dia. Sebab terlalu panas menggelegak.

    Kat mana-mana pun, Allah tahu semuanya. Itu yang penting.

    Ustaz GJ,

    Sebab menggelegaknya laman YM Raja (bukan komando, yang itu tua sedikit dan khabarnya sedang uzur) salah satu sebab tidak ada hos yang berani. Pokoknya, isu isu panasnya itu tidak mahu dipanjangkan ke mahkamah kerana ada alasan lain, bukan kerana lokasinya di Amerika. Saya tentu tidak akan menyaman Raja jika kesemua salinan surat surat nikah saya jelas menyatakan saya bernikah di Thailand hahahahaha!

  2. Hmm….

    (garu-garu kepala…)

    Puanku Sifu,

    Medan perjuangan memandaikan bangsa sudah mulai masuk fasa 2.0., orang sudah mulai menunjukkan taring berhimpun dengan persediaan barisan peguam. Barisan peguam peguam siber muda saya kira sudah ada di negara kita. Sesi bicara DSAI dulu sudah banyak memandaikan bangsa dari suatu segi. Sebarang komen samada di alam nyata atau siber dengan niat bona fide sebagai satu teguran membina untuk kebaikkan sesuatu institusi wajar melunakkan hati seseorang yang benar benar Yang Arif.

  3. kia hua…Tera wadaa…???

    sbnrnya pengamal undang2 kita ni terlalu banyak sangat makan “BELACHAN-PENANG”

    tu la pasal…

    KIRAnya.. ia termasuk jugaklah dalam kategori

    5 kesalahan semasa ibu-mengandung walaupun ia tak sama
    dengan maksud

    “salah asohan”

    he..he..he..

    Salah eja tu! BELACAN!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s