Dewan Bahasa lagi…dan Utusan semakin mandul dan impoten

Saya sudah tidak berapa teruja langsung untuk membaca apa yang dikatakan Lidah Pengarang suratkhabar Melayu. Bila Puan Sifu mengentrikannya maka tergerak juga untuk meninjau. Bila dibaca semakin jelas pula betapa impoten dan mandulnya Lidah Pengarang Utusan Malaysia. Misalnya:

 Perbahasan terbuka kedua-dua pihak ini akan menunjukkan kelemahan antara satu sama lain.

Apa guna Parlimen jika tidak untuk membahaskan sesuatu. Peranan suratkhabar bukan setakat menyiarkan berita. Kupas dan korek korek koreklah apa yang tidak betul. Carilah puncanya sampai ke akar umbi.

Peranan suratkhabar ini yang sudah korup semakin menjadi jadi bila Lidah Pengarang Burung Kakaktua menulis:

Jika tuduh-menuduh ini dibiarkan berpanjangan, kita percaya ia tidak akan ada penghujungnya.
Ada baik isu ini dihentikan dan DBP bangkit menyahut cabaran untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan yang menjadi tanggungjawabnya sejak merdeka.

Retorik basi! Kita sudah sangat faham bila hampir masanya untuk pilihanraya isu isu yang berkaitan Melayu akan ditimbulkan oleh mereka yang mau dilihat sebagai juara yang membela Melayu. Kalau isu ini dibahaskan dengan ikhlas, ia tidak perlu ditimbulkan sekarang kerana tanda tanda kemandulan kerja merumuskan istilah DBP bermula sejak proses membangunkan bahasa digostankan oleh seorang megalomaniak.

Bermula detik itu habis korup segala galanya. Korupsi akal, pengurusan dan matalamat segala jentera pentadbiran tidak terkecuali juga akhbar akhbar Melayu yang memilih milih isu untuk diperkatakan. Seruan supaya DBP bangkit untuk menjadi relevan juga patut untuk suratkhabar Melayu dan juga ahli ahli Parlimen Malaysia yang beraksi laksana Sarkas Terhormat bergaji besar.

Nota kaki: Korup dan korupsi bukan hanya rasuah memberi dan menerima wang. Setiap artifak disekeliling kita bisa dikorupkan. Bahasa, perangai, fikiran, projek, dan sebagainya. Misalnya nama Mamat itu adalah versi asalnya Muhammad jadi korup kerana lidah Melayu yang tidak biasa dengan beberapa huruf Arab. Perkataan Ananta yang terdapat di dalam nama Pramoedya Ananta Toer itu adalah asalnya Sanskrit – Ananda. Dasar dasar politik juga ada peranan dalam mengkorupkan pemikiran bahasa secara halus. Dengan memberikan nama tempat sebagai Putra Jaya kita sebenarnya meraikan unsur unsur Sanskrit (India) dan Palace of Justice (Inggeris). Di mana usaha untuk meraikan unsur unsur Melayu?

8 thoughts on “Dewan Bahasa lagi…dan Utusan semakin mandul dan impoten

  1. Teringatlah pulak nama-nama tempat seperti Lana Bulu, Manggol Bongor, Tambun Tulang, Megat Dewa, Alor Merah,
    Pumpong, Kandis, Padang Sera.. Arau… Patut buat disebalik nama-nam tu… My 2 cent worth…

    Hang ni bila balik mai Padang Perau tu telefon lah!

  2. tn elrastomi Anandaraj,

    tak baik kata orang tu mandul dan impoten. dosa tau.

    Ada lagi perkataan2 yang amat sedap didengar yang boleh menenggelamkan ammarah bagi sesiapa yang digelarkan.

    iaitu

    “dayus, failure at the highest order dan tak berpotensi secara batin”

    ==========

    Kadang2 pelik juga. Ntah apa rasionalnya kewujuan Halwa Mistik. Dahlah bunyinya agak ganjil. Kemudian ada pulak persamaan dengan zam-zam ala kazam (tapi yg pure la..tanpa hibrid) dan mamak bandero Al-Kutty fil al-Jitra klinik Al-Maha

    entah..entah..

    (he..he.he.)

    elhakim banerjee!

    Itulah lagu lagu eksotik yang melayan jiwa dalam sedalamnya. Perlu proses latihan untuk faham lagu tu. Si Zam al kazamapa dia tau selain dari lagu Bos Bos Bos!

  3. offtopic:

    mana pergi nordin sulaiman temanserumahku itu?
    sebelum ni dia ada kata dia nak cuti ?

    Ya asebol! Saya pun tak tahu di mana gerangan al nuruddin al sulaiman itu, cuba cuba lah enta telefon dia…

  4. Mungkin ini kesan apabila meletakkan seseorang bukan pada tempatnya. Tan sri Ismail Hussien pernah berkata…..dan si pengarah berkata….aduhai, susah bila orang tak mengaku kelemahannya.

  5. bila saya fikir balik, pengarah DBP sebenarnya tak cukup kuasa.
    walaubagaimanapun, dengan bidang kuasa yang dia ada, itu pun DBP tak memuaskan hati saya.

    sebenarnya, kalau nak majukan bahasa, perlu ada menteri yang bertarap TPM ke atas yang boleh majukan bahasa.

    pengarah DBP tak boleh memastikan semua manual kenderaan yang dijual di Malaysia ditulis dalam BM.

    Siapa pengarah DBP berbanding rafidah?

    pengarah DBP tak boleh suruh MAMPU wajibkan Manual atau UI dalam BM sebelum perisian di beli oleh kerajaan.

    pengarah DBP tak mampu memaksa semua DVD asing diterjemah ke BM untuk pasaran tempatan.

    waalupun pengarah DBP tak ada kuasa, tapi sekurang-kurangnya dia boleh cadangkan.

    seperti kes sureheboh vs jomheboh
    mereka hanya mencadangkan dan TV3 ikut.

    Tuan Sebol,

    Saya tidak menentang diskusi hangat mengenai DBP tetapi cukup menyampah bila isu berkaitan “Melayu” timbul atau sengaja ditimbulkan bila dekat musim pilihanraya sahaja. Ia memang sepatutnya berterusan, konsisten. Rafidah dengan MITI nampak prioriti menjual dan berdagang saja, tidak seperti negara luar yang menetapkan segala manual untuk barangan impot ke sini disyaratkan ada manual BM. Apa nak dikata, dia pun lebih petah berBI bila ada sidang akhbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s