LIMA Langkawi yang banyak membazir

Semua orang sudah baca tragedi maut yang berlaku di LIMA Langkawi. Tetapi tidak semua orang tahu berapa banyak belanja dikeluarkan untuk mengadakan LIMA. Kita yang tiada maklumat akan beranggapan bahawa ini satu acara berprestij negara di rantau ini. Karut! Adakah Langkawi pulau bebas cukai yang menguntungkan kelas bawahan? Karut! Sila tanya orang Dubai, ustaz Fudzail, dia boleh beritahu sejauh mana hebatnya LIMA Langkawi dan bebas cukainya jika dibandingkan dengan Dubai.

Mengenai tragedi terjut paracut itu apalah daya kita kerana perkara sudah berlaku. Tetapi apa yang saya amat kesal ialah ia berlaku semasa retorik projek Angkasawan masih terngiang ngiang di telinga. Saya yang tidak pernah terjun paracut pun tahu keadaan berangin yang melampau di lokasi LIMA di Padang Mat Sirat Langkawi.  Apakah tiada perkiraan semua itu sedangkan TUDM sudah ada piawaian untuk kerja kerja terjun begitu? Atau ada punca lain yang saya syakki seperti tindakan mengenepikan piawaian dan peraturan demi mengambil hati orang besar? Tabiat ini selalu sangat saya perhatikan berlaku di kalangan pegawai kerajaan bila ada VIP yang akan hadir. Banyak peraturan peraturan diketepikan.

Saya juga pernah melihat bagaimana trak trak tentera yang di bawa masuk ke pulau tersebut menjual minyak di pasaran gelap. Acara LIMA juga merupakan peluang untuk para mafia Rusia membawa masuk wanita wanita mereka untuk tujuan pelacuran. Selepas berakhir LIMA, wanita wanita tersebut akan menyusuri laluan yang sudah tersedia ada mengikut jadualnya yakni, dari Langkawi ke Pulau Pinang, kemudian ke Kuala Lumpur.

Soal ekologi dan pencemaran pulau tersebut rasanya sudah tidak perlu lagi diperkatakan. Sudah terlambat. Semuanya sudah rosak.

7 thoughts on “LIMA Langkawi yang banyak membazir

  1. Innalillah…

    aku tak boleh kata apa.

    mungkin bagi pihak Ameno, BN, puak islam-hadhari, dan pihak teratas ketenteraan, kematian anggota PARA tersebut termasuk dalam kategori LIMA golongan utama mati-syahid versi Malaya.

    Roh-roh para tentera akan dinaikkan pangkat nanti.

    Kematian cara begitu amatlah digalakkan. –demi kerajaan.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
    “BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN NEGARA”
    “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

    kepentingan perbelanjaan LIMA untuk pelancongan ? he..he..
    cuma aku takut “TOLAK-ABUK” saja..
    silap-silap, abuuukkk pun tarakkkkkkk

    yennadeiiiiiiii ???!! chit! aaa dusyummmmmmm!!!!

  2. Sebagai perempuan (tua) saya amat terkejut dan sangat sedih kerana ada wanita yang turut terkorban.

    Kepada sesama perempuan, kita orang perempuan, tidak usahlah ikut-ikut terjun lagi.

    Puan Sifu,
    Perjuangan feminisme tidak mengenal batas, apa lelaki buat semua wanita mau buktikan boleh dan kita nampaknya turut serta

  3. Saya pernah pergi ke LIMA pada tahun 95.. first and last. Itu pun sponsored by company. Orang Malaysia suka pada pameran berteknologi tinggi begini kerana kita amat suka ‘hiburan’.. bukan utk ambil ikhtibar. Kalau nak buat duit.. kita buat pameran barangan artis barat dan India.. pamer kasut.. kucing… gelang.. pasti lebih menguntungkan. Kerana semuanya hanya utk hiburan..

  4. Kenangan LIMA 2001 @ 2003.
    Geng Russia menjual harta karun mereka dalam Antonov, katanya 2nd biggest cargo plane in the world. Macam2 benda
    keik2 dijual. Setiap kali habis LIMA, hanya tinggal igauan dengungan jet pejuang di telinga penduduk2 Langkawi, dan cerita2 dapat duit lebihan sedikit hasil sewa kereta dan teksi.
    Tapi yang sedih Pantai Kok yang kurindui, sudah hilang keasliannya, malah seperti lukisan pemandangan yang dirobek-robel kanvasnya. Oh Pantai Kok, gambaran Malik berlari ke pantai, Tipah dan nasi gorengnya..chalet-chalet atapnya…hu..hu. sedih.

  5. Tuanku Rastom,

    Saya membaca sastera feminisme sejak tahun 70-an. Saya membeli buku-buku tokoh feminisme, dan membaca macam membaca kitab (waktu itu saya belum baca kitab). Jadi, saya saya tahu aliran-aliran feminisme yang sudah muncul waktu itu.

    Semakin banyak saya beli buku-buku feminisme dan membacanya, semakin saya tidak yakin dengan falsafah itu.

    Pada pendapat saya yang relatif (banyak membaca ini) mereka yang terpengaruh oleh gerakan feminisme itu tidak cukup banyak membaca (jangan-jangan tak baca langsung pun) buku-buku tulisan pendiri aliran-aliran feminisme itu.

    Saya kasihan sekali melihatkan perempuan terkial-kial mahu jadi lelaki….

  6. korang je yang betul……………
    kalau mak bapak korang yang buat korang mesti kata takbetoi..
    korang ni boleh di ibarat macam moyet monyet dalam utan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s