aplikasi teori psikolinguistik juga untuk belajar muzik dan menyanyi

Entri Puan Sifu di UNIKA – Strategi dan Teknik Aplikasi Teori Psikolinguistik bagi Meningkatkan Kualiti Bahasa, cukup relevan dan boleh dipertahankan. Bukan setakat untuk kemahiran bahasa bertulis, malah merangkumi kemahiran berbahasa lisan, menyanyi sebagai vokalis (mendengar vokalis yang baik) membaca al Quran berlagu (mendengar qari yang baik), bersyarah dan pelbagai ketrampilan lain.

Apabila kita belajar muzik secara formal, kita perlu mendengar karya karya kelasik sepanjang zaman era seperti Baroque, zaman Renaissance dan moden. Kelas muzik moden menghendaki para pelajar menyalin semula sesuatu score – yakni melatih telinga menangkap apa yang didengar dan hasilkannya semula di dalam bentuk bertulis. Setiap pelajar yang ingin menguasai permainan sesuatu alat muzik misalnya dikehendakki “melayan” permainan instrumentalis yang baik untuk menangkap nuansa dan bentuk bunyi yang baik. Jika tiada kesan bunyi yang baik di dalam mindanya, bagaimana pula ia mungkin menghasilkan bunyi yang baik nanti?

Teknik menyalin atau mengtranskripsikan bahan bahan baik ini cukup berkesan. Saya telah cuba untuk pelbagai perkara seperti belajar sendiri menulis jawi sehinggga boleh sama trampil seperti seorang lulusan sekolah Arab. Pendek kata apa saja kemahiran boleh kita aplikasikan teori ini, apa lagi untuk usaha menjadi seorang penulis yang baik!

2 thoughts on “aplikasi teori psikolinguistik juga untuk belajar muzik dan menyanyi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s