Bahasa Cina Mandarin boleh mengubah kerjaya dan peluang pekerjaan

wenlin.jpgSaya sedang mencari sofwer Wenlin yang saya beli 2 tahun lalu untuk tujuan ulangkaji. Sofwer ini antara yang terbaik untuk para pemula yang faham BI. Setakat ini saya belum temui sofwer belajar Mandarin yang menggunakan bahasa Melayu. Mungkin jika saya catatkan setiap pengalaman belajar saya di dalam blog akan nanti terkumpul menjadi satu himpunan sebagai panduan umum dalam BM?

Tetapi apakah ada yang benar benar berminat? Jika ditinjau menerusi Google, kita akan dapati bercambahnya laman web untuk belajar bahasa Mandarin (dalan BI). Mungkin mengatasi jumlah untuk belajar bahasa bahasa moden Eropah seperti Jerman, Perancis dan Sepanyol.

Jika orang Melayu tidak minat belajar Mandarin apakah ada faktor faktor budaya/agama yang menjadi penghalang? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Notakaki : Satu lagi sofwer yang anda boleh download secara percuma (jangkamasa terhad) ialah NJStar Chinese Word Processor 5.20 . Terdapat panduan menggunakan huruf  rumi Pinyin dan kamus ringkas.

8 thoughts on “Bahasa Cina Mandarin boleh mengubah kerjaya dan peluang pekerjaan

  1. Tuanku Rastom,

    Disebabkan kita tidak pandai bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa Cina, itulah sebabnya kita tidak berjaya menyampaikan Islam kepada penduduk Cina negara ini.

    Makhdum-makhdum Arab dulu belajar Bahasa Melayu, itulah sebabnya mereka berjaya mengislamkan seluruh Nusantara dam tempoh masa tidak sampai 100 tahun.

    Puan SifuPTS,
    Para makhdum Arab itu melihat BC lebih mudah daripada BA – memang dari segi sifat gramatis BC itu cukup mudah, tidak ada gender, tidak ada past/present/continuous tense…malah bahasa Cina cuma ada sukukata sukukata yang bertonal atau nada 4 tingkat. Itu bab 4 nada saja yang susah untuk lidah Melayu.

  2. Sudah sampai masanya mata pelajaran bahasa Cina dijadikan mata pelajaran wajib lulus peperiksaan kepada pelajar-pelajar di sekolah Arab. (Ini lateral thinking.)

    Puan SifuPTS, ini memang anjuran yang cukup lateral. Sekarang mereka wajib kuasai BA dan BI tetapi tidak BC. Hegemoni BI pun sudah bertapak kukuh di sekolah sekolah Arab. Payah mau diubah fikrah jurasik.

  3. jawapannya aku lebih berminat dengan hokien.

    Sebol, Hokkien pun ada kelebihan, cuma Hokkien Penang tidak sama dengan Hokkien di selatan. Masalah dengan dialek dialek Cina seperti ini yang menghadkan aplikasinya, namun jika kita mahir dan mampu berinteraksi di dalam lokaliti kita sahaja saya kira itu sudah berbaloi. Cuma nanti tak boleh baca suratkhabar saja.

  4. Salam Tuan Rastom,

    Bahasa Cina ada gender. Ia kelihatan waktu menulis. Ada perkataan yang feminin. Perkataan awak contohnya ada tanda sama ada orang itu lelaki atau perempuan. Dan juga ada tanda hormat juga, iaitu perkataan ‘sing’ atau ‘hati’ di bawahnya.

    Dan yang menarik, cuba Tuan lihat perkataan ‘aman’ atau ‘an’. Di atas itu simbol rumah, dan di bawahnya ada perkataan perempuan. Seorang penceramah mengatakan, orang Cina yang tamadunnya antara yang terawal di dunia sudah tau sejak dahulu, dalam satu rumah hanya boleh satu wanita, baru aman… he he…

    Cik Siti, gender BC tidak mempengaruhi kata kerja seperti Arab dan bahasa bahasa Indo-Eropah. Dia = 她 tā digunakan tidak kira lelaki atau perempuan (sama seperti BM). Tentang simbol seorang wanita itu memang benar. Ideogram atau simbol BC itu asalnya adalah gambar gambar, dan BC tiada huruf abjad. Kerja merujuk kamus BC ialah satu kerja gila walaupun memang ada tatacaranya. Cuba tengok ada rupa kuda? —> 马 mǎ

  5. Lagi satu, kalau tahu perkataan BC, boleh baca akhbar atau apa saja teks bertulis dalam dialek apa jua pun. Semua sama sahaja. Bunyi saja lain. Cuba suruh yang nama keluarganya ‘Tan’ tulis namanya. Walaupun sebutan ada ‘Tan’, ada ‘Chen’ dan lain-lain, tapi sama saja tulisannya.

    Sifu bahasa saya berkata begini: Tulislah dalam BMT, kerana BMT boleh dibaca dalam apa juga loghat Melayu. Tetapi jangan tulis dalam bentuk loghat, kerana hanya boleh dibaca dalam loghat itu sahaja. Saya akui kebenaran kata-katanya itu.

  6. Selalunya saya bersetuju dengan Pak Rastom, namun kali ini saya amat marah!

    Saya tidak kesah dan amat menyokong kalau Pak Rastom ingin mengusai semua bahasa utama dunia, kerana mungkin Pak Rastom berbakat. Tetapi seruan secara umum kepada orang-orang Melayu untuk mempelajarinya amat tidak berpatutan, kerana kita memberati seseorang pada sesuatu yg tidak sepatutnya, sedangkan tuhan sendiri tidak memberatkan hambanya sesuatu yang tidak berpadanan dengan kemampuan hambanya.

    Jika ada yang berminat, berikanlah galakan, tetapi jika tiada yang berminat, biarkan saja.

    Lebih-lebih lagi, zaman IT ini, tidak perlu mempelajari bahasa asing begitu khusus, cukup dengan adanya “aplikasi translator antara bahasa”. Sebaiknya kemahiran orang bahasa seperti Pak Rastom ini dimanfaatkan untuk menerbit dan membina traslator bahasa asing kepada bahasa melayu. Ia lebih manfaat dari menyuruh orang mempelajari satu-satu bahasa yang asing buat mereka.

    Puan SifuPTS, logik pengislaman puan tidak bertepatan dengan fakta sejarah dan sosiologi bangsa. Bangsa Cina “ketegaq pait”. Mubaligh bertaraf Sahabat belum dapat mengislamkan mereka. Tetapi bangsa Melayu, tak perlu ramai mubaligh, hantar sorang sahaja, satu negara telah Islam.

    O marah ye…..sabar, sabar dulu. Mana boleh marah marah depan PC, nanti PC cepat rosak. Anjuran supaya dicipta translator itu memang bagus dan rasanya sudah pun ada cuma tahap terjemahannya itu saja masih belum berpiawai.

    Kan saya hanya berseru seru sahaja, tak sampai pun tahap gubal undang undang seperti sekarang – WAJIB belajar Bahasa Inggeris untuk Mat/Sains. Nama saja berseru seru apalah ada sangat padanya. Seruan yang baik untuk bangsa kan elok di war warkan seperti ini —> كيت ديريكن جيوا مرديك

    Sebut fasal sosiologi Melayu berbanding Cina dalam penerimaan Islam – seboleh bolehnya saya ingin bersetuju dengan teori orang “Cina ketegaq pait” tetapi terasa ada lompong walaupun teori itu pernah saya dengar sejak kecil lagi. Jika dipakai skala bandingan tahap ketegaq bangsa maka saya kata – Orang Arab lagi ketegaq! (termasuk kesemuanya di bawah jurai Semait) – paitnya mengalahkan akaq seruntun. Generalisasi ini saya panjangkan juga kepada orang Melayu -ketegaq dalam menerima hal hal mengubah, berusaha dan meneroka di luar tempurung. Lima puluh tahun sudah berlalu, orang Melayu masih setia mengunyah gula gula Ketuanan Melayu di saat segala warisan bangsa dan budaya semakin mereput. Kita sangat lemah dalam kemampuan cross-cultural, kerana itulah bahasa Melayu sebagai tunjang bahasa Nusantara tidak dikenali sebaliknya dunia lebih kenal bahasa dialeknya yang dipanggil bahasa Indonesia. Ketuanan sesuatu bahasa itu berlaku apabila ia mampu berdiri sebagai alat komunikasi cross-cultural. Sayangnya kita tidak ada usaha ke situ. Justeru saya berseru seru dengan harapan suatu hari akan terbentuk usaha ke arah ini. Memang satu beban jika dikehendaki semua Melayu belajar bahasa Cina dan ini satu ideal fantasi kerana ketrampilan Melayu berbahasa ibunda pun sudah mulai merosot dan sungguh ironis kenapa pencapaian BM orang bukan Melayu di dalam peperiksaan lebih baik. Pokoknya, orang Melayu, menurut Prof Ungku Aziz, otaknya cukup elok, kerana masih banyak yang belum dipakai. Masih marah lagi? 🙂

  7. Mempelajari satu bahasa umpama membuka pintu kepada satu dunia yang dahulunya tertutup.

    Kalau berbahasa Inggeris maka dunia sains , teknologi dan bisnes jauh terbuka.

    Kalau berbahasa Cina bisa berurusan dengan mudah di pasaran dagang yang bakal menjadi antara yang terbesar di dunia.

    Kalau berbahasa Indonesia / Melayu bisa melicinkan segala urusan di Nusantara.

    Pokoknya bahasa itu ilmu, dan memang tidak masuk akal sekali apabila pemerintah menghalang rakyatnya menimba ilmu, melainkan ia beragenda membodohkan rakyat agar senang dikawal.

    Terlalu banyak ‘kerajaan” dalam menentukan halatuju dan pilihan rakyat, di mana demokrasi?

  8. Job Vacancy: Registration Clerk (chienese)

    Male / Female with SPM qualification
    Computer literate
    Able to converse in Basic English
    Pleasent personality
    Willing to work on shift
    Work in Masai

    basic salary : RM 800

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s