Suratkhabar Melayu tidak laku: Apa masalahnya?

Akhbar Mstar melaporkan dari analisis agensi ABC yang membanci edaran akhbar – Akhbar Melayu tidak dipedulikan di Lembah Klang.

  • akhbar berbahasa Melayu meraih hanya 25% pembaca di Lembah Kelang
  • akhbar berbahasa Inggeris (43%)
  • akhbar Cina (32%) daripada jumlah 1.1 juta naskhah.

Apa masalahnya? Jawapannya ada pada mereka sendiri terutama sekali di peringkat editorial. Sumber maklumat untuk orang ramai sudah tidak lagi dimonopoli oleh akhbar cetak, dan manusia yang berakal bila mengetahui akan adanya pembohongan fakta dan manipulasi, rasa hormat orang mulai hilang. Sekali sekala menipu mungkin orang tidak perasan, tetapi jika menjadi amalan dan dasar tidak mustahil orang akan terus memboikot.

Menurut Pengerusi audit ABC Mirza Mohamed Tariq, kemungkinan merosot ini daripada wujudnya versi akhbar tersebut online, tetapi saya kira penetration atau penggunaan internet rakyat Malaysia masih belum lagi sampai ke tahap itu. Jika penggunaan internet rakyat Malaysia 100% tercapai mungkin akhbar Melayu yang tidak kreatif seperti sekarang akan gulung tikar. Zalimkah saya kalau berkata Padan Muka?

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

13 thoughts on “Suratkhabar Melayu tidak laku: Apa masalahnya?

  1. tak baik pulau-memulau barang-barangan Melayu ni.

    Sedangkan dongengan pak-pandir dan lebai-malang masih dibeli oleh orang-orang kita.

    (heh..heh.he.)

  2. Di Lembah Kelang, akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, diedarkan secara percuma. Jadi kalau sudah dapat surat khabar, apa gunanya membeli akhbar lain semata-mata untuk mengetahui berita semasa.

    Kalaulah Utusan menerbitkan Kosmo! menggunakan model perniagaan The Sun, lain lah ceritanya.

  3. masalahnya berita yang disampaikan berat sebelah. hanya menyokong kerajaan 100% sama ada betul atau tidak. Lebih baik baca star. metro hanya akhbar picisan. Edarannya tinggi memperlihatkan rendahnya minda pembaca melayu.Saya hanya beli pada hari ahad kerana banyak rencana

  4. tak laku pasal pembeli tu sendiri. mereka(pengusaha akhbar) seharusnya mencati satu cara untuk meningkatkan tahap jualan. semuanya dari pembeli

  5. Akhbar Inggeris memberi lebih nilai untuk wang, harganya lebih murah, isinya lebih banyak dan bernas. Sudahlah akhbar Melayu lebih mahal, isinya nipis dan penuh propaganda semata.

  6. Ini dialog yang benar-benar berlaku tapi mungkin ada sedikit ubahsuai. Suatu hari rakan perempuan saya bawa akhbar Metro ke kelas.

    Saya: Apalah engkau ni? Baca akhbar macam ni. Bacalah akhbar arus perdana yang lain yang lebih berfaedah. (Maksud saya bacaan yang lebih … kredibel?)

    Rakan Perempuan A: Ah, aku tak dapatlah baca berita-berita berat ni.

    Seorang rakan perempuan yang lain mencelah.

    Rakan Perempuan B: Hoi, amat penting engkau baca akhbar-akhbar arus perdana ni. SOALAN-SOALAN UJIAN PTD dia orang ambil dari Utusan atau Berita Harian inilah!

    Saya:…?!

  7. Asalamualaikum, Tuan Rastom.

    Secara peribadi, akhbar Melayu kurang maklumat dan pengetahuan baru. The Star pada hari Sabtu lebih menarik dan ada maklumat yang boleh disimpan.

    Pembaca sekarang juga ada akses maklumat di blog dan internet. Maklumat dari medium ini juga lebih dipercayai. Bila maklumat di akhbar tidak sama dengan maklumat di Internet, kepercayaan pembaca bertambah menurun.

  8. Ini ada cerita daripada seorang kawan yang juga wartawan akhbar Melayu aliran perdana.

    Beliau diarahkan membuat laporan lawatan PM ke Kota Bharu.

    Sebelum menuliskan laporannya, seperti biasa dia terpaksa menelefon bosnya di ibu pejabat: “Nak taruh berapa ribu?” Maksudnya, dia hendak tahu angka yang dia kena tulis dalam laporan itu berkenaan jumlah rakyat yang kununnya datang menyambut ketibaan PM itu.

  9. Malay newspapers don’t do much in enriching the mind and opening your eyes to the world around you. English papers are just slightly better. At the end of the day, they still belong to the ruling party. I’d rather find my own news sources online, at least I get two sides of the story.

    I’m proud to say I haven’t bought a newspaper in 3 years. Except if I need something to wrap fragile items and line my litter bins.
    Way to go bro!

  10. I hate to miss The Amazing Spiderman 😉 yes, I have been reading that since I was a little boy. (FYI, I’m no longer a little boy except for the one inside of me.)

    And the latest Spiderman’s strip isn’t available on the net (unless I am unaware of it), unlike lots of other strips.

    And when the time comes to sell those used newspapers, no other gives more value for the money, except may be The Sun, because it is free. So I collect that, too, if I stop by 7-Eleven in the morning.

    As far as inclination goes, they all incline, one way or the other. From The New York Times, to Berita Harian, to Harakah, to Reuters, to the South China Morning Post. They all incline.

    But as far as straight reporting of the news goes, I think the Malaysian Press still have a long way to go. Most of the times, the reports are incomplete and incoherent, and, in this multi-lingual society of ours, lost in translation.

    Tuan GJ,

    Saya rindukan kartun Mat Jambul Berita Harian, sekarang sudah tidak ada lagi huhuhu..saya suka frasa terakhir itu….lost in translation….

Leave a reply to Mr Brightside Cancel reply