dāng tānwū xíngwèi biànchéng chángtài 當貪污行為變成常態

Bila rasuah membudaya – dāng tānwū xíngwèi biànchéng chángtài .

terjemahan daripada 當貪污行為變成常態

Sejak tiga tahun yang lalu slogan anti rasuah (貪污 tānwū) semakin kuat dikumandangkan. Kesemuanya, samada dari kalangan politikus atau pegawai BPR dengan penuh semangat bertegas mahu memburu para perasuah hingga ke lubang cacing. Sementara rakyat terpinga pinga bingung.

Pun demikian, setelah hampir 1,000 hari berlalu, cuma ikan bilis yang didakwa. Jerung masih bebas mengganas.

Baru baru ini, Transparency International Malaysia (大馬國際透明組織 dàmǎ guójì tòumíng zǔzhī) telah menerbitkan kajian mengenai rasuah yang berlaku dari Jun 2007 hingga September 2007. 63% daripada responden percaya bahawa masalah rasuah di Malaysia akan bertambah parah dalam tiga masa tiga tahun mendatang.

Sebagai tindakbalas kepada laporan Transparency International itu, KP BPR Datuk Ahmad Said (阿末賽益 āmòsàiyì) Hamdan memetik pula kajian lain yang dilakukan pada tahun 2003 untuk menyangkal dapatan Transparency. Walhal hasil kajiannya itu sudah dianggap lapok – empat tahun yang lalu.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Mustapa bin Mohamed pula memberi komen mengatakan majoriti rakyat beranggapan bahawa amalan rasuah adalah sesuatu yang normal.

Hasil laporan Transparency International juga menunjukkan bahawa rakyat beranggapan sudah tiada lagi harapan untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersih daripada rasuah.

Antara langkah langkah kerajaan kearah membanteras rasuah ialah dengan menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan mencadangkan satu blueprint integriti serta mengesyorkan kenaikan gaji untuk anggota polis dan pekhidmat awam. Ada pula yang mengatakan bahawa BPR lebih baik kerjanya daripada BPR Hongkong (ICAC). Tetapi kita tahu hakikat sebenarnya.

Laporan Ketua Audit Negara banyak mendedahkan hal ehwal amalan rasuah. Kita masih tidak melakukan apa apa walaupun telah ada laporan wakil rakyat yang menyarai kehidupan melebihi pendapatan dengan memilikki istana tersergam. Skandal yang melibatkan pengusaha pengangkutan dagangan merasuah para pegawai JPJ diketahui setelah 15 tahun. Ini bukti betapa membarahnya rasuah di negara kita.

Menurut laporan Transparency International, rasuah paling subur sekali ialah di kalangan jabatan polis dan parti parti politik. Sungguh tidak becus sekali bilamana seorang pegawai penguatkuasa itu terlibat dengan salahguna kuasa, pilih kasih dan mengugut tatkala mereka bertugas. Rakyat takut, bukan hormat kepada mereka. Politik wang sudah jadi kebiasaan di dalam parti parti politik demi kuasa dan pengaruh.

Bila rasuah membudaya dan bila setiap orang sudah terbiasa dengan amalan ini, mereka sebenarnya sudah hilang pertimbangan dan rasa malu.

Rakyat dan siswa-siswi universiti pun sudah letih untuk memerangi rasuah. Mereka seakan berputus harap.

Pelajar di peringkat tinggi adalah tonggak masa depan negara. Mereka sepatutnya mampu membedakan antara yang hak dan batil dan tahu menghormati hak hak manusia. Mereka juga tahy pentingnya membangunkan sebuah masyarakat yang adil dan bersih. Malangnya mereka sudah tidak percaya lagi dengan slogan slogan anti rasuah. Jika tiang asas tidak kukuh, apalah diharapkan kepada yang berada dibawah. Sikap buruk para pegawai tinggi dan pihak penguatkuasa undang undang telah mempengaruhi sikap pelajar peringkat tinggi.

Jika fenomena rasuah ini tidak dihapuskan, para pelajar ini akan jadi lebih korup daripada ahli ahli politik dan penguatkuasa undang undang yang ada sekarang bila mereka tamat pengajian dan mulai bekerja. Maka tidak salah lagi jika dikatakan bahawa Malaysia akan bertambah korup lagi dalam masa tiga tahun mendatang.

Tiada gunanya memupuk kesedaran anti rasuah dikalang pelajar IPT jika mereka yang berwajib tidak menunjukkan contoh yang baik. (oleh TAN POH KHENG/ Sin Chew Daily)

Nota kaki: Katanama yang bertulis Cina adalah untuk latihan mental saya sahaja. 

4 thoughts on “dāng tānwū xíngwèi biànchéng chángtài 當貪污行為變成常態

  1. Tuan Rastom,

    Kita perlukan kempen di mana peniaga-peniaga dan usahawan yang anti rasuah dipanggil supaya memberi ceramah berdasarkan pengalaman mereka sendiri betapa untungnya berniaga cara bersih.

    Banyak orang tidak tahu. Mereka yakin, kalau tidak rasuah, susah jadi kaya.

    Saya sanggup ke depan dan menyampaikan ceramah itu. Saya percaya, selepas saya, banyak yang berani ke depan dan menceritakan pengalaman mereka pula.

    Orang rami mahukan contoh sebenar, cerita sebenar, bahawa berniaga bersih rasuah lebih cepat jadi kaya, dan kekayaan itu tahan lama.

    SifuPTS, melihat kepada tahap keterbukaan akhbar Cina berbanding akhbar Melayu, nampaknya kempen niaga Bersih Rasuah tidak mengejutkan jika dimulakan juga oleh saudagar saudagar Cina. Mungkin boleh dicuba sesuatu dengan akhbar atau Persatuan Saudagar mereka?

  2. el-Ahmad,
    manakan tak bagos. blog ini ditulis oleh prof. Naquib Syed El-rastom Al-attas.
    Amatlah Nahas!! sesiapa kata tak bagus!

    tuanku elrastom,
    rasuah ini termaktub dalam 20-perkara yang sedap dalam dunia. Hanya manusia tidak-normal sahaja yang menolaknya.

    siapa kata baginda saidina umar manusia normal ? sebab itulah dia tergolong dalam golongan paling minima 10 manusia terawal mendiami el-syurga..syurga..

    subset terpilih dari set2 yg besar yg tak terpilih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s