Shit II sudah mula

isa.jpg

Rakan saya yang berkhidmat sebagai seorang 警察【jǐngchá】 anggota polis, kata isu keselamatan itu amat penting (nadanya seolah berbunyi Maha Penting). Saya lontarkan provokasi kepadanya – yang mana lebih penting, keadilan yang Islam anjurkan yakni adililah seseorang sebelum dihukum atau terus bertindak menghukum demi apa yang dikatakan “keselamatan negara”.

“Kami polis pun belajar bab Islam,” jawabnya, sambil menjeling dan menyedut rokok Dunhill kotak 20. Belum sempat dia menghembuskan asap saya teringat akan sebuah teks yang dijadikan rujukan oleh para rekrut polis dulu – buku tersebut adalah karangan Dr Harun Din. Rasanya buku itu tidak mengupas panjang lebar tentang kontradiksi antara ISA dan asas keadilan Islam. Banyak tentang asas asas sahaja.

Jadi terus saja saya berkesimpulan kawan saya ini sudah cukup tebal di indoktrinasikan “keselamatan” sebagai tokong atau dewa yang lebih aula daripada keadilan. Memang hubungan kami menjadi tidak intim bila bercakap soal politik, undang undang dan Islam. Beliau menjadi terlalu emosional, urat lehernya naik tegang seperti tegangnya urat saraf mantan KP Rahim Noor bila terkena provokasi. Entahlah! Shit bahagian kedua sudah mula menjengah.

6 thoughts on “Shit II sudah mula

  1. Huh, baru nk ISA. Lambatnya PakLah! Kepala keretapi dah terlepas di London. Saya dah mangli dengan cara Pak Lah nih. Ambil masa untuk bertindak. Kalau Malaysia kena langgar, musuh dah kepung Putrajaya pun belum tentu diisytihar perang.

    Rasulullah tak guna ISA tetapi terus halau saja Bani Quraizah dari kota Madinah!

  2. tn elrastom D’Moyo Shikhul el-Haq

    “Kami polis pun belajar bab islam”
    -Ungkapan “PUN” ini yang paling mahal sekali. terutama dari isiperut seorang anggota polis yg agak berpangkat dan senior dlm keanggotaannya.

    -sepatutnya agak perlu kita bertanya ya… Bab Islam “PUN” yang mana satukah dipelajari oleh polis pada masa kini.

    sebenarnya bukanlah tnggungjwb aku untuk menilai keImanan seseorang

    cuma aku sangsikan bahawa jika hanya Bab Islam perihal-dibolehkan kahwin satu lagi selepas kematian seseorang inilah satu-satunya bab yang dipelajari oleh polis-hadhiri masakini.

    bukannya aper… Imam besarnya telahpun berbuat demikian.

    semoga kebahagian berkekalan ke anak cucu…Insyallah…

    alhamdulillah bukannya senang untuk memperoleh isteri baru jika berada pada peringkat2 sebegitu…perlu ada ‘pertolongan dan daya luar’
    yg mana pertolongan tersebut tak akan datang ke atas orang-orang biasa
    he..he…

    =========

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s