Юлія Володимирівна Тимошенко – wanita perkasa Ukrainia

Юлія Володимирівна Тимошенко (Yulia Volodymyrivna Tymoshenko) sekali lagi terpilih sebagai PM Ukrainia.uliya_face.jpg Ukrainia bukan Rusia walaupun pernah berada di dalam Kesatuan Soviet. Dan bahasa mereka walaupun berada di dalam rumpun Slav ia lebih mendekati bahasa Polandia Czech dan Slovakia.  Orang Ukrainia akan marah jika anda kata mereka orang Rusia. Apa yang menarik tentang Tymoshenko? Beliau diberi jolokan Joan of Arc untuk Revolusi Oren yang menggegarkan kerajaan korup Ukrainia. Korup kerana rasuah, salahguna kuasa mengugut pengundi dan penipuan di dalam pilihanraya. Revolusi Oren (para demonstran berpakaian warna oren) dilakukan  secara aman, rakyat Ukrainia bangun memprotes dengan mengadakan beberapa perhimpunan membantah di seluruh negara. Beliau mempunyai blog sendiri. Dan satu keunikan penampilannya yang pasti melekat dalam ingatan ialah gaya rambutnya! Apakah nanti di Malaysia juga bakal ada yang berkebolehan begini?

9 thoughts on “Юлія Володимирівна Тимошенко – wanita perkasa Ukrainia

  1. Rasanya kita susah nak dapat peluang wanita seberani dan secantik ini menjadi pemimpin. Di Ukraine, perhimpunan politik sebegitu mungkin halal, di sini haram.

    Lainlah kalau wanita cantik buat perhimpunan muzik dan hiburan. Itu mungkin halal.

    Di Ukraine, mereka tidak pula sebok kata “Ini bukan budaya kita”, tentang kehebatan polis, rasanya polis rahsia di sana lebih hebat, tradisi KGB.

  2. Jiwa rasa,
    di sana, Amah-tukang cuci lantai pun muka2 lebih kurang. Boleh jadi 1st heroine dlm drama2 swasta melayu garapan prof. mohidden Anandaraj kalau tersilap pilih.

    tn-elrastom de-Kohilal Al-Barakbah,
    errr…dia tu dah kawin ker belum.. ? (aku bertanya ikhlas utk pihak engkau juga)

    he.he.he.

    Tetuan el Hakim,
    Ana rasa dia ini sangat sebok orangnya sampai terlupa bab nikah kahwin. Hahahahah

  3. Rambut dengan lilitan ala halo, maksud tersendiri.
    Beliau dia sudah berkahwin,

    “In 1979, she married Oleksandr Tymoshenko, son of a mid-level Soviet communist party bureaucrat, and began rising through a number of positions under the Komsomol, the official Soviet Communist youth organization”

    Bagaimana mereka bertemu?

    Suaminya tersalah dail nombor telefon, mereka bertemu ada tarikan dan berkahwin.

    “The couple appear together very rarely. They have a daughter Yevhenia (born in 1980).[6] Yevhenia graduated from a British university and now lives in Ukraine with her husband, rock-musician Sean Carr, who was born in Yorkshire, England, though he spent most of his childhood in Spain.”

    Tuan Zamri, terima kasih kerana menjenguk dan menambah nilai info mengenai Tymoshenko, saya memang tertarik dengan wanita besi ini sejak krisis berlaku di Ukrainia, cuma tidak berapa ambil peduli hal status kelaminnya – rupanya saya yang terlalu sebok hehehe..

  4. Amboi-amboi!

    Apabila lelaki menilai perempuan, tak kiralah perempuan yang dinilai itu artis ataupun PM, yang dinilai adalah (1) penampilannya, (2) sudah kahwin ataupun belum.

    Puan,

    Saya sendiri pun hairan kenapalah lelaki suka begitu. Pelik tetapi penampilan itu kan packaging yang penting dalam dunia komersial ?

  5. Hehe. Lain penulis, lainlah sudut yang dikomennya.😀

    Di Malaysia, kalau kata kerajaan korup, silap-silap kena bedal balik dek depa. Paling tidak pun dirancang supaya dia masuk ISA.
    ISA = I Sayang Abdullah!

  6. Tuan, your favorite (former) Prime Minister has been sentenced to SEVEN years in jail!!!! [http://tinyurl.com/65fexkr]

    Looking pretty as ever… [http://tinyurl.com/6had8xy]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s