بوليهكه اندا ممباچ توليسن جاوي؟

بوليهكه اندا ممباچ توليسن جاوي؟ ادكه كومڤوتر اندا مماڤركن حروف حروف جاوي د ساعت اين؟ ساي هارڤ اندا بنتوله ساي دڠن مم بريكن ريسڤون اتاو جواڤن جك اڤ يڠ ساي توليس اين كلوار سباڬاي حروف حروف جاوي دان بوكن سيمبول سيمبول ڤليق يڠ سوكر دباچ. جك اندا ليهت اڤ يڠ ساي توليس اين اداله جاوي مك ايت برارتي كومڤوتر اندا سوده چڠڬيه كران بوليه ممباچ جاوي…ها ها ها ها!سبنرڽ ساي سداڠ بيريك سڤريمن اونتوق ممولاكن سيري بلاجر بهاس عرب. ستوجو؟

40 thoughts on “بوليهكه اندا ممباچ توليسن جاوي؟

  1. Encik Rastom,
    Wah nampaknya computer saya mampu membaca tulisan jawi. Jadi apa harus saya lakukan untuk dapatkan software seperti Encik Rastom gunakan? Sayang sekali akhbar jawi sudah lama berkubur ya!! Saya masih ingat semasa saya berumur 7 tahun saya sudah lancar membaca dan menulis jawi. Selalu baca ruang pengarang untuk aruah Abah selepas makan tengah hari.
    Elok benar kalau Encik Rastom mahu mulakan ruang belajar bahasa Arab.

    anasalwa,

    Alhamdulillah lega hati saya kerana ramai pengguna komputer memberi input positif. Saya tidak ada sofwer khusus untuk ini, Windows XP ada ciri untuk ini, dan ada fasiliti online seperti http://www.ejawi.net/converter.php
    Insyaallah akan saya usahakan kemudahan web untuk bahasa Arab dengan kerjasama rakan di Saudi nanti.

  2. 1. Jikalau “Character Encoding” komputer itu di set kan kepada Unicode, biasanya boleh baca Jawi, China, dan lain-lain yang tertentu.

    2. Untuk menulis guna Jawi tu agak susah sikit, sebab kena ada sofwer tertentu. Tuan Rastom, nampak ada jarak (space) dalam perkataan “ber-eksperimen” tu. Silap baca jadi berek spriman. Berek Spriman?

    3. Siri Belajar Bahasa Arab tu amat dialu-alukan. Memang perlu kebolehan menaip dan memaparkan huruf Jawi kalau mahu siri Belajar Bahasa Arab.

    4. Anasalwa, Utusan Melayu kini dikeluarkan sebagai sisipan 8-muka atau 12-muka di dalam Utusan Malaysia setiap Isnin. Jadi belum betul-betul berkubur lagi. Mungkin dah ada kubur, tapi batu nesannya belum dicucukkan lagi.

    BTW Anasalwa, your picture very hensem, tapi ada nampak pusat ke tu?😉 Wish U well on the biopsy.

  3. tn elrastom fid dunya wal akhirah.

    font kelihatan agak cacat sa-dikit kerna tak bersambung. agak pelik juga jika dewasa macam kita merujuk pada tulisan seumpama itu.

    w/b

    Satu inisiatif yang bagus kerana ia membolehkan kanak-kanak tadika mendekatkan diri dengan tulisan jawi dengan kaedah belajar secara dinamika berkomputer.

    syabas pembangun sofwer!!
    syabas inspektor sahab! !!

    semoga arena perkomputeran di Malaysia akan maju bertapak2 lagi.

    wasalam

  4. Ya. Saya pun boleh baca di komputer ofis. Di rumah tak tau pula.

    elmaaniq, terima kasih! Input begini meyakinkan saya untuk memuatkan bahan bahan bertulisan Arab/Jawi di dalam satu usaha laman web baru, dan tidak lagi perlu digunakan grafik untuk memaparkan tulisan Arab/jawi.

  5. Bolehkah Anda Membaca Tulisan Jawi?
    Dah lama tak membaca, dan menulis… agak terkapai-kapai jugaklah nak mula. Macam nak kena eja satu-satulah pulak. Elok benarlah diselitkan dalam blog nie tulisan jawi, bagi menghidupkan kembali zaman kegemilangan tulisan jawi ini.

    lanog,

    Mungkin sukar mau hidupkan balik zaman gemilang jawi. Tetapi saya harap penguasaan jawi adalah untuk memantapkan keakraban kita dengan kitab kitab agama dan melicinkan usaha belajar bahasa Arab.

  6. hehehe..alhamdulillah, saya juga masih mampu membacanya dan komputer saya kira canggih dan mantap kerana pandai jawi.

    perkataan huruf-huruf tu boleh diringkaskan kan? seperti rumi, huruf-huruf kita leh tukar kepada huruf2. Kalau saya tak salah laaa…

    Apa pun, saya sokong!

    Bayanku sayang,

    Memang saya terlupa tentang singkatan untuk gandaan dengan hanya menggunakan (2), lemah sungguh ingatanku ini, cis! Kena mula amal makan kismis dan buah kurma!

  7. ساي بوليه ممباچ ڤاڤرن اندا دالم توليسن جاوي ايت, بيار ڤون اندا اد ممبوات ببراڤ كسالهن إيجاءن دببراڤ تمڤت. ساي ڤون مستي اد سيلاڤ جوڬ دمان٢ ني؛

    (Adoi penatnya nak menaip jawi, lebih penat daripada nak membacanya, jadi di sini saya tulis rumilah pulak!) Tapi apakah mungkin boleh dikecilkan sikit “font” jawi tu sebelum mengeposnya supaya baris² tulisan jawi itu tidak kelihatan seperti tertindan antara baris di atas dengan baris di bawah…

    Saladin Convoy,

    Saya ini tidak pakar di dalam bab font display, hanya tahu secara mendatar saja. Rasanya fonts tu memang boleh dikecilkan. Mungkin saya silap TERbesarkannya kerana hehe, almaklumlah, mata sudah tua walaupun hati masih muda…

  8. Assalamu’alaikum Tuan Rastom,

    Na’am, ya Rastom, ana dafat membasya tulisan Jawi di skrin komfuter saya lah, syuma komfuter saya la-dafat menulis Jawi atau Arab-lah…🙂

    -Alang-

    Terima kasihla, ana sangat suka ini tulisan keluar sekali sekali, jarang-jarang dan kadang kadang..

  9. Tuan Rastom,

    Ente belum beri respon kefada komen saya dalam entri “Chua Soi Lek : Catatan Ringkas Kursus Bahasa Cina” laa..🙂

    YTH Shaykh Alan Kleine,

    Terima kasih kerana memberi saya ingatan ya. Saya sedang giat mencari cari perkataan yang sangat sesuai untuk Tuan, kerana dalam bahasa China tidak ada istilah isteri kedua, ketiga dan keempat, ada Puan Muda hehehe…nanti saya cari istilah tapat dan mampu dipertahankan…

  10. Asslamualaikum Maharaja Rastom wal hensem,

    Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga berbahagia disamping keluarga.

    Jom kita lihat citer terbaru tentang Abu FurQaan…dan foto GEMPAAARRR anak kandungnya yang telah dikenal pasti melalui proses ujian DNA TEST…Abu Mazhab. 100% tulen!

    check it out bro’…http://theindiestory.blogspot.com

  11. alhamdulillah..saya masih boleh membaca tulisan jawi..

    (masa kekecik dulu, atuk saya baca sok kabar jawi…skang dh xde ek..)
    نورنان

    alhamdulillah juga dan terima kasih, atuk atuk muda zaman sekarang susah pula nak cari bahan jawi.

  12. ok boleh baca .. cun .. tapi masalahnya dalam firefox amber nih . tulisan jawinya bertindih tindih..

    Tuan hardyweb, rasanya tuan sudah modified saiz fonts di dalam options agaknya. Ini bisa berlaku dan bukan saja bertindih tetapi boleh menenang petak atau grafik lain ke bawah. Terima kasih kerana sudi bereksperimen sama!

  13. Saladin Convoy, bab ejaan ni memang susah nak cakap. Dari zaman saya sekolah hingga ke zaman anak saya sekolah, dah berapa kali ejaan berubah. Dan jawi juga sudah bertambah huruf.

    Tuan GJ,

    Bab ejaan ada khilaf sebab ada dua atau tiga kuasa pengaruh yang bertarung di dalam masyarakat Melayu. Ada yang mau menolak unsur Arab (kadi/kadhi/kodhi) dan (nikmat/ni’mat) tetapi hakikatnya itu tidak boleh sebab perkataan itu semua ada link dengan sejarah dan budaya Islam. Tidak boleh dieja cara melayu untuk beberapa perkataan yang contohnya berkaita rapat dengan ibadat dan konsep ketuhanan. Ada yang mau menolak terus (dan berjaya) penggunaan tulisan jawi kerana dianggap tidak moden (mungkin tidak hadhari?). Maka bertarunglah kuasa kuasa pengaruh ini dalam budaya kita dan inilah kita sebagai hasilnya.

  14. Wahai نورنانا, macam Gurindam Jiwa kata, kan masih ada sisipan UTUSAN MELAYU (Jawi) di UTUSAN MALAYSIA pada setiap hari Isnin? Itulah satu² akhbar Jawi.

    Wahai Gurindam Jiwa, haha, tak sangka “pembahagian” nama hamba yang anda buat tu memang tepat. Hamba memang dikenali dengan “nama depan” hamba di sekitar “sini” (WP), dan dengan “nama belakang” di sekitar “sana”.
    Tapi memang betul la, hamba sampai hari ini masih belum memahami “formula” ejaan Jawi dengan tepat. Perlu letak huruf “alif” atau tidak, pakai huruf “kaf” atau “qaf”. Hanya perkataan yang berasal dari bahasa Arab yang betul² hamba yakin akan ejaannya.

  15. Tuan Rastom.

    Alhamdulillah, satu usaha yang layak menerima pujian! Teruskan~

    ps: kalau nk nampak lebih “ke-jawi-an”, saya syurkan set align=right. sbb kita mmg baca jawi dari kanan ke kiri kan? Heheh.

    Terima kasih leokid. Saya sudah cuba align=right tetapi mengecewakan sebab habis ditendang petak petak lain, hehehe, memang banyak cabaran kalau nak campur campur RTL/LTR, tapi saya yakin memang ada caranya, cuma saya yang lembab.

  16. Pak Rastom,

    Bagus tulisan jawi anda. Cuma kesalahan pada ejaan bereksperimen. Sepatutnya, بريكسڤريمن .

    Utk makluman, selain converter e-jawi, KEKWA telah menaja perisian jawi, dan sepatutnya CD perisian ini diedarkan di seluruh jabatan kerajaan. Jenguklah ke http://www.k-jawi.gov.my. Perisian ini sepatutnya boleh dimuat turun, tapi linknya tak tercapai. Taktau kenapa, tapi kalau nak download boleh diambil di link berikut:
    http://www.k-jawi.gov.my/kalamportal/setup.exe
    Perisian ini menggunakan java dan akan install mysql ke komputer anda. Jadi berat sikit kot.

    Seperti komen Pak Rastom pada blog saya, memang perlu diteliti font dan line spacing, kerana paparannya berbeza dengan roman. Perlu diolah dalam container mengunakan font dan spacing yg sesuai. Jgn gunakan .

  17. Wah, terima kasih hanifzuhdi! Saya tengah mendownload perisian tu sekarang!😀

    Tentang ejaan “bereksperimen” tu, saya ingatkan ejaannya sepatutnya ialah برإيكسڤريمن ka?

    Oh, baru saya perasan, rupanya Tuan Rastom taip dalam tulisan rumi di E-Jawi tu dan melakukan “terjemahan” bulat² dari situ dan kemudiannya di copy-pastekan di sini. Patutlah “bereksperimen” jadi “birik spriman”. Puas otak saya ligat memikirkan (sesuatu yang biasa terjadi apabila saya pertama kali menemui sesuatu perkataan “asing” yang diJAWIkan), perkataan apakah yang nak dimaksudkan di situ, haha!😛

  18. Terlupa satu lagi converter, http://webhosting.mmu.edu.my/~syazwan/jawi/

    Waktu ini ada dua converter rumi-jawi, (1) converter ejawi dan (2) converter syazwan. Perbezaannya, converter ejawi bergantung penuh kepada pedoman-pedoman pembentukan suku kata, manakala converter syazwan menggunakan dictionary look-up (kamus rumi-jawi DBP). Jadi. memang terdapat ambiguity dan keganjilan pada terjemahan e-jawi. Terjemahan converter syazwan lebih tepat, tetapi jika perkataan tiada dalam kamus, ia tidak dapat diterjemah. Sebaliknya e-jawi akan terus cuba menterjemah perkataan ini.

    Memang benar, ejaan pedoman DBP bg bereksperimen ialah برإيكسڤريمن tetapi بريكسڤريمن lebih mudah diejakan. Saya tak mahu terbahas panjang mengenai isu ejaan ini. sekadar menyebutkan bahawa pedoman ejaan B.Melayu (rumi apatah lagi jawi) belum matang. Terlintas saya kebodohan pakar-pakar bahasa, terutama bila kita sudah dalam dunia IT, kerana masih tidak mempu mencipta askara khusus bagi, ڠ, چ, ڽ dan ڬ.

  19. hanifzuhdi,

    Terima kasih, tambah satu lagi resource jawi. Mengenai “kebodohan pakar bahasa”, saya tidak setuju mereka dikatakan bodoh kerana sekarang bidang sudah terlalu menjurus. Saya melihat beban ini teletak pada para pengamal IT yang profesional, atau mungkin fakulti IT di IPT (yang semakin berlambak). sistem ejaan benar tidak matang kerana juga terdapat konflik antara yang bermata “Arab” dan yang bermata “melayu Rumi”. Arab meringkas, Melayu-Rumi terlalu terikat dengan hukum vokal. Mengenai aksara ڠ, چ, ڽ dan ڬ. setakat ini saya pinjam daripada Farsi, malangnya masih belum ada “nya”.

  20. Mungkin sudah tiba masanya untuk En. Rastom bertukar baju, eh tukar tema yang lain, yang lebih sesuai untuk penampilan jawi ini.

    Kalau ikut resam En. Rastom ni, memang dah lama tak tukar baju rasanya.

    Dari Syazwan:

    موڠكين سوده تيبا ماسپ اونتوق عين. Rastom برتوكر باجو، ٳيه توكر تيما يڠ لاءين، يڠ لبيه سسواي اونتوق ڤنمڤيلن جاوي اين.

    كالاو ايكوت رسم عين. Rastom ني، ميمڠ ده لاما تق توكر باجو راساپ.

    Dari e-Jawi:
    موڠكين سوده تيبا ماسڽ اونتوق ان. رستوم برتوكر باجو، إيه توكر تيما يڠ لاين، يڠ لبيه سسواي اونتوق ڤنمڤيلن جاوي اين.

    كالاو ايكوت رسم ان. رستوم ني، ميمڠ ده لاما تق توكر باجو راسڽ.

  21. Pak Rastom, kemarahan saya kepada pakar-pakar bahasa adalah kerana sistem ejaan sekarang banyak menimbulkan “undecided problem” dalam merekabentuk machine translator bagi bahasa melayu. Sebagai contoh, bagaimana mesin (komputer) membezakan sebutan e dan e pepet? Bukan hanya dalam rumi-jawi, tetapi dalam text-to-speech and speech-to-text. Lebih mudah menggunakan sistem ejaan lama dari sistem baru.

    Walaupun banyak fakulti IT, tetapi permasalah bahasa melayu belum dapat dipecahkan kerana hanya sedikit yang dapat menelan ilmu penterjemahan mesin. Ini adalah antara subjek yang paling susah untuk ditelan oleh penuntut IT, jadi pakarnya tidak banyak. Belum dapat menjiwai pemikiran baru Alan Turing dan Noam Chomsky…. hehehe.

    Penglatinan bahasa melayu adalah legacy Kamal Artartuk, dan kita maklum ialah sebuah pembaharuan yang gagal. Bagaimanakah kita dapat memartabatkan bangsa jika bahasanya tidak mampu melahirkan kesejiwaan. Orang champa dan patani menggunakan tulisan jawi, orang indonesia totok ruminya, dan orang melayu semenanjung masih pening lalat!

  22. Saya boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi sebab saya dah belajar Jawi termasuklah dah “masuk Jawi” sejak kecil dulu.

    Saya dapati tulisan Jawi Encik Rastom ada “masalah” sikit. Ejaan “saat” jadi “sangat”. Ada juga beberapa perkataan yang sepatutnya ditulis bersambung tetapi terputus seperti perkataan “memberikan”. Tapi saya rasa itu mungkin disebabkan keterbatasan software kot?

    Komputer saya boleh baca tulisan jawi, tapi tak boleh tulis. Saya pakai Windows 2000. Maklumlah, masih belum ada kemampuan beli komputer baru. Dah cuba upgrade ke XP tapi tak compatible pulak la komputer ni.

    Apapun, saya memang suka jika tulisan jawi ini dihidupkan atau digemilangkan kembali.

    Saya pun dah ajar anak isteri saya tulisan Jawi. Biar tak pupus khazanah bangsa kita.

  23. Alhamdulillah,saya masih boleh baca tulisan jawi spt mereka di atas.

    Oh,ya.. ada satu perkataan yg saya tak faham td. Rupa2nya en Rastom tulis ‘bereksperimen’. Puas saya mengeja td.haha. Maklumlah dah lama tak tulis jawi.😀

  24. terima kasih pada yang telah memberi alamat web jawi dan saya akan menggunakannya utuk kefasihan saya dalam mengguna bahasa jawi

  25. En hanifzuhdi ,
    saya nak tanya pasal software k-jawi,
    selepas install, bila nak run dia kuar error
    [MySQL][ODBC 3.51 Driver] Can’t Connect to MySQL server on ‘localhost’ (10061).

    mcm mana nak fix kan?
    boleh bg link untuk download java 1.6 cam dalam j-qaf tuh.

  26. alhamdulillah..sy pnya computer bleh baca jawi..tp knp ejaan jawinya salah..maksudnya tulisan Arab, bukan jawi sepenuhnya??
    ada something huruf yang arab..
    widadsuhaimi, saya rasa umplementasi untuk aksara rumi masih belum stabil. Cuba dapatkan sofwer daripada unipad.com

  27. باڬوس٢ , كومڤوتر اندا بوليه مماڤركن جاوي. تاڤي اد سديكيت كسالاهن دسيتو. فركاتاءن برڬندا ددالم جاوي سڤاتوتڽ اد اغكا دوا. بوكن سڤرتي رومي يڠ ممڤوڽاءي تندا سڠكڠز چونتوه

    حوروف – حوروف… ايتو ساله… سڤاتوتڽ… حوروف٢…

  28. اونتوق ڤڠتاهوات اندا سموا, ڤركاتاءن يڠ اصلڽ درڤد بهاس عرب, ايجاءنڽ دككلكن. ميمڠ ايتو اوندڠ-اوندڠڽ.

    Untuk pengetahuan anda semua, perkataan yang asalnya daripada bahasa Arab, ejaannya dikekalkan. Memang itu undang-undangnya.

  29. terima kaseh byk2… semoge usehenye mendapat berkat dr Allah…. ad mase, add sebagai rakan embah di facebook ye.. embah bername, همب سلطان ……. embah ade di sane… kalo ade ape2 dalam usehe meperluaskan penggunean jawi ini, ade kudrat embah sedikit di tuboh, kite same2 martabatkan ie kembali…. wassalam

  30. Boleh saudara tolong bagaimana untuk menulis tulisan jawi/arab dalam post wordpress saya kerana setiap kali menulis, tulisan akan keluar menjadi simbol ????????????.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s