Jawi dan bahasa Arab: Sokongan internet sudah ada, bersediakah kita?

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang sudi memberi maklumbalas mengenai entri berkenaan.

Entri tentang jawi dan bahasa Arab nampaknya sungguh hangat sambutan dikalangan rakyat (walaupun sampel yang saya dasari agak tidak representatif) walaupun dasar di peringkat pembuat dasar negara agak suam suam kuku. Hampir kesemua responden memberikan jawapan positif, maknanya PC majoriti pengguna internet sudah siap sedia untuk menerima paparan tulisan jawi/Arab. Masalahnya kini ialah mewujudkan satu komuniti maya yang aktif. Sebelum ini memang ada portal dan laman yang bertemakan pendidikan bahasa Arab tetapi hanya hangat di awal kemudian sejuk dingin dan terus malap.

Untuk sebuah portal atau e-komuniti yang aktif tumpuan terhadap pengajian Bahasa Arab (BA) keperluan utama ialah orang yang mahir atau jika tidak mahir tentunya punyai asas pendidikan Arab. Saya amat yakin kita punyai ramai lulusan khusus lughah (graduan bahasa Arab). Cuma saya anggap belum ada usaha terarah dan kemudiannya komitmen ke arah itu. Usaha usaha e-komuniti seperti mana mana usaha yang berkaitan ICT tidak boleh diharapkan datang dari kerajaan atau sumber dana resmi kerana sudah banyak contoh dan kes projek tidak jalan, duit habis.

Usaha sebegini elok dijalankan oleh sekelompok individu secara bebas. Contoh terbaik yang boleh saya berikan ialah komuniti Unilang (saya turut menyumbang di situ), yang digerakkan oleh individu individu dengan tujuan mempromosikan pelajaran bahasa bahasa dunia. Hampir kesemua projek ICT yang berjaya adalah usaha gigih sekelompok individu, contoh: Google, Yahoo dan sebagainya.

Saya bercadang mengumpulkan beberapa individu yang berkelulusan lughah bahasa Arab (sebagai jemaah petugas), tidak kira samada lulusan universiti Arab, Amerika atau Eropah untuk menjayakan projek ini. Yang tiada kelulusan Arab tetapi berminat boleh mendaftar dan menjadi ahli pengajian.

Rangka portal (akan diwujudkan di domain lain nanti)

Portal tersebut bakal merangkumi konsep atau laman laman yang mengandungi:

1.Blog sebagai wadah interaktif, soal jawab, entri mengenai ehwal semasa

2. Wiki: sebagai bahan sumber rujukan

3. Forum

Banyak lagi perkara yang menggelodak dalam fikiran, tentunya yang positif belaka. Nanti akan saya huraikan lagi dari masa ke masa. Cadangan dan input serta promosi untuk mencari rakan yang ingin menyumbang ke arah ini amat dialu alukan!

5 thoughts on “Jawi dan bahasa Arab: Sokongan internet sudah ada, bersediakah kita?

  1. Salam Chief Inspektor Tuen Rastom,

    ari ni saya sudah kena sakit pinggang…ffuuhhh dia punya sakit mak aaaii, rase macam nak tercabut daaa…

    inilah report saya buat kali ini. harap medapat pertimbangan pihak tuen sewajarnya. terima kasih.

    Tuan ACP PDRM el moderator,
    Sakit pinggang itu kerana terlalu lama berkawat shot n sharp. Saya sudah lama cadangkan kepada IPCMC supaya memansuhkan gaya kawat short n sharp dan digantikan dengan goose step ala tentera Rusia. Tetapi nampaknya cadangan saya ditolak oleh kabinet.

  2. tuan Elrastom El Udit Narayan wal Alka Yagnik wal lindsay Lohan.

    aku agak pesimis dan sgt realistik ttg bab2 ini. tak tahulah mengapa. takdir bangkali.

    kerna tiada bahasa dalam dunia ini menggunakan dua jenis alphabet sepertimana Bahasa Malaysia. Iaitu huruf Rumawi dan huruf Arab(Jawi).

    Agaknya nippon, arab, thais, hindi, urdu, tamil, mungkin telah beberapa kali cuba meRumawi-kan huruf bahasa mereka. tetapi mungkin seringkali gagal. kerna ke-selesaan pada tulisan yang asal.

    BM terlalu payah utk memertabatkan jawi semula sebab sikap pengguna BM di kalangan bukan Melayu amat memandang rendah akan usaha ini.

    Kalau memertabatkan terus Bahasa Arab ke-dunia Melayu itu no-comment. sebab font-Arabic dan Lughatul al-arabiyah itu ibarat isik dan kuku.

    w/b. Tiada salahnya untuk cuba.

    he.he.
    w/salam

  3. aku memang respek habih dengan tuan Rastom kita ni. Ko letaklah komen apa pun sebagai bahan gurauan…Tuan Rastom akan jawab secara bergurau akan tetapi punya fakta. Istilahnya “Gurauan Berfakta!”…facts joking!

    Seumur hidup aku haram tak pernah dengar apa itu gaya kawat short n sharp…dan gaya kawat tentera Russia cara goose step…

    hari ini baru aku tau…terima kasih Mahaguru Silat Terbang-Terbang ala Rastom!

  4. Huumm molek tu ….kawee buleh jugak bagi sumbangan.Tapi tak berape pandai komputer.Arab tu buleh sikit-sikit.Jawi rasa macam buleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s