Benarkah para pakar bahasa itu bodoh bodoh semuanya?

Saya tidak bersetuju dengan sdr Hanif Zuhdi. Kemudian beliau menambah penjelasan.Beliau melihat dari satu sudut yang saya hampir setuju:

Pak Rastom, kemarahan saya kepada pakar-pakar bahasa adalah kerana sistem ejaan sekarang banyak menimbulkan “undecided problem” dalam merekabentuk machine translator bagi bahasa melayu. Sebagai contoh, bagaimana mesin (komputer) membezakan sebutan e dan e pepet? Bukan hanya dalam rumi-jawi, tetapi dalam text-to-speech and speech-to-text. Lebih mudah menggunakan sistem ejaan lama dari sistem baru.

Walaupun banyak fakulti IT, tetapi permasalah bahasa melayu belum dapat dipecahkan kerana hanya sedikit yang dapat menelan ilmu penterjemahan mesin. Ini adalah antara subjek yang paling susah untuk ditelan oleh penuntut IT, jadi pakarnya tidak banyak. Belum dapat menjiwai pemikiran baru Alan Turing dan Noam Chomsky…. hehehe.

Penglatinan bahasa melayu adalah legacy Kamal Artartuk, dan kita maklum ialah sebuah pembaharuan yang gagal. Bagaimanakah kita dapat memartabatkan bangsa jika bahasanya tidak mampu melahirkan kesejiwaan. Orang champa dan patani menggunakan tulisan jawi, orang indonesia totok ruminya, dan orang melayu semenanjung masih pening lalat!

Saya rasa ini masalah kepimpinan bahasa. Apa kata SifuPTS? Sesuatu pembaharuan perlu juga terbuka dan bersedia untuk undur sedikit, misalnya kembali menggunakan tanda untuk huruf e untuk membedakan antara e taling dan e pepet. Pemimpin harus berani!

8 thoughts on “Benarkah para pakar bahasa itu bodoh bodoh semuanya?

  1. aku setuju kalau sistem ejaan untuk bahasa melayu dirombak untuk kali terakhir.

    apabila tulisan tidak boleh tak menggambarkan penuturan, maka ramai orang muda akan merosakkan penulisan semata-mata untuk menjadikan tulisan mereka seolah-olah seperti bercakap.

  2. antara tulisan dan penuturan? jangan sampai bangsa melayu menjadi seperti Cina, pandai menuturkan Bahasa Cinta tapi amat lemah menuliskannya sebagai suatu perkataan [walaupon dalam tulisan Cina juga]

  3. Seorang kawan bertemu semula dengan gurunya yang dah lama tak berjumpa. Puluhan tahun.

    Selepas berbual mesra, kawan ni nak catatkan maklumat guru tersebut di atas kertas.

    Dia pun menulis: Chekgu …

    Bekas gurunya mencelah: Bukan begitu eja cikgu.

    Kawan ni pun jawab: Tapi inilah dia ejaan yang chekgu ajar saya dulu. Ha ha..

  4. Masa saya baru balik kampung dulu pun, saya eja “terima kaseh.”

    Bila ditegur, saya pun berspekulasi: “terima kasih” kalau ikhlas. “terima kaseh” tu pulak kalau kureng sikit ikhlasnya.

  5. salam pak rastom,

    saya sebetulnya tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada rakan dari thai yang belajar bahasa melayu di sini, kenapa dieja ‘sa-ya’ tetapi dibaca ‘sa-ye’.

    Ada dua versi sebagai penjelasan. Yang pertama versi akademik yang boleh diterimapakai ialah sebutan yang telah distandardkan ialah ‘saya”. Ia tidak dibaca ‘saye” kerana itu sebutan tidak standard, itu disebut sebutan daerah. Kerana ada samdol politik yang enggan menerima pembakuan sebutan huruf vokal “a” itu maka itulah sebabnya ada dua. Tetapi di kalangan sarjana bahasa dan sasterawan, mereka menerima dan mengguna sebutan saya sebagai saya dan bukan saye.

    Versi kedua ialah ujian. Cuba nyanyikan lagu negaraku. adakah di sebut negareku?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s