Melayu dan Media Massa, jangan jadi Nostradamus

Pada hujah Hanif Zuhdi dan Bashirah Bakar saya temui beberapa titik yang saya setuju dan tidak. Bashirah mengandaikan saya mengambil pendirian menolak mentah mentah kewujudan media massa moden dan beberapa petikannya terkandung beberapa perkara yang perlu dikembangkan makna dan maksudnya. Contoh saya petik kutipannya (dari mana sumber itu?)

….the audience of a new medium must be trained to decode the message of a medium, learn the proper language, grammar, emotional impact and requisite senses, skills and aptitudes demanded by the new medium. It is this novelty of psychological and sensory-motor schemata that quickly separates generations, in terms of comfort with and mastery of new media. It also endlessly creates new classes of technogurus and technophobes.

Media baru seperti internet memang telah mewujudkan jurang antara generasi. Orang yang waras tidak menolak kehadiran teknologi . Kesan kehadiran teknologi inilah membuat orang cuba melawan arus kesamarataan sebaran maklumat dengan bermacam cara seperti memburuk burukkan blog dan mencanangkan kepada khalayak supaya tidak mempercayai kandungan laman web dan blog. Sikap yang wajar ialah seperti yang Bashirah petik seperti di atas tadi…..learn the proper language, grammar, emotional impact and requisite senses, skills and aptitudes demanded by the new medium.

Malangnya akhbar dan media massa arus perdana seolah olah memusuhi kehadiran teknologi yang membolehkan rakyat bersuara sedangkan apa yang utama ialah mendidik pengguna kemahiran membaca dan menilai setiap info, dari mana saja sumbernya. Walaupun “media ownership” itu selalunya wajib mempromosikan kepentingan taukenya, tetapi untuk jangkamasa panjang pembaca nantinya jadi bijak dan bakal beralih membenci akhbar akhbar yang keterlaluan membodek. Mungkin ini penyebab rasa mual Hanif Zuhdi terhadap akhbar arus perdana dan yang alternatif.

Betapa ruginya pembaca yang terlalu mengharapkan maklumat hanya daripada akhbar akhbar arus perdana Melayu. Rugi kerana kita tidak tahu betapa bebasnya dasar editorial akhbar akhbar China seperti Sin Chew dan Guang Ming. Rugi dari segi mendapatkan kandungan yang seimbang dan dari segi harga (harian mereka hanya $1.30) Adalah satu kerja yang sia sia melawan arus teknologi yang Thomas L Friedman syarahkan di dalam buku The World is Flat.

Seperkara lagi ialah idealisme dan etika akhbar dalam kerangka sebuah negara yang sering dilaung laungkan sifat demokrasinya. Peranan akhbar negara demokrasi ialah menyuburkan proses demokrasi bukan sebaliknya. Sebagai aktivis dan pengguna media yang masih muda saya mengharapkan suatu semangat idealisme yang lebih waja , jangan jadi pak turut mengungkapkan klise seperti yang Bashirah kata “kalau pihak pembangkang pun berada dalam situasi dan kedudukan yang sama adalah tak mustahil mereka akan melakukan hal yang serupa“. Jangan jadi Nostradamus, menilik hari esok dan mengrelatifkan kebenaran. Jika ini jadi falsafah pengamal media yang muda maka tiadalah hari esok untuk Malaysia.

P.S. Untuk membangunkan kerjaya sebagai seorang jurnalis di era yang mencabar di hari mendatang elok baca apa peranan akhbar, media massa di dalam konteks negara demokrasi. Biarlah Rusia sahaja yang berbangga dengan akhbar Pravda.


25 thoughts on “Melayu dan Media Massa, jangan jadi Nostradamus

  1. Saya bersetuju mengenai:-
    Betapa ruginya pembaca yang terlalu mengharapkan maklumat hanya daripada akhbar akhbar arus perdana Melayu…..

    Bill Gates berada di Dubai hari ini…..bercakap mengenai pendidikan dan universiti…. pendidikan cukup penting, dan Bill Gates menamakan matematik dan sains yang ketika ini diajar dalam BI dan merugikan anak-anak Melayu……tetapi tentunya media massa kita menonjolkan kejayaan dasar yang melemahkan generasi untuk bersaing…..dan sesudah bilion masuk ke kantung kroni, suara-suara terkini mahu mengembalikan pengajaran matematik dan sains ke BM.

    Bill Gates juga menyarankan anak-anak muda banyak membaca buku……dan seperti usaha SifuPTS, memandaikan bangsa melalui buku-buku lebih baik dari media massa perdana ketika ini.

    Gates also urges the Arab world to invest heavily in education, pointing out that “the success of high-tech regions such as Silicon Valley have been driven by their connection and proximity to great research universities. Now we see this being replicated in places like China and India”.

    During the interview, Gates also gave his advice to anyone hoping to emulate his success, saying: “When I was pretty young, I picked up the habit of reading lots of book. It’s great to read widely about a broad range of subjects. Of course today, it’s far easier to go online and find information about any topic that interests you.

    “Having that kind of curiosity about the world helps anyone succeed, no matter what kind of work they decide to pursue… I don’t think you can overemphasize the importance of having a good background in math and science.”

    el Sheikh fudzail el Dubayi,

    Nasihat Bill Gates 100% poleh diterimapakai dengan sedikit caveat bahawa dia itu seorang salesman yang cekap. Seperti seorang salesman insuran, mereka tidak teragak agak untuk memberikan penjelasan secara terperinci mengenai faedah faedah insuran. Orang yang kabur tentang insuran terus jadi jelas dan faham. Saya kagumi kejayaan beliau dan disiplin kerjanya yang patut dicontohi, cuma saya kurang yakin dengan evolusi teknologi komputer, Microsoft dapat meneruskan hegemoninya untuk selama lamanya. Tengok berapa ramai yang kantoi..IBM, Xerox, Atari, dsb.

  2. “pendidikan itu penting” kata Bill Gates

    pendidikan penting bagi dia, kerana dari situ bila dia kasi free lesen, pelajar dibasuh fikirannya dengan Windows, bila dia keluar nanti, 1 negara akan diWindowskan.

    Sebolku,

    Jika penggubal dasar negara tidak terbuka kepada sumber Open Source alamatnya habislah Malaysia diWindow$kan oleh Bill Gates!

  3. tabik la bill gates! er, incik rastom juga. 😮

    el Affuan el Gates,

    Bill Gates ni orang yang pandai berniaga, elok cari buku tulisan dia. Boleh dapat idea jadi jutawan! Tapi bukan jutawan segera.

  4. New media such as Internet (blog and website) is momentous development and often being used as alternative media to voice out unsatisfied of certain issue and stuff. Not only those, the extravagant hopes aroused by these alternative media ventures are sometime based on a fantasy constructed around new communication technology.

    Even it is hope that the latest communication technology will place a powerful means of mass communication in the hand of the people and lead to the democratisation of the media but, this hope has been disappointed, time and time again, for a reason that should no longer come as a surprise. Yet, the advent of the Internet has once again aroused familiar hopes, this time pitched at a new level of extravagance.

    I am not trying to exaggerate about the used of new media nowadays, especially the public perception about the media. However, this is the reality of new media, which is same like mainstream printed material.

    In other word, using blog is useless because no body cares and listen for any action to implement. If the blog is so powerful and influent so, in that case why there are nothing count in parliament?.

    Please give a comment En. Rastom.

    El Bashirah,

    Blogs, journals or whatever documentation that engages issues of human interest are but one of the artefacts of human civilizing culture since time immemorial (re: Samuel Pepys). The cavemen blogs albeit on the cave walls and stone inscriptions left to be read and deciphered by generations thereafter.
    We learnt of our Islamic heritage from those stone incriptions of Batu Bersurat etc. But those were days, whereas here and now the blogs though make less impact on parliamentary proceedings, it has surprisingly rocked the nation’s Judiciary (re: Lingam Tapes). Blogs are just what it is, it’s not radio, newspaper or things that one would expect to behave as such. Ever heard of citizens journalism? Perhaps the eggheads in the various universities are just too busy chasing their PhD’s so much so that they missed The Cluetrain!

  5. Salam Enche’ Rastom,

    Wah…wah…waaah…daripada kebekuan telah terjah masuk ke hikayat yang berat-berat nampak…

    nampaknya kebekuan enche rastom telah mencair sedikit demi sedikit.

    bravo!

    Tuan Moderator elsabapersonalalbum!
    bukan senang nak cairkan yang dah beku, bila cair meleleh leleh pula!

  6. he.he..

    Dari segi akademik,
    saya tak nampak apa-apa yang perlu dipanjangkan disini, kerna Cik Bashirah telah awal-awal lagi membunuh dirinya dengan hujjah beliau sendiri yang berbunyi

    “That means pembaca harus akur yang pemerintah berkuasa menguasai media dan punyai agenda politik mereka sendiri, jadi apa yang salahnya jika mereka nak guna pengaruh dan aset yang mereka ada untuk kepentingan mereka, ”

    So ??????????

    he..he.he…

    elhakim el boutros ghali,

    Ini salah satu masalah terperangkap di bawah tempurung “Malaysia Boleh”. Kita tak sedar Thailand dan Indonesia “Lagi Boleh”!

  7. So……………….
    en elhakim jangan salah faham, bila bercakap tentang media kita kena bersikap neutral maaa, kita tak nak kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga…that’s can really makes media truly become a victim. Bukan saje mangsa keadaan si penggiat potitik tapi pengguna medium tue sendiri.

    Dalam erti kata lain, secara akademiknya saya nak menegaskan kat sini kalu benci macam mana sekalipun jgn la sampai melebelkan media itu ini, tapi cari pendekatan atau hemah lain untuk voice out unsatisfied about anything without blaming media over and over again.

    That’s all, thank you.
    Sehingga berjumpa di juzuk seterusnya maaa

  8. Tetuan El-Rastom El-Kishore-el Kumar Adulyadej begawan solo.

    he..he..

    aku pernah terdengar seorang bijak pandai memberi pesan secara akademiknya…

    “kalau gulai itu masin, katakan bahawa ianya masin. dan janganlah sesekali katakan ianya manis. Jika itu adalah lebih baik bagi engkau dan tiadalah ia mengundang kemerbahayaan dan tiadalah ia bersalahan di sisi Tuhan engkau.”

    he..he..

  9. yup..sampaikanlah walaupun ia pahit……

    cumanya hendaklah bertampi2.bukan semua rakyat yg reti menapis2 maklumat. gol2. kalian mungkin ya,tapi gol mak-mak sy menerima media bulat2 (dari yg pro kerajaan/bukan pro). kerana pada pemikiran mak-mak sy wartawan itu jujur. jujur seperti pak samad dan gol2 terdahulu.

    ttp utk gol. terkini (estranged,hujan n seangkatanya,hehe),mari kita meriahkan demokrasi dgn berita2 yg lebih jujur.

  10. Kehadapan En Elhakim…..

    Berdasarkan Minda Golongan Kelas Pertama, saya berpendapat kadang-kala walaupun ‘Gulai’ itu masin kita masih perlu memuji dengan mengatakan ‘Gulai’ itu enak, demi menjaga hati orang yang memasaknya, kerana secara akademiknya orang Melayu terkenal dengan sifatnya yang berbudi berbahasa.

    Lagipun dalam Islam Allah melarang kita mencaci makanan yang sedang dimakan dan hatta setelah dimakan.

    Lepas tu kalau ko tak nak makan lagi, suka hati ko la, create la aper2 reason so tak payah tambah lagi….

    Budi Bahasa Budaya Kita.

    Kurangkan Gula Dalam Minuman, Tambah Manis Dalam Senyuman.

    Utamakan Kesihatan Anda…

    hehehe

  11. he..he..

    jika hanya berkata ‘gulai itu masin’ dianggap sebagai mencaci.
    Tak tahulah saya jika betul2 mencaci itu dikatakan sebagai apa.

    kdg2 kita harus renungi dalam-dalam sesuatu perkara.

    Jika hari-hari kita disogokkan dengan roti canai banjir berkuah dan bergulai masin, posibbly, lama-lama kita akan ‘muntah’.

    he.he..he..

    Seperkara lagi,
    sayugia diingatkan bahawa sa-nya,
    he..he.

    tidak kira hatta minda golongan kelas yang ke-berapa sekalipun, menu yang disajikan harus ditukar juga.

    sekurang-kurangnya seminggu sekali. dengan menegur si-tukang masak.

    kdg2 ada juga si-tukang masak yang degil.

    he..he..
    ntahler…

  12. Yang dimuliakan En. Elhakim yang tak suka ‘Gulai’ masin….

    Menurut Ideologi Cendiakawan Terulung, saya berpendapat, mencaci itu tergolong dalam banyak takrifan, hatta dalam konteks ‘Gulai” tadi kita boleh memberi komen tapi biarlah komen yang membina dan positif……

    Sayurgia, bagi menjawap komen elhakim tentang Roti Canai berkuah ”Masin”…… ini respon dari Tinjauan Utusan Malaysia.

    Pengguna ‘Tak Kisah’ Tak Makan Roti Canai………..
    Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk di sini bersedia untuk mengubah selera sarapan pagi mereka daripada roti canai kepada makanan lain seperti nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, bihun dan mi goreng yang lebih berkhasiat.

    HEHEHE, JAWAB JGN TAK JAWAB

  13. cik el-basyirah yg dihurmati dan dikasihi sekalian,
    he..he.
    aper tu ?
    tak tahulah sayer tiba2 jadi macam itu.

    ===================
    errrr….beginilah yer…
    he..he..
    komen positif sepertimana yang cik el-bashirah inginkan tu ?

    Kita perlu fikirkan jua,
    1. bagaimana kita mahu bercakap mengenai media secara neutral sedangkan media yang dimaksudkan itu tiadalah pernah neutral dan berpihak pada pihak tertentu sahaja — double-standard. (lihat komen cik el-bashirah ke atas saya itu). Dan apa yang cik el-basyirah lihat sekarang adalah KESAN daripada sikap double-standard tersebutlah. Setiap action ada cause and effect. action and reaction. Itu adalah perkara normal.

    2. komen positif dan komen membina sebanyak mana yang cik el-basyirah inginkan daripada peminat2 media tempatan?

    3. Adakah cik el-basyirah yakin bahawa akhbar dan media tersebut dapat berubah apabila menerima teguran dan pandangan secara positif dari para pembaca mereka ?

    4. Saya juga percaya bahawa sanya media arus perdana tempatan tersebut telahpun menerima sebanyak yang mungkin komen2 dan teguran yang sangat membina daripada pengkomen2 mereka. he..he.he..

    Beginilah yer… he.he.he.
    Tahap kebencian seseorang itu terhadap media arus perdana secara normalnya adalah seperti yang berikut:

    1. Tidak suka
    2. menyampah
    2. benci
    3. meluat
    4. ‘geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….’

    he..he..he..

    tak taulah..
    saya ditahap yang mana…..

    walau benci macam manapun mereka baca tetap baca sebab ia adalah FREEEEEEEEEE dan boleh dibuat perbandingan dan alternatif bagi mereka yang masih lagi waras berfikir.

    he.he.he.

  14. Sebelum memanjangkan diskusi tentang media arus perdana ini, saya ader satu statement ingin diucapkan kepada elhakim…..

    “Berani Ko Kutuk Media Arus Perdana Ekkkk………………Kutuk penggiat politik dah ler…………” huhuhu

    Bercakap tentang double-standard atau status-quo, Media arus perdana bukanlah bersifat double-standard seperti yang di claim oleh sesetengah pihak termasuklah ‘tut…….’, because media juga tertakluk dibawah polisi dan undang-undang yang digariskan.

    Ini bermakna, media tidak sewenang2nya boleh melaporkan maklumat yang mempunyai niat atau motif yang dilarang dibawah peruntukannya.

    Mungkin keistimewaan “who owns the media’ telah disalahtafsirkan sebab hak atau peluang menyuarakan pendapat dalam media mainstream tidak diperoleh oleh pihak pembangkang. Namun, kita harus sedar media juga tertakluk dibawah pelbagai akta yang berfungsi menyekat sebarang hasutan dan fitnah.

    Cuba kita fikir apa yang bakal terjadi apabila akta2 dan peraturan ini dimansuhkan dalam negara dan seterusnya kesan kepada media itu sendiri.

    Nie pantun khas untuk elhakim……..

    Anak Arab lalu sekawan,
    Singgah berhenti pohon gaharu;
    Jangan harap cahaya bulan,
    Bulan tidak terang selalu.

  15. he..he..
    tima kasih..
    ada juga seseorang yg sudi menghadiahkan saya pantun.

    kalau nak tau. Inilah pertama kali pantun yang saya terima dalam seumur hidup saya.
    tima kasey..tima kasey…

    Sesungguhnya saya rasa sangat berbesar hati dan penuh rasa terharu dengan pemberian pantun tersebut.

    he.he.he.

    kalau begitu saya juga ingin berpantun.
    mungkin pantun saya agak sumbang sebab saya pun tiada ke’arifan dalam berpantun.

    Jika saya tiada silap, bangkali, bukan sembarangan orang yang boleh menjual pantun ni … he.he.he..

    SEBELUM ITU, jangan salah anggap. tiada juga saya ahli dari mana-mana parti politik. baik bulan, mahupun bintang.

    cuma jika gulai itu masin.
    katakan saja ia masin.

    ===============

    Itik Nila lalu sekawan
    Sambil diperhati Itik Serati
    Buat apa nak diharapkan cahaya bulan ?
    kan terang-senantiasa cahaya Mentari ?

  16. el-bashirah yang dihormati sekalian,

    sebenarnya saya amat faham posisi el-bashirah ‘di mana’. Sikap ‘BIAS’ itu sudahlah pasti.

    Bagi saya beginilah… (api-rokok dinyalakan)



    Jika saya seorang pelajar, siapakah yang menjadi penilai diri saya ?
    Adakah saya sendiri ?
    tentu tidak bukan ?

    Begitu juga tentang status media Arus Perdana. Adalah tiada wajar jika wartawan mereka menjadi penilai kepada media yang mereka tulis sendiri.
    Jika terjadi juga, adalah sesuatu yang maha pelik dan agak ‘eccentric’.

    begitu juga dengan persoalan status-Quo, double-standardness, laporan yang mempunyai niat tertentu, motifnya, hasutan dan penyebaran fitnah.

    Kerna segala-galanya ramai yang telah lihat dan tahu, apa yang telah terjadi dengan media perdana yang kita kasihi itu (he..he..he.)

    Bagi saya mudah saya, tiadalah salahnya jika saya dan orang-orang yang bukan-press mengadili dan menjadi penilai kepada media-arus perdana tersebut.

    =)

  17. he..he.he..
    maakk aiii…… mana si bashirah ni?

    dah balik kuala peghelih kaaa ?

    jgn amek ati laa naa……….

    saja nyakat budak2 UKM

    … boring betoi..

    he..he..he.

    Hola el amigo el hakim descargando! Muchas gracias, y que lo disfrutes! Hebat hang mengayat sampai tau dia dok di mana…hehehehe..Buenísimo hombre bonito post!

  18. keja takat kul 5ptg jer la…..
    balik ar aper lg…..
    aper ingat bernama nie rajin sgt ker nak bayar ot maaaaaaaaaa
    hehehe

  19. tn elrastomi adulyadej,
    he.he.

    =================

    el-Basheeerraahhhh,

    he.he..he…
    tak baik hang x smpai 5 thn kerja dok berkira.

  20. YA RABBI YA RABBAL ALAMIN……

    Bukan berkira la elhakim……………

    Tapi mengira-gira masa yang bakal terbuang begitu saja tanpa BAYARAN………HE..HE..HE..

    Lagipun ALLAH melarang umatnya membuang masa hatta sesungguhnya Allah Firman yang bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.”
    ( Surah al-Asr: 1- 3 ).

    Jgn marah ekkkkk

    SEHINGGA BERJUMPA DI JUZUK BERIKUTNYA. AMIN

  21. Salam buat semua..

    Seronok tgk perbincangan, berlangsung dengan aman siap ada pantun lagi, izinkan sy mencelah…

    Itik menyudu ayam berkokok
    Anak kenari terbang melayang
    Buatlah kerja asalkan yang elok
    Budi yang baik pasti tak hilang….

    Wassalam

  22. kamik mau sambung pantun…

    singgah makan di kedai lingam,
    makan nasik berkuah singam,
    hset dan percutian semuanya xpadam,
    mmg xhilang budi yg silam…

    hehe…

    Hehehe pantun Suruhanjeyaratnam!

  23. Mestilaaa….

    Diorang nie prihatin HATTA bersusah payah membetulkan pantun elhakim yang maha sumbang tu…..

    kehkehkeh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s