Koridor apa?

Benci sungguh saya dengan perkataan koridor. Sejak kebelakangan ini bermacam macam koridor ada. Dulu heboh dengan koridor raya, hasilnya yang raya hanyalah sebuah syarikat monopoli internet yang memberi servis macam tahi. Saya benci perkataan koridor kerana ia diumang umang oleh orang yang berlagak pandai. Macam sudah tandus bahasa Melayu. Saya benci dan meluat perkataan yang ada bunyi seperti “dor” dan “dur” . Tidur, kundur, mundur, dumbledore, mandor, kendur, undur. Benci, benci benci!

12 thoughts on “Koridor apa?

  1. “door” itu gunanya untuk menutup ruang utama di depan rumah supaya mereka2 yang tidak berkenaan, tidak boleh masuk atau menjenguk sesuka hati mereka…

    Tuan anakkawi, ya tak ya juga, ada door to door salesman, ada pula ahmad al-door hehehe

  2. tn elrastumi el-adulyadej,

    cuba kita analisa wajah2 wanita personaliti tv3, NTV7, rtm1 dan 2 apabila mereka mula menyebut koridor raya multimedia.

    sebutan mereka agak konfident dan bersemangat.

    apa yang kau rasa?

    rasa teruja? sayang ? berahi ? atau semakin menyampah?

    he..he..he

    Tuan el Hakim el Barakbah el Mutawakkil,

    Pengacara TV tv malaysia kalau nak saya analisiskan nanti jadi satu kitab tajul muluk. Apa yang amat ketara ialah persembahan yang over-acting, berlebih lebihan itu menjadi daya tarikan kepada para pengurus yang mengambil mereka. Contoh sederhana pengacara profesional TV luar negara tidak diambil – rupa dan cara sederhana tetapi di muka mereka tepancar wajah perempuan cerdik….cuba cuba cuba perhatikan sekali lagi hehehe

  3. Aku suka idea decentralizekan pembangunan,
    dulu asyik2 lembah kelang, lembah kelang lembah kelang,

    bagi aku, kalau nak decentralizekan pembangunan, pindahkan sahaja apa yang ada di lembah kelang ke tempat lain.

    sudah tentu tempat itu akan maju secara automatik, paling tidak pun maju sedikit.

    Tuan Sebol, idea decentralize memang bijak tetapi nampak belang berjalur jalur gemilang bila hampir pilihanraya hehehehe, jangan jadi MML – Melayu Mudah Lupa tau, dah lama dah, 50 tahun dah…

  4. Adumak! Sakit perut aku menahan gelak (saya keseorangan di rumah saat ini….)

    El Ustazah Falsu el ummul kutubi,

    Apa kata lepas pilihanraya nanti kita buat pula Koridor Buku Melayu!

  5. Salam Pawang Buaya el -Rastom wal boya.

    koridor ana tak tau…kari mamak ana tau. itu restoran ALi Bistro manyak sedap dia punya kari kambing. hehehe…tang lemak-lemak yang paling menyelerakan syahwat. Anta patut try.

    Ana sanggup bersetuju dengan anta. Itu “Servis macam tahi kambing bulat-bulat”. Koridor Multimedia konon…depa ni gempar jer lebih…akhirnya yang ana tau…koridor multimedia tu ialah…kedai2 komputer yg berlambak yang banyak jual aksesori dari taiwan kat Low Yatt Plaza…yang tak bestnya…sekarang cd software pirate Adobe sudah tarak. Hilang lesap. Ana dari dulu support cd pirate sebab murah giler BAB.
    Yang ana tau sekarang koridor mulmedia bermaksud beli Adobe Software yg original dgn harga tak kurang drp RM2500 satu jenis. Hebatkan? muraah tueee…hehehe

    err lagi satu…wahai Pawang Rastom, definisi koridor multimedia bagi ana ialah…bila kita bukak itu youtube …sambil tengok tersekat-sekat. Kualiti server tahap cipan. (yg benda ni…kat oversea tak pernah rasa pun)

    Bestkan Malaysia? Jampi sikit Pawang RAstom…fuuh…fuuh…pppooodaaah!

    Tuan Moderator el Modesto!

    Kari kambing jangan disebut, melecur lecur air liur ana. Dalca yang cukup ISO pun sudah memadai, apa lagi kalau ada kari kambing. Kari kambing local ada sikit bisa bisa Tuan, tapi kalau kambing biri biri boleh tahan juga. Dulu ada juga cadang mau buka koridor kambing dan lembu tenusu tapi overhead terlalu tinggi apus kepala, mana boleh tahan, lainlah Tuan Moderator ada connexion dengan Khairydoor, sebut saja berapa juta hehehehe.

  6. jangan benci koridor
    bilion trilion sudah lebor
    siapa kata PM tidur
    dia hanya bertafakur

    bermula dari johor
    satu negara jadi koridor
    khairydor sudah tersohor
    jadi bahan penglipor

    sugul koridor raya multimedia
    koridor ekonomi pula ceria
    setelah berdemo di jalanraya
    jom berpesta pilihanraya!

    Tuan Fudzail! Cantik madah koridor Tuan hahaha dia hanya bertafakur..bukan beruzlah! TAk balik ngundikah atau boikot?

  7. Koridor asalnya hendak membawa maksud pembangunan sekitar 3 tempat, KLCC, Putrajaya dan KLIA, yang secara fizikalnya terhubung dengan jalan raya. Kebiasaan di Malaysia, terkenal sekali dengar pasar-pasar siang, pasar lambak, pasar malamnya. Di kedah dipanggil nat.

    Kalau kita terjemah pada bahasa melayu, boleh saja di samakan dengan Pasar Lambak. Jadi Koridor Raya Multimedia menjadi Pasar Lambak Raya Multimedia. Koridor Pembangunan Utara menjadi Pasar Lambak Utara, Pasar Lambak Timur, Pasar Lambak Iskandar.

    Nat Pembangunan Utara pun sedap didengar.

  8. Rancangannya mahu balik juga ini seperti 2004, untuk penamaan calun, tetapi mungkin tidak sempat……..belum cukup wang pencen untuk jadi calun…

    Kalau mahu bertanding sekarang di kawasan mengundi kena lawan JJ, gergasi politik perdana, (yang juga bukan orang K Rompin).

    Lawan Tetap Lawan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s