SPR – Sedih, Pilu, Rasanya

Sebagai rakyat patriotik saya pun melawat laman web SPR. Air mata mulai menitis, sedih, pilu dan ragu. Saya diberi amaran ”

PERHATIAN!! SILA GUNA PERISIAN INTERNET EXPLORER (IE) JIKA INGIN MELAKUKAN PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.

Amboi, sampai begitu sekali otoritarian dan terlalu taksub dengan Microsoft. Berdosakah kalau saya gunakan Firefox? Sebagai bantahan, saya gagahi masuk guna Firefox dan menyemak daftar pemilih. Setelah mengisi nombor KP terus saja saya klik! Nah, boleh juga server SPR terima permintaan saya walaupun dengan Firefox. Server lebih bijak daripada web admin SPR rupanya. Tiada diskriminasi browser.

Kemudian saya semak parti parti yang dikatakan BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA . Berpandukan laman tersebut, parti parti UMNO, MIC dan MCA tidak ada di dalam senarai. Apakah saya silap masuk laman web, atau ada laman web SPR yang lebih baru? Mungkin, ketiga tiga parti itu di masukkan ke dalam satu kelompok untuk memudahkan kerja – kesemuanya di dalam ruangan Barisan Nasional.

Cubalah anda layari laman web tersebut. Apakah ada mesej subliminal daripada apa yang anda temui?

Notakaki: Keadaan laman tersebutĀ  adalah berdasarkan tarikh entri ini. Kemungkinan bakal berubah selepas tarikh ini.

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

7 thoughts on “SPR – Sedih, Pilu, Rasanya

  1. tn elrastom el Linggam Anandaraj,

    secara ikhlas, aku dapati tiada apa2 yang menarik dalam laman-web tersebut. Cuma penggunaan warna Biru-gelap terlalu byk yang menandakan bahawa motto bagi SPR Kali ini adalah “Beri Laluan Mudah Untuk kemenangan BN”.

    Dan sekarang ini aku sedang memikirkan apakah helah SPR dan kerajaan berikutnya ekoran penggunaan Dakwat sebagai tanda seseorang itu telahpun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

    Apakah akan ada trick lain selepas ini ?

    he.he.he.

  2. wahai ahli nujum negara tuen el rastom kepunden marang sekeperrrr.

    apakah keputusan tilikan tuan bagi pilihanraya ke 12 ini? Parti manakah yg mencapai kejayaan besar dan parti manakah yang merundum…ada had ada hari?

    sila beritahu ana.(malas nak tunggu keputusan kat TV, lama sangat!)

    apa sahaja keputusan tuen el rastom akan ana terima sambil berbisik correct…correct…korek!

  3. Nampaknya abg mat and the geng sedang dilanda demam pilihan raya….huh…jgn sampai “rebah” tak boleh bangun sudahla…

    Lagi pulak tanggungjawab kita bukan setakat berkempen dan berparti hatta berpolitik shj tp membangunkan ekonomi negara jugak…melalui kerja dan kerja dan kerja…bukan kempen dan kempen dan kempen….sebab kita hidup kena makan dan makan dan makan.

Leave a reply to Moderator Cancel reply