demokrasi dan aliran maklumat

Demokrasi subur bila rakyat bermaklumat. Bukan maklumat tentang gosip artis, cerita hantu puaka atau hebatnya kerajaan langit Ayah Pin. Maklumat tentang ketelusan, amanah dan kemampuan mencelikkan rakyat tentang hak hak asasi mereka sebagai rakyat. Sejauh manakah rakyat Malaysia yang Melayu memperolehi maklumat yang seimbang untuk membuat keputusan memilih di dalam pilihanraya jika media massa amnya dikuasai oleh Media Prima. Adakah mana mana negeri demokrasi luar yang satu syarikat menguasai hampir kesemua stesen tv/radio dan akhbar?

7 thoughts on “demokrasi dan aliran maklumat

  1. tetuan prof. elrastom, anandaraj-Mutawakkil Billah yg dihurmati sekalian,

    pernah dengar kes ‘spoon-feeding’ ? yakni…Maklumat datang sendiri dan tiada-perlu dicari ?

    he..he…

    Aku ingin berbicara dari hati ke hati dengan kau kali ini.

    Lapangkan segala fikiran kau.

    Bangsa-dominan spt bangsa orang2 BARAT juga seperti kita pada awalnya. Iaitu maklumat tidak tersebar sama rata pada mulanya (mungkin semasa pihak gereja adalah dominan di kala itu. demokrasi tertutup rapat)

    Entah bagaimana, aku pun tidak tahu, sistem perancangan tuhan telah mengurniakan perasaan curiosity yang amat dalam ke-atas bangsa-bangsa itu. sehingga revolusi-eropah meletup dan meletus menggegarkan paksi dunia.

    Sehingga setiap maklumat akan mereka gali-segali-galinya sebanyak mungkin dengan hikmat tenaga dalaman yang amat-luarbiasa melalui gerak-hati dan membuang tabiat MANJADIRI.

    Perasaan ingin tahu itu, kau boleh analogikannya sebagai SUATU YANG BERSIFAT INERTIA. Sekali kau memperolehi nikmat tuhan itu, ia akan bertapak dalam sanubari manusia dan tiada mudah ianyakan padam sehingga ia menjadi suatu tradisi turun-temurun sehingga ke cucu-cicit.

    Dalam kes demokrasi Barat,
    maklumat yang dikunci dan tertutup rapat juga bakal digali dan akan diketahui oleh umum oleh mereka yang sememangnya mempunyai psikologi suka mengkaji dan mendapatkan maklumat.

    Oleh itu, buat apa media-mereka menyembunyikan dan memberikan gambaran berat sebelah? Kelak diketahui oleh orangramai juga.

    Jika mereka sembunyikan juga, maka reputasi akhbar dan media mereka pastikan terjejas. Mereka menggali kubur mereka sendiri.

    walaubagaimanapun anologi aku kali ini tidak boleh dipraktikkan ke atas sikap skeptism mereka terhadap dunia Islam. Jika agama itu bagus, mereka akan pura2 megnatakan tidak bagus disebabkan dendam kesumat turun temurun.

    Cara mengatasi untuk bangs kita?
    Adakah kau tahu ?

  2. Salam…tumpang lalu

    Merujuk kepada suara hati abg mat tu, saya juga amat kesian tentang situasi masyarakat Melayu kita yang kempunankan maklumat yang tepat dan sebenar..

    Namun, dari apa yang kita sedia maklum setiap maklumat yang dikeluarkan oleh agensi media tertakluk pada polisi dan agenda mereka sendiri..ya mungkin atas desakan undang-undang dan akta..

    Kalu nak bercakap tentang sejauh mana masyarakat kita memperoleh maklumat yang seimbang untuk membuat keputusan memilih di dalam pilihanraya, saya rasa jauh tu tak la jauh sangat…hehe..

    Sebenarnya masyarakat kita terdedah dengan banyak link dan alternative lain seperti internet, kedai kopi, ceramah “agama” ustaz Akhil Hayy dan seangkatan dengannya, Edaran Risalah dan pelbagai lagi..

    Malah, masyarakat Melayu juga makin aktif berkempen dan berpolitik biarpun dari kakitangan awam tu sendiri..

    Oleh itu, saya tak rasa kekangan yang dialami untuk menyebarkan berita sebenar kepada rakyat tu sesuatu yang terlalu menindas hak-hak asasi mereka sebagai rakyat bahkan kadang2 perlu untuk menjaga keharmonian kita..

    Mungkin agak klise dan basi bagi abg mat tp kita bercakap tentang realiti bukan angan2 kosong.

    Masyarakat mmg patut tahu tentang politik dan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara tp mereka pun kena sedar apa yang sering terjadi bila Manusia (MENTERI)berhadapan dengan Kedudukan dan Meterial jugak.

    Media barat walaupun agak bebas melaporkan maklumat, mereka masih mengutamakan kepentingan agensi mereka sendiri…..maksudnya undang2 masih memihak kepada media biarpun maklumat yang sepatutnya disampaikan itu disembunyikan atau kelak masyarakat akan tau hal sebenar dan mempersoalkan tindakan agensi tersebut.

    tu jer la pandangan saya…

    salah silap harap diampun (walaupun bukan hari raya) hehe

  3. Pendidikan Percuma Bagi Rakyat Malaysia?

    Begitu la tajuk berita yang dijadikan Berita Utama oleh sebuah agensi berita SEMPENA PILIHAN RAYA, namun, sejauh mana kebenarannya apa kata kita hayati dan fahami bersama-sama k.

    Kerajaan menekankan pendidikan percuma bagi semua dengan yuran tahunan sekolah dan yuran peperiksaan utama seperti PMR, SPM dan STPM dimansuhkan. Dengan pendidikan asas di negara ini begitu murah sekali, mereka yang berpendapatan rendah di kawasan luar bandar, mereka yang berpendapatan sederhana dan mereka dengan bilangan anak yang ramai pastinya beruntung.

    Berkuatkuasa 2008, skim pinjaman buku teks percuma dilanjutkan kepada semua tidak kira pendapatan bersih keluarga dan bilangan anak mereka. Ini bermakna pada tahun ini sahaja 5.7 juta pelajar akan menikmati kemudahan buku teks percuma.

    Oleh itu, tiada alasan bagi mana-mana ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sehingga mereka menamatkan pengajian di peringkat menengah. Dalam kes-kes khas, pelajar-pelajar miskin juga diberi bantuan untuk membeli pakaian seragam sekolah serta keperluan lain.

    Kerajaan melakukan segala yang boleh untuk memastikan rakyat Malaysia muncul sebagai warga berpendidikan, iaitu lambang sebuah masyarakat berpengetahuan dan buta huruf hanya tinggal sejarah.

    BANTUAN MAKANAN

    -Menyedari bahawa kanak-kanak daripada isi rumah miskin tidak seimbang pemakanannya, kerajaan telah memperkenalkan program makanan berzat di sekolah-sekolah terpilih. Sekali lagi makanan adalah percuma dan oleh itu murid-murid yang cergas akan menimba ilmu dengan lebih mudah.

    Bagaimanapun, kemurahan hati kerajaan tidak terhenti di situ sahaja. Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR diberi segala peluang untuk meneruskan pendidikan di sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pendidikan atau MARA.

    Kerajaan telah menyediakan bilangan universiti dan kolej yang mencukupi bagi mereka yang berminat meneruskan pengajian. Sektor swasta juga telah membuka kolej-kolej untuk melengkapkan lagi peluang-peluang pendidikan. Siswa-siswi di institusi-institusi pengajian tinggi ini, awam atau swasta,tidak perlu bimbang akan kedudukan kewangan mereka memandangkan pelbagai bantuan kewangan dihulurkan oleh agensi-agensi seperti MARA dan Petronas.

    Pelajar-pelajar yang cemerlang ditawarkan biasiswa untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat tempatan dan di luar negara sementara yang lain boleh memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mereka boleh mula membayar balik selepas mula bekerja.

    PELAJAR HARUS BERTERIMA-KASIH

    -Mungkin tiada negara lain di dunia yang mensubsidi pendidikan seperti Malaysia. Para pengasas negara mahu melihat kemunculan sebuah masyarakat yang celik dan pandai menilai di Malaysia dan itu telah dicapai.

    Pendidikan percuma hingga ke peringkat menengah sinonim dengan negara-negara maju, tetapi dalam kes Malaysia ia dicapai walaupun semasa di peringkat membangun lagi. Para pelajar adalah aset negara.

    Mereka merupakan tenaga kerja masa depan dan penyumbang bagi pembangunan. Oleh itu adalah wajar mereka disediakan dengan segala kemudahan untuk menimba ilmu dan memperkayakan diri dan negara.

    Dah Abis baca? OK jom kita buat kira-kira….

    Tahun 2007 (YURAN SEKOLAH)

    1) Orang Kaya
    -Yuran Sekolah: RM18.00
    -Yuran PIBG: RM 32.00
    -Buku Latihan: RM25.00
    -Buku Teks: RM70.00

    Jumlah: RM 145.00

    2) Orang Miskin
    -Yuran Sekolah: RM18.00
    -Yuran PIBG: RM 32.00
    -Buku Latihan: RM25.00
    -Buku Teks: Percuma (Pinjaman)

    Jumlah: RM75.00

    Tahun 2OO8 (Semua dapat pinjaman buku teks dan “yuran sekolah percuma”, so nielah hasilnya)

    1) Orang Kaya
    -Yuran Khas: Percuma
    -Pakej Bayaran Tambahan: RM30.50
    -PIBG: RM32.00
    -Buku Latihan: RM25.00
    -Buku Teks: Percuma (Pinjaman)

    Jumlah: RM87.50

    2) Orang Miskin
    -Yuran Khas: Percuma
    -Pakej Bayaran Tambahan: RM30.50
    -PIBG: RM32.00
    -Buku Latihan: RM25.00
    -Buku Teks: Percuma (Pinjaman)

    Jumlah: RM87.50

    SO….Pendidikan Percuma Bagi Rakyat Malaysia?

  4. Tuan Alsaxophonist Al Cheah Turunan Van
    lwn Al Epon Perelis

    It can be seen that those in power, have access to a whole load of information of all sorts, but that does not mean that they are very much smarter than us, who tend to get stalenews and info from time to time.

    Just my 2 cents.

  5. Maklumat yang diterima itu juga perlu ditapis sebaik mungkin… Walaupon diberitahu oleh sumber yang berautoriti juga tak semestinya betul…

  6. Ada idea kempen yang belum digunakan.

    B arisan
    N asional

    B arang
    N aik

    Cetak poster dacing yang sama dengan perkataan itu, berapa ramai akan terkenang-kenang perkataan itu masa memangkah nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s