Istilah politik bila parlimen sudah bubar

Penyiar, wartawan dan penulis yang profesional tidak akan menggunakan istilah seperti parti kerajaan dan parti pembangkang semasa dalam tempoh masa seperti sekarang, yakni sebelum kerajaan baru ditubuhkan. Perhatikan apa istilah yang digunakan dalam media dan anda pasti ketemui penggunaan istilah istilah ini . Kesilapan ini juga dilakukan oleh ramai para politikus. Bahasa Jiwa Bangsa!

Hari ini bertugas di P017 Padang Serai (pusat penamaan calon) dan berkenalan dengan 3 pemberita akhbar bahasa China kulimtimes.com! Kesemuanya amoi amoi muda 20’an-30an! Hilang rasa panas terik, rasa kembali semangat 20’an. Kemeriahan demokrasi lebih terasa semasa penamaan calon rupanya.

21 thoughts on “Istilah politik bila parlimen sudah bubar

  1. Salam YB DATO” RASTOM merangkap CALON BEBAS,

    Dengan izin Tuan Punya Blog.

    Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi “KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL.” boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.

    Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus ‘upload’ foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha’allah.

    Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato’ Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.

    Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.

    Wassalam.

    http://theindiestory.blogspot.com

  2. tetuan maharaja el-rastom fil dunya,

    mungkin mereka telahpun tahu bahawa kemenangan di pihak mereka. Confident itu telah awal-awal berlaku. Istilah BN dan kerajaan tiadalah dapat dipisahkan.

    yg telah menang dahulu tetapkan menang

    (cara bagaimana utk menang, itu lain kira)

    boleh jua kita samakan dengan pilihanraya el-pakistan di mana presidentnya telahpun membilang jumlah hari beliau masih berkuasa.

    Macam2 usaha desperado yang kita telah baca…

  3. Jadi, pada saat dan ketika ini — Malaysia diperintah oleh siapa? Binatang? Hantu? Jembalang? Kalau parti yang sedang memerintah itu, bukan kerajaan — mereka patut dipanggil apa?πŸ™‚

    Istilah ‘pembangkang’ dan ‘kerajaan’ — adalah rujukan relatif. Bukan istilah rigid, eksklusif hanya untuk pasca-pilihanraya. Secara linguistik, mungkin iya. Secara semantik, tak. Pemilihan terminalogi dalam komunikasi adalah untuk memudahkan interaksi dan kefahaman. Bukan untuk menyukarkan.

    Aliran idealis bahasa (atau ‘purist’) — dalam banyak situasi dan keadaan, hanya layak dibahaskan di khutubkanah atau jurnal akademik. Seriously.πŸ™‚

    Binatang, hantu dan jembalang mungkin menepati deskripsi bila proses dan aturan permainan dalam menyampaikan maklumat laksana demokrasi banana republic masih tidak berubah. Idealisme bahasa mungkin dalam situasi lain tidak wajar tetapi dalam hal berkaitan kenegaraan (yang juga berkaitan undang-undang dan perlembagaan), dan beberapa profesion tertentu ia lebih konvensional dan wajar dipertahankan.

  4. Kalau ia berkaitan dengan ‘kenegaraan’ dan ‘semangat demokrasi’ — maka alangkah anehnya negara Malaysia. Kenegaraan sudah terkubur, dan demokrasi telah lama mati. Begitu?

    Di ambang pilihanraya yang kian mendekat ini: parti Barisan Nasional dan sekutu-sekutunya sibuk mencanang merata: “Kami pihak kerajaan berjanji.. bla, bla, bla”. Yang parti-parti pembangkang pun sama berteriakan: “Walaupun kami ini pembangkang, namun… bla, bla, bla”.

    Rakyat jelata seluruh pelosok negara pula, berbondong-bondong mengulangi suara-suara parti keminatan mereka. Dengan nada serupa. Yang jadi pencacai Barisan Kerajaan akan kata: “Hidup kerajaan…!” Yang jadi peminat totok Barisan Alternatif akan kata: “Mari.. mari… tahun ini kita menangkan pembangkang!”

    Wah, nampaknya semangat kenegaraan di Malaysia telah mati. Dibunuh oleh 25 juta penduduknya. Tanpa mengira fahaman dan aliran politik.

    Sebab itu saya kata, istilah-istilah idealis itu hanya tinggal sebagai catatan-catatan tak bermakna dalam buku-buku dan jurnal-jurnal politik. Di situlah tempatnya yang wajar. Dan, abadi.πŸ™‚

  5. β€œsemangat kenegaraan” bermaksud…

    Semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya dalam segala perihal negara: hidup kemasyarakatan. (Kamus Dewan)

    Contoh SEMANGAT KENEGARAAN yang terkandung melalui lima prinsip Rukun Negara, Prinsip-prinsip ini dapat menerapkan semangat kenegaraan di kalangan rakyat, di samping mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.

    Orang atas camner? ok ke ko…

  6. he.he…

    aik? orglain jwb?

    ..he.he.

    abistu? apa kena-mengena dengan semangat kempen demi PU-12 antara 2-parti lawan ?

    berkempen pun boleh jejaskan semangat kenegaraan ker ?
    abistu buat apa nak kempen?

    he..he.pelik..

  7. Orang atas yang dimaksudkan tu siapa? Saya ke?πŸ™‚

    Kalau saya, nampaknya korang ni semua ada masalah pembacaan. Komen kedua saya itu berbentuk parodi. Kiasan terbalik.

    Kalau nak tau sangat makna ‘kenegaraan’ — tanyalah empunya blog. Dia yang patut jawab.πŸ™‚ Dia yang beriya-iya mengatakan bahawa istilah ‘pembangkang’ dan ‘kerajaan’ tidak boleh diguna dalam tempoh pra-pilihanraya — terutama kalau dirujuk pada konteks kenegaraan (perlembagaan dan undang-undang).

    Saya kata, apa jadahnya nak buat kesimpulan begitu. Istilah pembangkang dan kerajaan ini tak ada kena mengena dengan konteks kenegaraan. Kenapa? Sebab Parti Barisan Nasional begitu bangga merujuk dirinya sebagai kerajaan, dan Parti Barisan Alternatif sendiri pun, juga dengan rasa bangga yang serupa, merujuk diri mereka sebagai pembangkang. Kalau tak percaya, masuklah dalam sumber-sumber media mereka!

    Jadi, mati sudahkah konsep kenegaraan di Malaysia kerana semua orang masih guna istilah ‘kerajaan’ dan ‘pembangkang’ walaupun pilihanraya belum dijalankan? Itulah persoalan sarkastik yang saya bangkitkan.

    So, my point is: what is so big deal about the silly terms — ‘pembangkang’ and ‘kerajaan’? Sekadar dibesar-besarkan.πŸ™‚

    Tuan Rem,

    Parodi dan sinisnya tulisan tuan itu saya faham. Konsep kenegaraan kita nampak cantik di atas kertas tersusun sebagai rukun negara. Realitinya tidak perlu saya titipkan akan kontradiksi dan kerosakan yang telah berlaku.

  8. he..he..
    mana dia perkataan ” TIDAK BOLEH” digunakan oleh penulis dalam artikelnya?
    aku tidak nampakpun penulis artikel menggunakan perkataan TIDAK boleh dalam artikelnya itu.

    kan dia nyatakan penulis professional TIDAK AKAN……

    “TIDAK AKAN” dan “TIDAK BOLEH” adalah 2 pengertian yang berbeza.

    errr..

    awak ada masalahkah dalam memahami karangan mudah Bahasa Malaysia?

    Penulis hanya mencetuskan idea mengikut gerak hatinya sahaja. Jika wartawan yang kurang professional, itu hendak teruskan juga menggunakan istilah itu, tiada salahnya.

    tiada dosa dan tiada dipenjarapun.

    he..he..

  9. itu sbb pengistiharaan kerajaan sementara amat perlu diantara tarikh pembubaran parlimen dan juga tarikh kabinet ditubuhkan.

    “parti kerajaan sementara” vs ” parti pembangkang sementara”

    mungkinkah terminologi ini akan digunakan pula,hehe

    Shah, “parti kerajaan” itu agak mengelirukan, elok saja disebut nama parti, kerana kerajaan itu istilah kuasa dan berkuasa, maka apa guna yang berkuasa betanding lagi.

  10. Saya harap lagi sekali election or kalau2 ada kekosongan kerusi, sahabat ku Tuan Guru Syeikh Muhadtih Dato’ Dr. Prof. Rastom al Mutawattirw wal MuttafaQun Alaih akan masuk kegelanggang sabung ayam untuk bertanding.

    Saya selaku Setiausaha Sulit beliau akan memastikan kemenangan beliau bagi Parlimen Sungai Siput. Itu Mr. Sammay mesti ada kena demam mengigil seluruh badan kalau ini Presiden Persatuan Bomoh Artis, Tuan Rastom masuk bertanding.

    Saya akan kerahkan semua ahli persatuan turun untuk memberikan sokongan padu tanpa berbelah bagi. Tapi itu tuen el – rastom kena sediakan itu tin biskut dan kain batik semua cukup.

    err…lagi satu…itu jalan kasi tar….lagi sekali….biar berlapais-lapis…hehehe

    Selamat Mengundi tuan Rastom!

    Tuan Insinyur (MME) Moderator,

    Terima kasih kerana sudi menjadi ahli pasukan petugas parti saya. Sayugia dimaklumkan bahawa syarat syarat untuk layak menganggotai team saya ialah lulus Bahasa Melayu sekurang kurangnya kredit di peringkat SPM. Mahir cakap China dalam salah satu dialek samada Hokkien (Penang atau Johor) dan dialek Kantonis (dialek Hongkong tak mau). Kalau boleh cakap dan tulis Mandarin sudah dikira layak.Untuk kerusi Sg Siput, mesti boleh cakap Tamil loghat umum estet estet, jangan guna stail Chennai nanti orang estet anggap tuan berlagak. Wajib telah menonton dan hazam sekurang kurangnya satu filem Tamil kelasik(samada dibintangi Sivaji atau MGR) dan satu filem Tamil moden (samada dibintangi Rajnikanth atau Kamalhasan).

    Sementara tiba musim PRU ke 13 Tuan bolehlah belajar lepak lepak di kedai ane ane yang jual tosey atau nasi daun pisang, biar mereka kenal kita dulu ya. Belajar juga makan tairu!

  11. Rem jgn bimbang…..jom sama2 kita kenakan Abg Mat dan Adek angkat dia si elhakim…hahaha

    Kepada abg Mat…. Bahasa Melayu SPM dan STPM saya A1…but…sorry to say la sy tak berminat nak menganggotai team abg mat ekkk…hehe

    Menjelang pilihanraya umum ke-12 nie mmg lumrah la kalu istilah BN digunapakai dalam berita memandangkan istilah tersebut lebih releven dengan musim pilihanraya….bahkan istilah BN juga merupakan jaminan kepada penulis andaikata pihak alternatif yang akhirnya memenangi PRU-12.

    Jaminan yang dimaksudkan ialah Objektiviti sesuatu sumber berita yang mana cuba bersifat neutral seboleh-bolehnya walaupun sumber berita adalah dari pihak kerajaan…hatta tidak menjejaskan kreadibiliti seseorang penulis dan organisasi media yang diwakilinya.

    Menjawap tentang kempen dan semangat kenegaraan pulak…sila baca rukun negara – KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA (Kerajaan-BN)…dan kaitkan dengan Kempen…(Pihak Alternatif)

    Kita boleh berkempen malah semua orang pun asyik berkempen sj sejak PRU-12 ni…namun kita juga kena fikirkan keberkesanannya dengan meninjau sejarah lalu…adakah berbaloi atau sekadar memenatkan badan…

    ok tu jer lah……abg mat tak pegi melawat Pak Lah kat majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kedah ker?. hehe

    Bashirah, team Malaysia Baru tidak mengira usia, A1 BM pun tak perlu. Cuma perlu buka mata, minda dan global sikit pemikiran. Kalau muda tetapi otak banal tak jadi juga. Objektiviti apa kalau sudah tidak ada kredibiliti.

  12. Cik elbashira Kutty Mariappan Annamalai chand-Meredil-Terrer-terk

    he.he..

    aku rasa tiadalah perlu kau bersusah payah berkempen utk BN.

    Tanpa kau pun, BN akan menang.
    he.he.he..

    Rasa2 suatu masalah pula BN untuk membayar upah kau kali ini. (mngkin kau tak minta)

    Takut juga aku, tak pasal2 gaji dan elaun kakitangan awam pula jadi mangsa.

    he.he.he.

    ============

    Tetuan El-Rastom D-Moya,



    kakitangan BERNAMA dan yang sekutu dgnnya nampaknya adalah stereotaip.

    Sebagaimana acuan, begitulah bentuk kuihnya.
    Dari position yang di ataas hinggalah ke bawahnya.

    he.he.he..

    Maka Tiadalah perlu apa2 yang hendak dihairankan.

    “DEWATA-RAYA MUTAWAKILLBILLAH..”
    aku harap kau masih ingat term yang di atas ini.

    he.he..he..

    –SALAM



    DEYYYYYYYYYYYYY!!!
    ROJAAAAAAK.. WONEEKK!!!!

    aku di kedai mamak sekarnang.

    el hakim el baraqa el obamaruddin, ikut GO Perkhidmatan Awam, pekhidmat awam itu dilarang berkempen, apa lagi kalau atas dasar secara resmi. Tapi apa yang tuan Obamaruddin saksikan? Fantasi atau reality show?

  13. eltuan restomi,

    apa yang eltuan lihat ada realiti.

    Tapi masalahnya…(he..he.he..)

    mereka berkata..ini dalam keadaan darurat!!!

    dalam perkhidmatan awam. Ada do dan ada don’t…

    tapi apabila dalam kes pilihanraya… aku tak boleh nak beri jaminan.

    betul juga “rule” yang dibuat, untuk sendiri kasi langgar. Orang atas punya perintah kita tarak boleh lawaan.

    sebab itu segala surat resmi ada tertulis

    “saya yang menurut perintah”

    Betul juga kata kau tn elrastom,

    cerita Tamil lebih realiti daripada Hindustan.

    Tamil melihat kehidupan dari sudut realiti yang payah.
    Bagi Hindustan pula, adalah sebaliknya.

    he.hehe..

  14. knp tosei rasanya ada masam2…pertama kali makan tosei dan itulah yg terakhir.

    tp atas dasar demokrasi masing-masing punyai hak untuk menikmati dan memilih makanan yg ada.

    pak rostam,jika tempoh antara pilihan raya dan juga penubuhan kabinet,siapa pula yg memerintah negara ketika itu??hantu,jembalang??

  15. wooooo…wooooo…wooooo….

    Releks ar brader…tak kan la sebab tak nak join team Malaysia Baru yg tidak mengira usia pun nak PETIRRRR…

    Sebenarnya Elhakim yang stereotaip dengan mengatakan… (kakitangan BERNAMA dan yang sekutu dgnnya nampaknya adalah stereotaip.)

    Dah buat servey, kajian ilmiah, statistik, analisis contain & kualitatif, questionair ker? bagaimana anda begitu yakin bahawa staf bernama adalah steroetaip….DENGAN 26 CAWANGAN DI SELURUH NEGARA DAN LUAR NEGARA.

    Yer ker sy berkempen untuk BN? atau sekadar memberikan pendapat tentang isu (Penyiar, wartawan dan penulis yang profesional tidak akan menggunakan istilah seperti parti kerajaan dan parti pembangkang semasa dalam tempoh masa seperti sekarang)- Bak kata Abg Mat.

    Nampaknya Elhakim ada masalah pembacaan. (bak kata Rem)
    he..he..he

    Memang sy tiadalah perlu bersusah payah berkempen utk BN. Kerana Sudah Terang Lagi Bersuluh BN akan menang.

    Jgn Marah ek…anggap jer nie sebagai Medan Diskusi Ilmiah, he..he..he

  16. hehe…

    tertarik rasanya utk membalas apabila terbaca komen el-bashira chand-meredil tererr-trerk..

    Jika terdapat 10-juta pengundi di Malaysia yg berfikiran sptnya (bacalah kualitas komennya), maka sahihlah BN beroleh 100peratus kemenangan.(mungkin tanpa bertanding)

    he.he.

    walaubagaimanapun BN sepatunya bersyukur sebab el-bashira telahpun sadar-diri untuk tidak berkempen.

    Jika el-bashira berkempen, aku sungguh khuatir jika keputusan undian berpihak pula kepada pihak pembangkang.

    Beliau juga yang rugi dan

    mungkin tidak akan memaafkan dirinya untuk selama-lamanya..

    he.he.he..

  17. hahahaha

    Perli nampak…..tp sy rasa ada faedah dan barakahnya jika sy berkempen kerana dengan itu kelak Tuan Elhakim dan Abg Angkatnya akan tunduk syukur hatta terhutang budi kerana sy telah membantu memberikan kemenangan kepada pihak pembangkang.

    Oleh yang demikian maka terlunaslah tanggungjawap sy sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan ‘semangat kenegaraan’ (bak kata Rem) apabila usaha murni sy ini akhirnya membuatkan Tuan Elhakim dan Abg Angkatnya mengalirkan air mata kegembiraan…

    Maka, mulai hari ini marilah kita sama2 memeriahkan PRU-12 dengan kempen yang ekstravaganza yer…….

    hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s