Chandra oh Chandra! Top Ten Hindi Hit(ler)

DJ Dave dan Uji Rashid tanpa menggunakan dakwat hitam kekal pernah berjaya mengadaptasikan (disebut juga menyadur) lagu tersebut dengan intronya yang berbunyi “Kanda oh Kanda”.

UMA (singkatan baru – Untuk Maklumat Anda) Chandra itu asalnya bahasa Sanskrit, yakni ibu kepada bahasa Melayu yang maknanya bulan – चन्द. – mengambang. Barangkali, jika Chandra itu mahu diorientasikan ke Melayu dan Arab, ia mungkin boleh digantikan sebagai Qamaruddin. Original juga kalau ia berbunyi Qamaruddin Muzzafar.

Ceritanya begini. Saya pernah baca kupasan Qamaruddin Muzaffar mengenai pola budaya Melayu yang dikatakan terlalu feudal di dalam buku The Protector. Sungguh mencerahkan kupasannya sehingga saya mengangkat beliau sebagai intelektual numero uno pada ketika itu. Katanya masyarakat Islam Melayu sukar maju selagi mentaliti feudal itu masih dijiwai mereka. Segala episod yang menelanjangi kefeudalan Melayu dari zaman kesultanan Melaka sehinggalah ke zaman politik moden pasca Merdeka UMNO diperjelaskan dengan baik dan memang beliau sungguh berbakat lagi ilmiah. UMNO, menurut Dr Qamaruddin Muzaffar meneruskan kesinambungan feudalisme Melayu dan ini salah satu dapatan sosiologi-historisnya yang menjelaskan kenapa Melayu mundur. Dan….akhirnya dipenghujung senja….. beliau secara tidak langsung memperakukan kebenaran betapa  Sang Dewata The Protector itu wajar dipertahankan, demi kemaslahatan dirinya.

Otak manusia – atau daya ta’kul mena’kul sesuatu itu sebenarnya harus mengalami degenerasi – semakin hari semakin dhaif. Sementara kupasannya di dalam buku itu masih boleh digunapakai tetapi seperti mana terkandung di dalam doa doa yang kita pohon selepas solat – meminta diberikan penyudah yang baik di dalam riwayat hidup kita (husnul khotimah) perkembangan terkini memperlihatkan malah memperkuatkan hujuah bahawa iman dan hati manusia itu sememangnya berada di posisi yang sentiasa bisa berubah ubah. Wallahua’lam.

11 thoughts on “Chandra oh Chandra! Top Ten Hindi Hit(ler)

  1. “….beliau secara tidak langsung memperakukan kebenaran betapa Sang Dewata The Protector itu wajar dipertahankan, demi kemaslahatan dirinya.”

    tiadalah kesempatan aku utk membaca buku itu.

    Jika diteliti akan prosa tersebut, Itulah ‘benda-jahanam’ yang selalu menghantui aku. betapa semangat kendiri sejati sesuatu bangsa seolah2 tiada maujud.

    Jika protector itu benar2 bagooos tiadalah jua akan menjadi halnya.

  2. feudalisme melayu sambung menyambung sejak dari kesultanan melayu dulu. walaupun slps merdeka demokrasi mengambil alih ia masih berlangsung secara tidak sedar melalui peranan UMNO. mungkin semngat reformasi(1998)berjaya mengubahnya??
    ntah la.

    anwar mmg sentiasa berubah2.

    chandra itu sudah pasti….

    susah nak mengharap kpd mereka ini.pewwhhh..

  3. Pawang DiRaja Tuan Rastom MAKKAL SAKHTI!

    aku masih ada perasaan hormat dengan itu Chandra, atas kapasiti penyebaran intelektual. Namun kenyataan beliau dalam musim PANAS, tidak kena pada tempatnya.

    Harap Pawang Di Raja Rastom hentikan proses santau menyantau…heheheee

  4. Chandra kata: “Anwar itu adalah malapetaka Malaysia jika dia jadi PM”

    Saya sangat setuju, dan menambahkan rasa hormat saya pada daya iteleknya selaku seorang cendekiawan. Hanya orang yang buta dan lembab yang akan terus menyanjung Anwar sebagai ‘suara demokrasi’ dan ‘pembawa harapan baru’ untuk Malaysia.

    Anwar sudah buktikan bahawa dia adalah pemain politik paling kotor di Malaysia. Dia bukan telah mencabul demokrasi, tapi dia telah merogol, meliwat dan membunuh demokrasi Malaysia. Contoh klasik, lihatlah kepada Pilihanraya Umum Sabah 1994.

    Jika BN hari ini, sengal-sengal pun hanya sekadar bawa pengundi hantu atau menabur duit untuk beli undi. Tapi jika Anwar masih ada dalam BN, dia bukan setakat bawa pengundi hantu atau beli undi — dia akan tunggu sampai pilihanraya tamat dan kalau keputusan tak memihak pada kepentingan personal dia — Anwar akan ‘beli wakil rakyat’. Penipuan demokrasi paling jijik pernah berlaku di Malaysia.

    Kalau anjing diternak dalam masjid pun, kalau dilepas keluar — dia tetap akan cari tahi. Kalau dia tak makan, paling kurang dia akan cium dan hidu penuh rasa takjub. Sebab memang itu tabii semulajadi seekor anjing.

    Jika Anwar kembali mendapat kuasa seperti dulu-dulu: tidak jaminan bahawa tabiat lamanya akan berulang. Perogol, peliwat dan pembunuh demokrasi seperti Anwar — tidak layak diangkat sebagai ‘suara demokrasi Malaysia’ yang kononnya bakal membawa harapan baru.

    Saya sangat tersentuh kerana akhirnya seorang cendekiawan terhormat seperti Chandra telah kembali kepada fitrah intelek yang asasi. Setelah sekian lama terpedaya dengan permainan talam dua-muka Anwar dan Parti KeADILan taik-kucing Rakyat. Ya, keadilan untuk dinasti dan keluarga Ibrahim!

    Tiada justifikasi untuk menyerang Anwar pada saat ini kerana beliau tidak bertanding. Hak Tuan Rem sebagai rakyat seperti hak rakyat yang lain juga ialah memilih mana mana pemimpin atau parti mengikut maklumat yang diperolehi. Tuan punyai maklumat mengenai Anwar seperti andaian “Tapi jika Anwar masih ada dalam BN, dia bukan setakat bawa pengundi hantu atau beli undi — dia akan tunggu sampai pilihanraya tamat dan kalau keputusan tak memihak pada kepentingan personal dia — Anwar akan ‘beli wakil rakyat’. Penipuan demokrasi paling jijik pernah berlaku di Malaysia. Kenyataan ini saya amat setuju kerana ketika itu dia berada di dalam sebuah jentera penipuan tetapi sekarang tidak lagi. Jika dia masih mahu menipu apakah tidak lebih mustajab penipuannya berpura pura terus sebagai ahli setia UMNO-BN daripada bersusah payah melawan gergasi di luar? Seperti saya nyatakan, kehidupan manusia ini sering berubah ubah dan kita sentiasa dituntut berdoa mendapat husnul khotimah yakni kesudahan yang baik di hujung riwayat kita. Analogi seekor anjing dengan manusia itu agak keterlaluan dan menafikan fitrah manusia dan pada saya ia adalah satu letusan emosional, sama seperti meluap luapnya emosi Chandra Muzaffar.

    Serangan pribadi Chandra Muzaffar mendapat liputan luas media arus perdana tidak lain bertujuan sebagai satu mekanisme defensif terhadap serangan parti lawan yang bergerak di dalam ruang media yang tidak demokratik. Sayang sekali seorang yang berstatus intelektual seperti Chandra bersikap seperti seorang pondan hanya mengkritik seorang individu yang menuntut hak demokratiknya tetapi membisu terhadap kerosakan sistem dan institusi kerajaan seperti kehakiman dan perkhidmatan awam. Sebenarnya malapetaka besar Malaysia bukan jika Anwar jadi PM, malapetaka besar Malaysia ialah bila rakyat menjadi takut dengan kerajaan yang mereka pilih dan para intelektualnya boleh dijual beli.

  5. Disclaimer: “(Perogol, peliwat dan pembunuh) demokrasi” dirujuk kepada konteks metafora aktiviti politik Anwar. Tiada kena mengena langsung dengan kes mahkamah yang pernah kepoh di Malaysia dulu. Saya tidak berminat mengadili Anwar dari segi moral dan peribadi. Saya cuma merujuk kepada permainan politiknya, kerana itu adalah hak saya sebagai seorang rakyat.

  6. Saya fikir maklumat yang diberi oleh Chandra adalah relevan. Ia tentang “karektor politik” (ingat: BUKAN serangan peribadi!) seorang pendokong utama parti. Memang Anwar tidak lagi bertanding, tapi dia tetap de facto bagi PKR. Bahkan, dia yang paling sibuk berkempen — mengalahkan calon-calon yang bertanding. And we all know why he is not in the list of nomination. It is PURELY on technical reason.

    Saya tak rasa analogi saya tentang anjing itu melampau. Atau tak wajar. Atau tak munasabah. Ia adalah perumpamaan. Satu analogi yang menzahirkan karektor politik (sebagai politikus). Bukan satu analogi yang menzahirkan karektor peribadi (as a person).

    Kalau tak setuju dengan analogi itu, mari saya bagi satu lagi analogi baru:

    Katakan si A ini seorang perogol. Kalau dia sudah merogol si X, si A haruslah memikul tanggungjawab di atas perbuatannya. Tidak peduli apa jua situasi yang mendorongnya untuk merogol — sama ada ketika itu dia sedang mabuk, dicabar oleh kawan-kawan mahupun sekadar terikut-ikut dengan rakan sekutu perogol yang lain. Apa pun situasinya, si A tetap bersalah.

    Ya, kita boleh terima bahawa si A masih boleh jadi aktivis yang memperjuangkan nasib mangsa rogol (walaupun dia sendiri pernah jadi seorang perogol). Tapi si A TIDAK LAYAK menjadi aktivis sedemikian selagi dia belum menyesali perbuatannya dan MEMOHON MAAF kepada si X yang pernah dirogolnya. Apa jadah nak perjuangkan nasib mangsa rogol sedangkan dia sendiri pernah merogol?

    Pada pilihanraya 1994, lebih sejuta penduduk Sabah keluar mengundi untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan secara demokratik. Ada yang keluar mengundi naik perahu 2 jam sebelum sampai ke tempat mengundi. Ada yang berjalan-kaki lebih 5 jam. Ada yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil di bawah jagaan jiran tetangga. Ada yang tinggalkan anak-anak kecil yang masih merengek itu di tangan anak-anak tua yang baru berumur 9-10 tahun. Ini hanyalah sekelumit cerita tentang risiko. Ini hanyalah sejemput cerita tentang keperitan dan kepayahan.

    Tapi sejuta penduduk Sabah tidak peduli tentang itu semua. Mereka tetap melangkah meninggalkan rumah, kerana mereka tahu tanggungjawab yang satu ini — bakal memberi mereka ‘suara’ dan ‘kuasa’ untuk menentukan pemerintahan negeri Sabah. Secara demokratik. Secara adil. Tanpa ada sebarang unsur tindas menindas, hanya kerana mereka ini orang kampung yang kurang pelajaran. Ini adalah asas kepercayaan di hati mereka ketika keluar mengundi pada pilihanraya Sabah 1994.

    Anwar Ibrahim hanya mengambil masa kurang dari satu jam (menyucukkan jarum kotornya ke dalam dada dan minda TYT di Istana Negeri) — untuk meranapkan impian demokrasi sejuta penduduk Sabah (yang dibina selama lima tahun). Semudah itu. Tanpa sedikit pun rasa apologetik. Tanpa sedikitpun rasa bersalah. Tanpa sedikitpun rasa simpati.

    Sehingga ke detik ini — Anwar Ibrahim — TIDAK PERNAH SEKALIPUN mengucapkan kata maaf kepada ribuan hati yang berderai ini. Anwar tak pernah sekalipun merasa bahawa dia perlu menemui mereka dan melafazkan maaf secara terbuka — sedangkan dia telah merampas hak sejuta penduduk ini untuk menentukan kerajaan mereka sendiri secara demokratik.

    Sebaliknya, apa yang Anwar bikin? Bukannya dia peduli mahu memohon maaf kepada demokrasi yang telah diliwat dan dibunuhnya bertahun-tahun dulu. Tapi dia dengan angkuh, takbur, sombong dan ego telah merajadewatakan dirinya sebagai ‘suara demokrasi Malaysia’ — yang kononnya bakal membawa harapan baru.

    Saya ingin bertanya: adakah analogi ‘anjing’ terlalu hina untuk membayangkan karektor politik yang begitu? Sesudah membaca pandangan Chandra Muzaffar, buat pertama kalinya sejak hampir 15 tahun dulu — saya merasa sangat lega kerana akhirnya seorang cedekiawan tersohor seperti beliau tampil untuk menyatakan kebenaran yang sepatutnya seluruh penduduk Malaysia harus ketahui sejak bertahun-tahun dulu. Yes, he simply tells it like it.

  7. Memang Chandra memilih waktu yang tepat. Baguslah kenyataan itu dapat liputan meluas. Biar satu Malaysia memahami hakikatnya. Barulah memberi timbang-tara keadilan yang CUKUP WAJAR untuk rakyat Sabah. Yang sesudah merentas sungai, denai, bukit, lorong berlumpur, jalan tanah merah — untuk sampai ke tempat mengundi — akhirnya usaha mereka diperlekeh begitu-begitu.

    Ya, memang ada banyak lagi kebobrokan yang akan menjatuhkan Malaysia: termasuk sistem kehakiman dan pentadbiran yang korup. Termasuk juga kudis kronisme yang membiak merata-rata. Tapi itu semua sudah klise. Sudah dapat liputan media (khususnya media internet) yang cukup luas. Bukan saja dalam negara, bahkan seluruh dunia. Bukan saja oleh akademik Malaysia, bahkan sarjana global juga.

    Jadi harus diingat — kudis dan malapetaka itu — termasuklah Anwar Ibrahim salah satunya! Justeru, salahkah jika Chandra memilih salah satu (daripada ratusan kurap yang ada!) untuk ditelanjangkan? Salahkah? Terutama kalau dia memang mempunyai autoriti yang lebih meyakinkan (menerusi pengalaman bersekutu dengan Anwar bertahun-tahun) untuk isu yang satu ini.

    Saya tak nampak bagaimana hal itu menjatuhkan kredibiliti inteleknya. Lagipun, semua benda-benda lain itu — telahpun disuarakan oleh Chandra masa dulu-dulu (era reformasi tengah hangat). Chandra tak pernah menarik balik kata-katanya itu — tak pernah, kan? Maknanya masih valid lagi. So, dia bukan selektif dalam wacana. Dia cuma mahu memperkatakan sesuatu yang sebelum ini dia belum pernah perkatakan. Itu saja.

    Tapi biasalah orang Malaysia. Kalau pandangan kita tak sama dengan orang itu, maka serta-merta kredibiliti intelektual orang itu boleh dipersoalkan. Hmmm…

  8. Ramai orang politik yang bertukar warna.Dr.M, dulu keluar UMNO,berceramah di pentas PAS kemuadian masuk balik UMNO.Bila dah bersara,nampak gaya warnanya mula berubah pula.Ku Li juga bertukar warna.Tungku Abd Rahman,Tun Hussien Onn mati di luar UMNO,saya kira bertukar warna jugak tu.

    Ustaz sufie,

    Dalam Islam tidak salah bertukar warna dan saya tambah (bau). Konsep tajdid, islah, reformasi, ubah sebelum parah, koreksi semua merujuk kepada berubah dan beralih. Dalam bahasa Melayu ada ungkapan balik ke pangkal jalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s