30 thoughts on “koridor, koridor, koridor…..gedeganggg!

  1. Selangor mungkin jatuh ke tangan
    pembangkang, berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi yang diperolehi sehingga
    ini.
    Parti-parti pembangkang dikatakan sudah memenangi 35 daripada 56 kerusi
    Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
    Di Pulau Pinang pula, DAP dan PKR akan membentuk kerajaan campuran dan Lim
    Guan Eng, yang memenangi kerusi DUN Bagan, disebut-sebut akan menjadi Ketua
    Menteri.

    Amazing…hehe

  2. padan muka BN… asyik nak membodohkan rakyat jer… kali ni baru dia tau penangan kuasa rakyat

    tapi sayang, orang Johor banyak buta kayu… fanatik abis dengan dacing… kalau calon tu beruk ke, monyet ke, lembu ke, asal sebelah gambar dacing, cepat jer diorang pangkah! tak rasional langsung… “taklid buta”!

    cubalah pikir… sekarang orang timbang pakai kilo… dacing2 dah tak main… dacing kan selalu senget sebelah… mender laaa

  3. Dr Lo’ Lo’,50, yang memperoleh 17,857 undi mengalahkan calon BN Datuk Aziz
    Jamaluddin Mohamad Tahir, 53, yang memperoleh 15,885 undi.
    Mengulas kemenangannya itu, Dr. Lo’ Lo’ yang ditemani suami dan dua orang
    anaknya berkata ini membuktikan bahawa rakyat di kawasan Parlimen Titiwangsa
    mahukan perubahan.
    “Saya sangat gembira dengan kemenangan ini yang amat berharga dalam hidup
    dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Titiwangsa kerana berani
    membuat perubahan.
    “Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah dengan mendengar dan memahami
    apakah kehendak penduduk Titiwangsa dan akan memperjuangkan hak mereka,”
    –Bernama

    Harap2 termakbul dan benarlah hendaknya amin, hehe

  4. Ohh, kalau undi BN — rakyat itu bodoh dan buta la ya? Kalau undi BA — itu tandanya rakyat yang bijak dan pintar? Kesimpulan yang sungguh bijak laksana. Patut diberi pingat emas diraja. 🙂 Maksudnya, majoriti penduduk Malaysia masih bangang dan bodoh — sebab BN secara overall tetap menang dengan simple majority? 🙂

    Tahniah kepada penduduk Sabah yang masih belum melupakan dosa-dosa politik si perogol demokrasi itu. Seperti biasa (dan seperti yang sepatutnya) PKR di Sabah tersungkur jatuh sambil membaham debu-debu di jalanan… 🙂

    Jika (hanya seorang manusia, tanpa dokongan gergasi seperti BN) itu mampu merogol demokrasi sehingga seluruh rakyat Sabah tidak dapat memaafkannya, maka orang itu memang hebat.

  5. SESUNGGUHNYA AKU YAKIN sabab-musabab kekalahan teruk BN di 4-jaluran maju spt
    1. PPinang
    2. Kedah
    3. Perak
    4. Selangor

    adalah disebabkan oleh kempen besar-besaran yang dibuat oleh Ahli-Umno seumur hidup iaitu El-Bashirah.

    he.he.he..

    Kali ini, kawan2 Paklah and the gang adalah
    geng2 Sabah-Sarawak di parlimen

    kah..kah..kah..

    kami mahu kemajuan bah..
    kami mahu duitnya bah…
    kami mahu tagih janjinya bah..
    Mana janjji kerajaan pusat bah..
    kami mahu tuntut uangnya bah…

    geng2 Sarawak pula..
    Kamek..
    kamek..
    kamek..
    kamek…

    KAH..KAH..KAH..KAH..

    El-bashirah..
    aku pelik…

    kau kejap2 UMno..
    tiba2 kau sokong Lok Lok pula…

    he.he..

    Adakah orang2 UMNO sememangnya begitu ????
    he.he.

    he.he, he,he….correct 3x

  6. PAKCIK SUPERMAN,

    kau jangan tak tau, kalau beruk dijadikan calon-tetap di Johor dan Pahang pun mereka (beruk) tetap kan menang.

    hehe..

    elhakim el obamaruddin al haj,

    Jangan lupa disesetengah tempat di Pulau Pinang dan Kedah…jangankan beruk, hatta diletakkan logo penyapu pun akan dipilih asalkan jangan logo dacing..he..he…

  7. Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim patut melihat dengan mata sendiri gambar ini:

    http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambar_268/zoom

    Lapan jam berjalan tanpa henti, merentas bukit, hutan dan sungai. Bayangkan pada tahun 1994 — Anwar Ibrahim mengkhianati impian dan harapan demokratik ribuan penduduk seperti ini — dengan menjadikan undi-undi mereka tidak relevan dan tidak bermakna.

    Pada pilihanraya tahun ini, penduduk Sabah memastikan pariah politik paling barua di Malaysia itu — gagal mendapat sebarang sokongan. 🙂

  8. assalamualaikum Pak rastom,

    call me Eida
    saya berasal dari Kangar. Kini menetap di Selangor.
    dari suatu blog yang pernah Pak Rastom beri sedikit pandangan tentang How to make money ONLINE.

    so.. please gimme some opinion atau pandangan mengenainya.

    please…

    Tq very much.

    Eida, nanti akan saya tuliskan bab itu di sini ya, tetapi sebagai satu intro ringkas, asasnya ialah blog untuk buat duit mesti ada satu niche (atau tajuk, bab atau pengkhususan). jangan ambil contoh blog saya yang tiada pengkhususan tetapi ambil contoh blog seperti Sifu PTS yang memusatkan bab bab penulisan. Atau blog sebol yang banyak cerita fasal komputer. Pokoknya blog yang ada pengisian sesuatu yang berguna untuk pembaca. Barulah ada banyak hits (kunjungan). Masalah dengan kebanyakkan blog “bikin duit” sekarang ialah ia semata-mata mau bikin duit. Blog begitu ada banyak tetapi tidak boleh bertahan lama.

  9. sabah… aku pernah tinggal di sabah bah… ic palsu berlambak… orang gila dapat elaun… sebab tu la masing2 pakat anak2 biar hidu gam sebab nanti kalau otak diorang dah rosak jadi gila, boleh dapat elaun dari kerajaan negeri

    orang politik sabah bukan patriotik… mereka mau wang saja… rakyat yang kebanyakannya pendatang haram yang telah dihalalkan pun mau wang juga… satu kepala rm50 bah… itu dulu laa, sekarang dah up kot??? atau down???

  10. Pakcik Superman,

    Peratus penagihan dadah, kes rogol dan gejala moral remaja (beranak tanpa menikah, hubungan seks luar perkahwinan, ponteng sekolah, etc) paling tinggi di Selangor dan Pulau Pinang. Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri yang paling rendah kadarnya. So, pakcik… semasa buat komen di atas, pakcik baru habis hidu gam ka? Atau otak pakcik ni memang semulajadi senteng? 🙂

    Orang politik Sabah tak patriotik? Orang politik mana yang patriotik?

    Anwar menjaja cerita dalam kain Malaysia sampai serata dunia. Masuk BBC, masuk Jazeera. Dulu, bila kena guling — sanggup berpeluk bercium dengan Suharto dan Joseph Estrada. Menagih simpati dan bersekongkol dengan dua pemimpin paling korup (dan paling banyak melanggar hak asasi manusia — kes pembunuhan etnik di Mindanao, Ambon, Timor Leste, Papua New Guinea dan kaum Madura di Kalimantan) di Asia Tenggara. Sekarang ini, Jeff Ooi pula adalah personaliti politik ala-Anwar dalam pembikinan.

    Orang politik begini yang dikata patriotik? 🙂

    Nasib baik Anwar dah kena campak buang. Terima kasih Mahathir! Kalau Anwar masih dalam BN, saya percaya Perak dan Selangor (yang hanya ditawan sipi-sipi itu) akan jatuh ke tangan BN juga kerana Anwar ini kalau diberi ‘kuasa’ — dia akan liwat demokrasi itu sampai hilang rupa demokrasinya!

    Rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung nampaknya percaya dengan perubahan dan mereka bertindak mengubah. Sementara kisah petualangan Anwar semasa di dalam BN di Sabah (yang masih didendami sdr Rem dan juga insan insan seperti Chandra Muzaffar) adalah bagasi sejarah yang tidak perlu lagi dikendong. Jika tidak Anwar yang memacu pakatan pelbagai grup oposisi, mungkin orang lain, barangkali Mahathir atau mungkin Ghaffar Baba jika ia masih hidup dan rakyat tidak peduli dan tidak perlu mengusung beban kisah lama mereka. Apa mungkin suatu hari nanti BN akan mengubah HQ nya ke Kota Kinabalu?

  11. Bercakap mengenai persoalan ammarah-diri, berkisar tentang perasaan dendam kesumat aku mempunyai sa-dikit pandangan peribadi.

    Apabila terbit di sanubari seseorang itu perasaan dendam kesumat yang mendalam, maka 100 juta air penawar tiadakan bisa mengobati perasaan dendam tersebut melainkan kewujudan ammarah tadi dibinasakan oleh tuhan azza wajalla jua.

    Dalam kasus2 biasa, ada 2 saja kemungkinan iaitu
    1. samada perasaan tadi hilang dek kerna orang yang didendami itu menemui ajalnya
    2. atau pendendam tadi menemui ajalnya

    terpulanglah samaada ia berakhir dgn peristiwa berbunuhan antara satu sama lain ataupun masa saja yang bisa menentukan melalui ajal-maut ditangan tuhan.

    Jika kedua2 kasus yg dinyatakan tadi tiadakan bisa terjadi secepat mungkin kerna disebabkan jurang perbezaan antara kedua2nya amat ketara, maka perasaan dendam tadi bisa jua melarat sehingga menjadi permasalahan jiwa yang agak berat bagi si-penanggungnya.

    bagi sesiapa yang menghadapi dan mengidap penyakit itu, selalunya tiada sa-orangpun di dunia ini yang bisa dan boleh membantu.

    Aku masih teringat lagi kisah Saidina Umar RA dengan sa-orang budak pengisar gandum yg berbangsa parsi yang berakhir dengan suatu kisah tragis. (kisah ini mungkin tiada kena mengena dengan komenku ini. dan ianya hanya sebagai renungan kita semua.

    -salam

  12. Malam keputusan pilihanraya kami berkumpul ramai-ramai untuk merayakan kemenangan Barisan Rakyat, setelah menghantar bantuan dana sewajarnya (lantas tidak pulang mengundi) bagi membantu kempen.
    Alhamdulillah, kejayaan ini cukup manis dan diharapkan amanah yang diberikan pada para YB baru tidak dipersiakan.

    (Yang kalah di Kuala Kedah, penyandang kerusi Hashim Jahaya itu junior saya di New Zealand….jadi, tempatnya diganti oleh Zulkifli Noordin….)

  13. Moderator: “Rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung nampaknya percaya dengan perubahan dan mereka bertindak mengubah.”

    Saya fikir ayat itu kurang tepat. Ia seolah-olah mewakili majoriti. Sedangkan di Semenanjung pun, hanya 5 negeri saja yang dikuasai BA. BN masih menguasai 6 negeri lain. Dalam 5 negeri yang dikuasai oleh BA, hanya dua saja yang mendapat majoriti 2/3. Sedangkan BN menguasai 2/3 dalam keenam-enam negeri yang dikuasainya.

    Pola undi yang ditunjukkan oleh penduduk Sabah dan Sarawak, sebenarnya bukan satu anomali (atau penyimpangan) daripada pola undi sebenar di Semenjanjung Malaysia. Ya, kalau nak guna ‘istilah’ Semenanjung. Majoriti penduduk SM sama saja seperti orang Malaysia Timur. Tidak mahu berubah.

    Ini juga menjawab andaian sarkastik — BN nak pindah HQ ke Malaysia Timur. Kenapa perlu? Di Malaya pun BN masih sangat selesa. 🙂

    Moderator: “Sementara kisah petualangan Anwar semasa di dalam BN di Sabah (yang masih didendami sdr Rem dan juga insan insan seperti Chandra Muzaffar) adalah bagasi sejarah yang tidak perlu lagi dikendong.”

    Tiada siapa pun berdendam. 🙂 Kita cuma menyatakan fakta dan kebenaran. Dan saya berpegang pada premis bahawa seorang perogol tidak boleh menjadi aktivis pejuang nasib mangsa rogol — selagi dia sendiri tidak meminta maaf pada orang-orang yang pernah dirogolnya. Susah sangat nak buat? 🙂

    Dan kita lihat selepas ini, siapakah pemimpin yang bersifat sangat pendendam. Saya terdengar seorang pemimpin berkata semalam: “Ini adalah kemenangan peribadi untuk saya!” Dengan wartawan Reuter lagi tu.

    Wah belum apa-apa, dah peribadi. Patutnya cakaplah.. ini adalah kemenangan untuk rakyat! 🙂

    Dan bercakap tentang ‘bagasi sejarah’ — 80% daripada isu kempen BA (dan para penyokongnya) sebenarnya merupakan bagasi sejarah. Bahkan, 2/3 daripada setiap ucapan kempen Anwar juga penuh dengan bagasi sejarah. Perlu saya berikan link youtube? Mahu saya huraikan satu persatu sini? 🙂

  14. Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nashr:

    (1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. (2) Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, (3) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.

  15. cakap banyak pun tala guna beb!

    “SECARA MORALNYA PAK LAH KALAH!”

    DENGAN SELURUH BANTUAN JENTERA KERAJAAN DAN MEDIA YANG DIKUASAI OLEH BARISAN NASIOANAL MELAWAN SAKI BAKI KEBANGKITAN RAKYAT YANG TIDAK MEMPUNYAI APA2 KECUALI :

    “KAMI BANGKIT MENENTANG RASUAH!”

    Diulangi…Secara moralnya …Pak Lah => K.A.L.A.H.

    tQ

  16. Moderator,
    tq….man…
    =======================
    hehe..

    elbashirah,
    takper… hang cuba lagi PU-13 depan.

    kitaorang pembangkang tak kisah. kalah pun takpa..
    sebelum ni pun dah berpuluh2 kali dah kalah.. dah lali..

    buat macam aku.. aku pun kalah teruk jugakk. satni..
    apa yang aku pangkah tak pernah menang…
    kalau menang aku jugak tak biasa. kah..kah..

    aku nak mintak tolong sikit kat hang laa kali ni…

    apa kata pilihanraya depan nanti hang kempen BN kat Johor dan Pahang..
    aku sokong hang kempen…!!

    kah.kah..kah..

  17. ELMODERATOR,,

    hang punya video best betoi ..
    aku x tahan gelak lawak.. bunyinya

    dalam Bahasa Tamil:

    DAP Poringgeeeeeee
    PKR Poringgeeeeeeee
    PAS Poringeeeeeee

    BN POOOOORRAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!
    KAH.KAH.KAH

  18. e’eleh,…baik lagi dr awk punya blog…takder seni…boring…orang dah tak pakai template warna biru kosong dah maaa….kasi tukar la…

    sy ader fokus yang lebih baik dr PU-13 ma…bab2 kempen ker PU-13 ker biar elhakim and the geng jer la uruskan…tp sebelum tu kasi tukar dulu template biru elhakim tu k…

    hahahah

  19. ni aku nk habaq skit kat hang
    warna biru tu hang tatau kaa.. warna legasi BN..

    Tu maknanya aku nak suruh orang macam hang baca apa yg aku dok tulih selama ni..

    sejuuuuk mata

    kah..kah..kah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s