Parking Free di Alor Star ..he..he..he .

Kawan saya baru balik dari pekan Alor Setar. Katanya meter meter parkin gsedang dicabut dan sekarang parking kereta freeeeeeeee..he. he. he. he….nanti saya mau check kesahihan berita tersebut. Mana tau, silap silap kena saman lagi dengan Bandaraya..he. he. he..

8 thoughts on “Parking Free di Alor Star ..he..he..he .

  1. Kalau boleh ditarik balik taraf bandaraya tu pun bagus jugak. Sebab setakat yang saya nampak, yang “bandaraya”nya Alor Setar sekarang ini hanyalah dari segi meningkatnya tempat parking yang perlu dibayar.🙄

    Betul kata hang tu, nama saja Bandaraya. Cuba cari ada bas kah kalau nak ke Pasar Besar Alor Setar? Inilah satu satunya bandaraya di dunia atau mungkin galaksi ini yang tiada perkhidmatan bas ke Pasar Besar hehehehe..

  2. Alhamdulillah, tahniah untuk pembaharuan. Saya masih menantikan perubahan di sini. Doakan untuk warga KL dan Selangor.

    Bayan, tak hari ini, esok, tak esok, lusa, tak lusa..tahun depan insyaallah

  3. Bestnya….. Kalau la kat Selangor ni boleh dihapuskan terus tol LDP & KESAS…. Bahagianya…..

    p/s: Aku guna motor je, tapi kesian kat kengkawan yg guna kereta…Hu…hu…hu…

    TAk lama lagi Selangor pun ikut la….huhuhuh

  4. Keputusan PRU 12? Menarik! Angin perubahan bertiup kencang di bumi merdeka ini. Aspirasi anak muda yang memanfaatkan kuasa rakyat adalah sebagai faktor sumbangan tambahan terkuat akan siapa telah kalah dan siapa telah menang. Media perdana yang mencanang isi lagu lama yang dipersembahkan dengan nada selamba di waktu terkini, menyebabkan suburnya media alternatif. Satu keistimewaan ialah peranan bloggers. Wow! Satu wilayah baru kini terbentuk – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Andai kebijaksanaan kebajikan diutamakan di negeri ini semua, letak kereta percuma, satu contoh baik, maka, tiadalah lagi kelak istilah pembangkang di Malaysia, yang ada ialah Barisan Nasional dan Bulatan Alternatif. Pemimpin kedua Barisan dan Bulatan, ibarat cerita bermoral, perlumbaan lari arnab dan kekura. Arnab tertidur, sebab pencapaian track-record telah cemerlang, gemilang, dan terbilang. Kini, kekura menang dah, hasilnya ada yang malang, kecundang, dan lintang pukang. Kita ikuti apa pengajaran yang diperolehi ini menyedarkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Ingin disaksikan bagaimana pula dengan Bulatan Alternatif menjelang PRU 13 kelak…

    Zub, yang dikatakan tsunami itu hanya benar untuk mereka yang tidak IT savvy, pegang PC pun takut. Ombak tsunami sudah dikesan oleh mereka yang mendapatkan info daripada internet. Sudah dapat kesan getaran awal sebelum wujud gelombang lagi..cuma, akibat lalai dialun propaganda akhbar/media……..

  5. Rastom, mentara ada menteri yang telah jadi vegetable dek ketandusan sinar matahari, aku jemput hang review satu orkestra yang mengingatkan aku kepada Band Tanpa Elektrik, dalam program Sejambak Seni, our final broadcasting project. Ini dia, please lend your expert review…http://www.gemueseorchester.org/. Kalau ada ahli politik kalah yang mencebur diri dalam bidang ini, bukan sahaja parking free, namun generasi muda ada satu peluang buat konsert sayur di Kelantan. Kan?

    Zub, orang Jerman terbukti kreatif sejak zaman berzaman, Gutenberg bikin revolusi cetak guna dakwat, Malaysia beli dakwat simpan dalam stor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s