Pengantar Komunikasi dan Sains Politik (versi ringkas)

Syarahan ini tidak akan anda perolehi daripada mana mana profesor, guru, pensyarah atau mudarris mana mana darul ulum, maktab, institut teknologi atau yang tidak berteknologi. Lebih malang lagi jika anda berniat untuk mengetahui hal ehwal semasa daripada syarahan para profesor yang bertindan tindan degree dan pengkhususan mereka kerana anda tidak akan faham apa yang mereka syarahkan. Misalnya akan kedengaran kata kata seperti, logaritma proses mendemokrasikan sistem dan paradigma sosial nasional dipenuhi dengan pelbagai hambatan!

Untuk memudahkan cernaan elok saya perturun syarahan sulung saya perihal peranan media massa sebelum dan selepas pilihanraya dengan cara yang paling ringkas, mudah, terkini dan terpakai untuk negara kita sesuai dengan slogan think global, act local... (tiada kena mengena dengan istilah glokal).

Peranan media massa sebelum pilihanraya

1. Mempromosikan calon calon dan parti sendiri dan mengnegatifkan lawan. Resmikan mesjid, kuil, hadiah basikal untuk murid sekolah, umumkan kenaikan gaj, bonus, elaun tok siak, imam mesjid. Lakukan kerja kerja yang nampak bagus, dermawan, dokong dan cuit anak kecil. Buat majlis pecah batu, tanah sebagai blueprint projek yang berfaedah besar. Dan banyak lagi contoh contoh kerja kebajikan yang nampak mulia, bagus dan perihatin. Ayat seperti “terus membantu, terus bersama, sentiasa perihatin” adalah frasa frasa wajib.

Peranan selepas pilihanraya

Jika menang besar , ayat wajib ialah, “inilah bukti kepercayaan rakyat”, ‘kemenangan besar untuk rakyat”, “akan memikul amanah” dan sebagainya. Kemudian cipta ayat ayat power seperti “kabinet rakyat” “kabinet mesra, berwawasan, berkaliber”. Slogan baru untuk menggantikan Cemerlang, Gemilang Terbilang pasti sudah ada disediakan. Entah apa agaknya slogan baru itu. Sajak baru juga bakal menggantikan yang dulunya mencari Ghazali Shafie!

Jika kalah atau tidak menang besar maka ayat ayatnya mestilah diolah supaya tidak nampak sangat akan kekecewaan. Strategi strategi lain yang akan dihuraikan nanti ialah aspek aspek perundangan seperti  mencari kesilapan teknikal untuk membatalkan kemenangan, mempertikaikan kemampuan dan sebagainya. Bab itu akan dihuraikan nanti selepas kita pekena teh tarik dengan tosey atau roti nan.

Ayat ayat lazim sehari dua ini ialah “muhasabah”. Apa pula rekayasa khusus untuk menidakkan kemenangan pihak lawan? Pastikan anda mengikuti wacana dan naratif terkini media massa Melayu pasca PRU setiap hari tanpa membeli dengan hanya membaca akhbar online!

12 thoughts on “Pengantar Komunikasi dan Sains Politik (versi ringkas)

  1. ironi betul la syarahan sulung abg mat tue…penuh dengan definisi propaganda…bukan sy nak menentang kuliah abg mat nie cuma sy rasa terlalu bias dan sinis. akibatnya last2 org akan menunding jari menyalahkan pemberita pulak, walhal yang mengeluarkan kenyataan atau isu tersebut ialah politikus. sy rasa adalah lebih afdal kuliah abg mat nie diajarkan secara online sj dan bukan dalam kelas biasa…hehe…jgn marah haaa

    an-nissah bashirah abu bakar assidiq!

    Tiada siapa menuding jari menyalahkan pemberita. Di Malaysia sebenarnya istilah pemberita pun sudah diubah jadi Pencatat Ucapan VIP. Kemudian di bilik berita pengarang/editor/redaksi memilih milih bahan serta menulis “pendapat” yang kemudian dicetak sebagai berita. Ada juga di antara mereka yang menulis “Surat Dari Pembaca”…hehehe

  2. MusicForum
    Akan menganjurkan satu Mini Jamming Session
    dan sesi dialog muzik bersama grup NITRUS.

    – Utk maklumat lanjut boleh di dapati di http://www.musicforum2007.blogspot.com

    Tuan mazir, kalau buat di KL masalah sikit…ubah lah venue ke utara pula…sekarang kita kena desentralisasi banyak aktiviti seni dan budaya setelah politik semakin kearah desentralisasi.

  3. sepatutnya tajuknya jadi begini “pengantar komunikasi dan sains politik bg arus media perdana”.

    biasa la pak rostam bg kumpulan2 yg mengusai media perdana akan cuba sedaya upaya menciptakan “kesedaran palsu” menggunakan bahasa-bahasi begini.ttp rakyat marhean harus bangkit utk menentang kemandulan bahasa ini dgn mengambil pendekatan yg lebih berani supaya kita semua celik bahasa,budaya dan daya intelek.mungkin benar kata2 george orwell-musuh utama bahasa ialah ketidakjujuran.

    bahasa bukan sekadar alat komunikasi dan juga ilmu,tetapi ia adalah alat kpd kuasa kata sang bourdieu.

    p/s: pak rostam bila lg ingin menulis buku,jgn hanya mengnegblog kerna pada akhirnya buku juga akan menjadi rujukan dan tatapan anak muda di masa beratus tahun akan dtg. plg tidak pun e-book.hehe..

    Tuanku Shah Alam Adijagat Nusantara!

    Teguran tajuk itu memang saya setuju tetapi tidak sesuai rasanya dikatakan arus perdana…kita cari lagi takrif yang sesuai menggantikan perkataan “perdana”, karena perkataan itu kini merujuk kepada sesuatu yang kini rapuh dan goyah…hehe

  4. Ya saya sokong seruan Tuan Shah supaya tuanku el-Rastomi (murshid-ul darul al-fulusiah) menulis buku. Jangan hanya nge-net dan nge-blog sahaja.

    Puan Rabiatul Ainonwiyah el fiti-es!

    Dengan terciptanya suasana Selamat, Aman Makmur di bawah lindungan bulan, insyaallah akan terciptalah nanti korpus korpus yang bakal memenuhi pustaka maya..hehehe..takbir!!!!

  5. Agak lama juga rakyat Malaysia nak faham apakah takrif dan pelaksanaan *projek pembangunan* Barisan Nasional. Seorang anak kecil merintih pada bapanya, *Abah, nak makan roti canai!*. Kedengaran di media massa, suara calon pemerentah berkata, “kita akan bina lebuh raya”. Mestilah ada tol kan? Anak kecil merintih lagi, *Abah, nak makan roti canai! Lapar…*. Kita akan bina kilang! Tentulah untuk menguntungkan diri, pelabur asing dan penambahan jutaan pekerja asing. Anak kecil merintih terus, *Abah, laparlah, nak makan roti canai!*. Kita akan bina projek mega. Tentulah bakal muncul jutawan segera selepas itu dari kalangan kroni. Kemudian, di setiap penjuru Malaysia, kita akan bina koridor. Anak kecil tidak merintih lagi kerana tertidor. Bapa pergi mengundi dan memangkah, lalu pulang naik motor. Dalam saku ada RM 2, nak isi minyak ker, atau nak beli roti canai. Sambil menunggu PRU 13, di rumahnya, dia pun tertidor. Kini, apakah dengan menenggelamkan DEB, janji Bulatan Alternatif akan meliputi manfaat dari Balik Pulau sampai ke Kuala Lumpor?

    Zub, di Kedah, tokey China sendiri cakap ..esok kita semua makan roti canai! (roti canai simbolik bulat bulat putih)

  6. tun elrastom fil jannati At-Taqwa fid-dunya wal akhirah

    kau silap



    jika kau tidak mahu membaca mainstream news secara actual (bukan virtual.)

    Kerna terdapat kolumnis, lidah-pengarang, surat2 yang (he..he..he.) aku tidak mampu menerangkan di sini.

    sbg contohnya.

    kau boleh lihat Utusan m/s 10 pada hari ini.

    dan apa kata pendekar contoh, si-Shahrir?

    Tn El hakim Imam Besar Surau Futurajaya el hadhariah!

    Itu tulisan Dato Hassan Ahmad….dia lain, bukan dari kalangan Utusan Meloya..hehehe

  7. Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

    Sila baca artikel seterusnya di:

    http://theindiestory.blogspot.com

    tQ

    Tuan Moderator Tok Siak Madrasatul Hadhariah!

    Isu DEB lagi? Selama ini apa sudah DEB di Pulau Pinang bikin? Hehehehe, ini semua kerja kerja damage control media haprak…jangan terperangkap ya yaya..

  8. peka dan tajam..:) posting ini…

    memotong dan membetulkan..

    bagus..teruskan ..teruskan akhie..

    agar ilmu dan kebenaran akan terus tegak , terang lagi bersuluh..

    Tuan Admin Singa Baghdad!

    Banyak lagi kosa kata bahasa Melayu yang sudah dimanipulasi dalam jurnalisme Melayu…modal besar jika ada yang berminat buat tesis PhD.

  9. saya tak faham apa yang dimaksudkan oleh pihak Tuan, sila jelaskan, saya sedia belajar..

    ya akhie, maksud saya segala rangkaikata, ucapan, bahasa dan frasa ayat yang digunakan di dalam akhbar itu sebenarnya boleh dijadikan modal untuk dibuat analisa kandungan – content analysis – yakni research untuk kajian di IPT. Contohnya menguji tahap kematangan berpolitik atau tahap demokrasi dan sebagainya hanya dengan mengkaji bahan bahan yang disiarkan di akhbar dalam tempoh berkempen.

  10. Dan, paling terserlah, media selepas pilihanraya masih keliru dengan istilah PEMBANGKANG. susah tu nak bezakan bila kemenangan dua pihak hampir sama rata [jika satu pihak lagi benar2 jujur]

    Bayan, peranan suratkhabar dan media milik parti berkenaan mestilah dilipatgandakan usaha untuk menterjemahkan kekalahan sebagai satu kemenangan.

  11. bandingkan kemelaratan negara anda dengan malaysia. sebab apa. kerana anda terlalu memilih kebebsan tanpa had hingga seperti hikim rimba. Negara anda adalah negara paling teruk di asia. kemelaratan di merata tempat. sebabnya kerama anda masih belum sedar diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s