Lim Kit Siang masuk Kelab Cina Mudah Lupa

Kerana sudah terlalu uzur agaknya. Sudah jadi old school. Sudah layak join Kayveas, Tsu Koon dan Dewa Samy Vellu.  Setelah DAP Perak bersetuju dengan apa saja pilihan Sultan Perak, tiba tiba kelmarin petang di dalam blognya menyeru supaya DAP Perak memboikot isitiadat angkat sumpah. Di zaman tiada internet bolehlah dia cakap segala arahan datang daripada CEC (AJK Pusat), dan kononnya ramai ahli dan penyokong marah dengan keputusan memilih PAS sebagai MB. Saya rasa yang marah bukan ahli atau penyokong tetapi hanya dia seorang. Di zaman internet, anda boleh lihat samada penyokong DAP marah atau tidak……..rujuk blog Kit Siang. Nampaknya LKS akur juga dengan kuasa interaktiviti internet.

26 thoughts on “Lim Kit Siang masuk Kelab Cina Mudah Lupa

  1. Ada seorang lagi yang perlu join Kayveas, Tsu Koon dan Samy Vellu selain Kit Siang. Abdullah Ahmad Badawi, dan mungkin juga Abdul Hadi Awang?

    Gelombang KOOB pasti menggugat KOOL!

  2. Tuen Menteri Besar Pulau Besar Rastom Hikmat Gaban,

    Semalam aku belasah cukup2 lim guan eng dalam blog aku…
    tak pasal2 aku kena maki. Kena tuduh perkauman. Tapi sayang Tuen Rastom langsung tak datang menjenguk untuk backing aku.

    OOO…baru aku tau…BN kita boleh pakat maki cukup2…. DAP jangan usik. Mahasuci langsung tak boleh kritik, walaupun dari belah2 penyokong sendiri.

    Aku rasa baik Lim Kit siang tukar itu Makkal Sakhti kepada Lim Sakhti.

    Baru betul.

    Tuan Moderator, kenapalah Tuan sua kepala pertahankan DEB di Pulau Pinang. Kan dah lama dah DEB di Pulau Pinang, tetapi keajaibannya masih ditakok lama. Mungkin Guan Eng mau introduce DELB (Dasar Ekonomi Lagi Baru)?

  3. Tindakan Lim Kit Siang boleh cetus controversy walaupun hanya ditulis dalam blog…tambah2 kalu dapat liputan secara langsung dr elhakim…hehehe
    Namun, secara realitinya beliau pastinya sukar mendapat kepercayaan ahli DAP…

    Bukan ahli DAP saja, ahli UMNO dah lama tak percaya dengan DAP he. he. he.

  4. owh, yg itu mmg sudah masuk dlm berita perdana…
    biasalah berita tv itu menjadi alat propaganda murahan…

    Hairan juga ya, dengan segala berita perdana dan jentera propaganda gergasi, masih juga dapat dicalarkan.

  5. Tuan Rasto saya minta izin ambil tulisan ini untuk dipaparkan diblog saya.

    Ada related dgn entry saya sebelum ini.

    Relevant!

    Silakan tuan moderator dengan syarat bayaran untuk setiap artikel di masukkan ke dalam akaun saya di Switzerland he. he . he,

  6. Hamba dari dulu lagi dok sangsi dengan DAP ni. Ingatkan dah boleh percaya dah tengok anak dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Alih² dia buat balik lawak RoboCop dia tu.

    Bilakah kita akan mencapai status di mana kita tak perlukan DAP untuk membentuk pakatan “pembangkang” yang kuat?

    Atau mungkin ini si RoboCop tu sorang saja yang shortcircuit? Harap² si RoboCop saja kot…

    Tuan Moderator, saya simpati dengan tuan. DAP dah terkena sindrom BN, heheh:mrgreen:

    Saladin Convoy, nampak banyak kepala tua daripada kesemua parti di Malaysia sedang menunggu dipenggal saja..

  7. mudin001: Haji Hadi rasanya tidak termasuk dalam kumpulan LKS dan rakan2. Nampaknya, gaya politik serta cara Hj Hadi sudah lembut dan memahami kehendak rakyat kebanyakan.
    Pada hemat saya, zaman ‘keras2’ ini sudah berlalu. Kini adalah zaman toleran tanpa meminggirkan kontrak sosial yang dipersetujui 50 tahun dulu.
    Marilah kita membina Malaysia Baharu, ke arah kesejahteraan bersama.
    Baik pembangkang atau pun kerajaan, pemikiran yang berbentuk perkauman sudah ketinggalan zaman!

    Masa terus berlalu fahaman susah untuk bahu membahu dengan edaran masa, itulah masalahnya.

  8. kit siang memang salah dan dah mintak maaf. dia kini sedar, rakyat bukan sokong DAP, rakyat sokong barisan rakyat.

    tak per la, kita pon dah maklum perangai dia, tapi kalau dia tersasul lagi sekali, kita masukkan dia dalam grup KOOL (kumpulan orang2 lama)

    lalalalaalaaaa~

    KOOL sekarang berhadapan dengan undi tidak percaya di setiap penjuru.

  9. Dari Barisan Alternatif, ia bertukar jadi Barisan Pewaris Kebobrokan BN. Dari Barisan Rakyat, ia bertukar jadi Barisan Pemimpin Gila Kuasa.

    Benda remeh macam tu pun tak reti nak kompromi. Tapi ada hati nak perintah negara. Sebelum dapat kuasa, sibuk menyalahkan kerajaan BN sebagai suka membazir duit rakyat.

    Rupanya pemimpin BA/BR ini seperti ayam jantan jalang yang gagah berkokok, tapi ekor sendiri bersalut tahi.

    Belum seminggu diberi kuasa, sudah membazirkan duit rakyat. Selama ini Perak hanya ada satu Timbalan Menteri Besar. Negeri ini tak pula hancur haru-biru. Sekarang ini pakatan olok-olok Barisan Pemimpin Gila Kuasa ini mahukan dua Timbalan Menteri Besar. Kenapa? Sebab gila kuasa tak reti nak kompromi.

    Habis, siapa nak bayar gaji timbalan kedua yang tak perlu ini? Ingat duit sebanyak RM150 ribu itu sikit ka? Yang lebih penting, duit itu adalah duit cukai rakyat. Sekarang ini terpaksa dibazirkan semata-mata untuk memuaskan ego dan kegilaan kuasa para pemimpin dari BARISAN (taik kucing!) RAKYAT ini.

    Itu baru lima hari dapat kuasa. Kalau lima bulan? Lima tahun? Lima dekad? Hmm…

    Selepas satu penggal kalau membazir juga seperti BN – tendang saja….ini kuasa rakyat yang tidak taksub dan mendewakan BN…hinggakan tercipta ayat Dulu Kini dan Selamanya.

  10. Ingatkan Perak saja yang ada DUA Timbalan Menteri Besar. Rupa-rupanya Penang pun gatal juga nak pakai DUA Timbalan. Pembaziran duit rakyat untuk menampung perbelanjaan yang tak penting. Sekadar mahu puaskan nafsu gila kuasa masing-masing.

    But heii… why I’m so upset about this? No reason really. I have seen this coming years ago! So, terima sajalah dengan hati redha. Membazir pun membazir la…. pak kaduk oooiii…🙂

    No big deal bro, zaman pak kaduk sudah berlalu, if you don’t perform, out you go.

  11. Tu r, aku frust gler sbb dia buat kenyataan ni BN akan terkinja2 senang hati. Najib akan ulang2 cakap yg ni la buktinya pakatan pembangkang rapuh dan tak boleh diharap. Aduuuhai…tapi Lim Guan Eng tu aku tgok mcm ok cket…

  12. FORUM:”Kemana Malaysia? Analisa Keputusan Pilihanraya Ke-12, Lokasi:Selangor Chinese Assembly Hall,KL 12 Mac Pukul 8pm-10pm. Anjuran SIRD.

    2 MALAM LEPAS.Antara Ahli Panel Yang Terlibat – Dato’ Kadir Jasin (former Chief Editor New Straits Times)

    Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada:

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

    Tuan Moderator, saya cadangkan Tuan tulis serba sedikit mengenai Forum itu di blog tuan.

  13. Alahai politik ni memang macam2.Tapi ingat jangan sampai taksub dan mudah melatah,sekarang ni zaman media cyber,media perdana tak boleh dah nak buat apa saja.

    Dalam berbeda pendapat ingat sikit,kita ni orang Islam,bersaudara,kita masih perlukan jambatan untuk meningkatkan persefahaman antara kita.Kenapa tidak adakan dialog antara UMNO,PAS,PKR,ahli akademik dan NGO2.Buat secara berterusan,kalu tak boleh capai kata sepakat dalam bab politik,banyak lagi aspek lain yang boleh dicari kata sepakat.Dahulukan perkara2 tidak besar jurang perbezaan dan tidak sensitif kemudian makin yang berat la.

    sufie, cuba timbang timbang tengok, ada tak blog dari pemimpin UMNO yang interaktif dan mengambil atau menerima teguran daripada warga siber? Ini salah satu punca untuk apatkan feedback rakyat, sekurang kurangnya kita tahu apa grassroot punya pandangan.

  14. L.K.S STUPID.

    FOR ME LKS..MEMANG BANGGANG TAHAP 8..ACTUALLY KALAU SAYA TAHU LKS MACAM NIE,SAYA TAK KAN UNDI DAP..MAKOK..DAN PADA SAYA,LKS MAKOK..KO TAK DER PUN TAK TAKPER..P.K.R DAH ADA,APA YANG PKR UNJURKAN ADALAH LAGI BAGUS DARI DAP..DAN PKR ADALAH PARTI SEMUA KAUM,
    MASA PILIHRAYA,SAYA MENGUNDI BA KERANA SAYA SANGKA YANG BA ,PARTI DIA IKLAS PERJUANGKAN MASALAH RAKYAT,,TAPI SETELAH LKS MAKOK JAMBAN BERKATA YANG DIA NAK PULAUKAN MAJLIS PERLANTIKAN MB PERAK DAN TAK HORMATKAN RAJA…SAYA MULA MENYESAL MENGUNDI…
    INGIN SAYA LAUNGKAN PADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM…TANPA DAP DATUK MASIH BANYAK UNDIAN..MAJORITI KAWAN KAWAN SAYA SEMUA NYA MENYOKONG B.A DI SEBAB KAN BENCIKAN B.N..MENYUSAHKAN RAKYAT. TAPI SETELAH LKS MAKOK AYUN BOIKOT PERLANTIKAN MB PERAK..SAYA RASA ,DATUK SERI ANWAR,,SURUH JER KUASA PEMILIHAN DAP BUANG PEMIMPIN DAP YANG BANGGANG DAN TAK MENGHORMATI MALAYSIA DAN SULTAN DARI BARISAN PEMBANGKANG,,MEMALUKAN JER..MENGHINA HAK SAYA SEBAGAI PENGUNDI..
    DAN SAYA RASA,,APA YANG PKR TAWARKAN PADA RAKYAT ADALAH LEBIH DARI DAP..KALAU L.K.S LAH TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA NANTI,,SAYA RASA LAGI BAIK SAYA UNDI BN DARI BA..
    KERANA PASAL LKS,RAKYAT MALAYSIA LAGI AKAN BERSIFAT PERKAUMAN..

    TO HELL WITH L.K.S..(FOR DAP SUPPORTER,I ONLY WANT TO BE MALAYSIA FOR MALAYSIA PEOPLE,NOT MALAYSIA FOR CHINESE,MALAY OR INDIAN,AND MAKE SURE YOU ALL TELL D YOUR LEADER,L.K.S MAKOK AYUN,,IF HE STILL LIKE THIS,BETTER FOR HIM TO GO BACK CHINA,NOT IN MALAYSIA..BECAUSE NOW KITA MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT MALAYSIA,NOT POLITIC IDEA AND SURVIVING OF PARTY.)

    AND LKS..REMEMBER THIS..

    SEKIRANYAN INGIN TERLIBAT DALAM POLITIK,BIAR LAH TERLIBAT DI SEBABKAN RAKYAT,BUKAN TERLIBAT KERANA DUIT DAN KUASA..KERANA RAKYAT ADALAH POLITIK,DAN POLITIK ITU ADALAH RAKYAT,DAN KAMI BOLEH MEMBUAT BN YANG MEMEGANG 50 TAHUN MALAYSIA BERGEGAR,INIKAN DAP YANG BARU TUMBUH DALAM PILIHRAYA INI..

    helplineenterprise, amboi marah sungguh Tuan …..simpan sikit tenaga marah tu nanti habis idea untuk buatduitdenganberamal hehehe

  15. Huh, DAP angkuh ? LKS angkuh ? BR tak sepakat ? BN tak senonoh ? uiks, pening kepala …mikir 4 tahun lagi pangkah mane ler pulok ….kita buat cam US nak ? 10 tahun sekali tukar Gomen .. he he he sesuka hati jer ..

  16. 10 tahun..iskisk lama tue..kita buat 3 tahun sekali…sapa tak perform..campak..dan semua pemimpin parti politik kena buat laporan prestasi kepada rakyak sebelum piliharaya..senang campak kalau tak perform..

  17. KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 memang perit kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Sungguhpun kekalahan beberapa kerusi telah dijangka tetapi protes yang begitu besar terhadap kenaikan kos sara hidup memang menakjubkan.

    Empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan parti lawan iaitu DAP, PKR dan Pas. Sebagai menghormati hak-hak demokrasi maka kita tahniahkan kemenangan mereka dan berharap mereka dapat laksanakan janji-janji ‘bulan dan bintang’ dalam manifesto mereka.

    Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah mengenai sikap kepimpinan Melayu Pas dan PKR yang seumpama ‘kaduk naik junjung’.

    Ramai orang Melayu yang memberi sokongan kepada mereka tidak pernah memberi mandat untuk mereka ini mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah tamat pada 1990, mahupun Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang masih meneruskan semangat DEB.

    Justeru apabila Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa hanya segelintir orang Melayu dalam UMNO yang menerima habuan DEB, maka saya fikir beberapa pernyataan perlu diungkapkan semula untuk dinilai oleh orang Melayu.

    Jika diteliti keseluruhan dasar kerajaan membantu bumiputera, hampir keseluruhan orang Melayu dan bumiputera menerima limpahan dasar ini.

    Ambil sahaja contoh kemasukan pelajar Melayu dan bumiputera ke institusi pengajian awam (IPTA), ke kursus-kursus teknikal dan penting seperti perubatan, sains, kejuruteraan, ekonomi dan undang-undang.

    Jika diteliti sejak 1980-an sehingga sekarang begitu ramai pelajar bumiputera yang dapat masuk ke universiti dan dihantar ke luar negara. Apakah ini bukan limpahan kenikmatan DEB dan DPN hari ini?

    Peluang

    Berapa ramai pula anak-anak Melayu dan bumiputera di kampung-kampung tanpa mengira Pas, UMNO mahupun dalam parti lain yang dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Malahan saya boleh buktikan ramai juga ahli Pas termasuk wakil rakyat hari ini merupakan bekas pelajar MRSM yang kemudiannya diberi peluang pula melanjutkan pelajaran ke luar negara.

    Kita lihat pula penyokong-penyokong Pas dan PKR yang mencari rezeki di syarikat petroliam negara. Saya juga boleh namakan siapakah para penyokong Pas dan PKR di syarikat milik kerajaan itu.

    Apakah mereka berpandangan tanpa dasar probumiputera dan Melayu mereka akan menduduki tempat tersebut hari ini? Jika Pas dan PKR mendakwa penyokong mereka tidak menerima limpahan kurnia dasar ini dan jika mereka mendakwa hanya ahli UMNO menerima limpahan DEB maka kita patut mengeluarkan semua penyokong Pas dan PKR dari Petronas. Juga dari syarikat berkaitan kerajaan lain seperti Telekom, TNB dan Khazanah Nasional.

    Ini belum lagi kita tanya berapa ramai pemimpin dan penyokong Pas dan PKR yang menerima didikan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Apakah ini bukan nikmat dasar pro-Melayu?

    Jika pemimpin parti-parti ini masih menafikan maka sekali lagi saya dan rakan-rakan bersedia untuk menyenarai pensyarah-pensyarah universiti yang menyokong mereka ini untuk kita keluarkan dari universiti.

    Apakah mereka berpendapat tanpa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan tanpa dasar-dasar kerajaan ini maka sebegitu ramai pensyarah Melayu akan dihasilkan?

    Yang sering dipertikaikan ialah soal orang Melayu itu kaya, orang Melayu ini kaya kerana mendapat kontrak kerajaan. Hakikatnya, mereka kaya bukan kerana bulan jatuh ke riba. Mereka berusaha membina keupayaan dan hubungan.

    Dalam mana-mana sistem ekonomi dan politik sekalipun, soal hubungan, keupayaan dan kronisme tidak dapat dielakkan. Namun apakah begitu tertutup peluang perniagaan orang Melayu dan bukan Melayu kerana kronisme ini?

    Yang kita selalu persoalkan ialah soal kontrak yang diberi kerajaan kononnya tidak telus dan sebagainya.

    Hakikatnya, berapa banyak kontrak syarikat swasta yang diberi secara tidak telus dan kepada siapa diberi pun kita tahu.

    Faktanya, setiap tahun beribu-ribu orang Melayu menerima bantuan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) untuk merebut peluang perniagaan. Mereka ini tidak pernah ditanya parti apa, ideologi apa.

    Akhir sekali kita akui ada orang seringkali menyalahgunakan dasar-dasar ini. Dalam sistem apa pun, pasti ada oportunis yang sentiasa akan cuba mengkayakan diri sebanyak mungkin. Namun apakah sistem yang harus disalahkan?

    Hakikatnya, DEB dan DPN telah membantu begitu ramai orang Melayu dan bumiputera secara langsung dan tidak langsung. Cuma, apakah semua orang Melayu bersedia menundukkan ego mereka dan mengakuinya?

    Akhirnya, mungkin dalam keadaan ini kita boleh meminta Menteri Besar Selangor yang baru menerangkan segala keistimewaan dan kekayaan yang beliau peroleh semasa menduduki Ketua Pengarah Eksekutif Guthrie, termasuklah keuntungan transaksi saham dan sebagainya.

    Biar masyarakat buat penilaian siapa pejuang orang Melayu dan siapa pula musang berbulu ayam.

    – AB JALIL BACKER,

    Petaling Jaya.

    Sdr abangjahat yang baik, DEB itu ok, atas kertas dan di peringkat mula pelaksanaan, lama kelamaan, manusia yang oportunis nampak ada loophole untuk mengalirkan wang ke lain daripada sasaran, maka itulah perlunya kajian semula.

  18. saudara AB JALIL BACKER,

    minta maaf saya menyampuk sikit,SAYA SOKONG APA SAJA YANG MEMBAWA KEBAIKAN PADA RAKYAT BIASA..

    yang saya nampak sekarang adalah keburukan jer,saya nie orang biasa,bukan orang kaya,yang saya harapkan pemimpin yang menjaga kepentingan rakyat.

    Kos menyara anak saya dan kehidupan keluarga saya meningkat dengan drastik semenjak PAK LAH NAIK,KENAPA??
    SAYA TAK KISAH SIAPA NAIK,YANG PENTING SAYA TAK HIDUP SUSAH,TAPI KENAPA KERAJAAN SUSAH KAN SAYA??

    YANG DEB NAIKKAN ADALAH % DARI ORANG MELAYU,BAGAIMANA DENGAN ORANG YANG BUKAN KRONI mereka??
    saya lihat kebelakangan ini,hanya mereka yang mempunyai “PAIP” YANG KUAT YANG DAPAT TENDER ATAU PERTOLONGAN DARI Yang Berkenaan,bagaimana dengan nasib saya ?rakyat biasa??
    adakah saya perlu mengampu juga?

    PENINGGGG..NAK MINTAK KERAKYATAN MONGOLIA..SEKURANG KURANG DAPAT NO 2 YANG CUN.HEHEHE

  19. Heh Heh.. maaf menyampuk…
    apele nko nih helplineenterprise.. dalam dok mengeluh kos sara anak dan keluarga meningkat.. teringin gak nak bini cap mongolia … tapi kalu ade lebih pas kat member sikit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s