Kemuncak gelora ampuisme di negeri Indera Kayangan

muka_hadapan2.jpg

Tsunami kedua mungkin berlaku. Kita tak payah susah susah pening kepala fikirkan kesudahan drama ini kerana petandanya sudah semakin jelas. Biarlah mereka yang bergaji 5k-10k uruskan dan tanggung sendiri. Tugas rakyat sudah selesai bila mengundi. Walaupun negeri Perlis kecil tetapi implikasi daripada krisis ini boleh mencetuskan porak peranda kepada BN-UMNO laksana insiden kecil di Sarajevo bisa meletuskan Perang Dunia.
Pengajaran yang boleh diambil disini ialah kerja mengampu, bermuka muka dalam politik walaupun menguntungkan tetapi bakal berakhir dengan keburukkan. Wallahua’lam

12 thoughts on “Kemuncak gelora ampuisme di negeri Indera Kayangan

  1. Umno adalah sebuah parti Melayu yang tiada memperjuangkan syariah Islam. Di dalamnya tiada roh. Hanya materialis cuma. akibatnya….hehehe…

  2. 3 ekor gagak hitam diatas tiang lampu…

    Gagak hitam basah
    ditimpa hujan
    awan mendung
    rintik merempuh dinding flat usang
    Tiga ekor gagak bertengek
    diatas wayar
    tiang lampu milik ‘gomen’
    gagak hitam berborak
    berborak-borak
    isu politik nasional
    bahang musim pilihanraya
    selepas membuang undi
    4 negeri bertukar tangan.

    gagak pertama:

    “aku tegar menyokong pemerintah
    selama-lamanya. kerajaan ini banyak berjasa, kalian tahu apa?”

    gagak kedua:

    “sehingga mampus, aku sesekali tidak akan menyokong kerajaan rasuah ini.
    kerajaan zalim ini tidak dapat undi aku. barang naik tanpa henti. gaji aku
    cukup makan.”

    gagak ketiga: (hanya terdiam. sesekali mengangguk-anggukkan paruhnya.
    diam seekor gagak menyimpan rasa. bersuara bila perlu)

    petir berdentam dentum
    guruh keras
    kilat sabung menyabung.

    Tiga ekor gagak masih bertenggek
    gagak-gagak hitam
    melihat arus perubahan
    melanda daerah mereka.

    Gagak hitam pertama terus bersuara
    lantang
    menyakitkan hati.

    Gagak kedua
    tidak kurang keras
    sekali-sekala
    mencarut-carut.

    Gagak ketiga
    diam.
    berjaga-jaga.
    bersedia.

    (errr…ada lagi…belum habis lagi nih. Nak tahu apa terjadi kepada 3 ekor gagak tersebut, jom masuk blog gua.)

    http://theindiestory.blogspot.com

    *tuen Rastom, cukup 3 bulan saya hantar cek untuk bayaran iklan. hehehe

  3. apabila nafsu kekuasaan,nafsu harta,nafsu dendam dilampiaskan melalui medan politik maka inilah jadinya.nafsu tak pernah berasa cukup…..cuma ikatlah ia, puasa salah satu tali pengikatnya.

  4. tak payah masuk theindiestory, aku bleh habiskan criter tu kat sini;

    3 ekor gagak bertenggek atas tiang elektrik masa ribut petir.
    oleh kerana potential difference yang tinggi, gagak itu menjadi konduktor yang baik lalu disambar kilat.

    yang hitam bila hangus tak nampak beza.

    -habis-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s