Brad Meltzer beri contoh penulis promosikan buku

fate_150.jpgIni penulis thriller yang bakal saya baca dan termasuk dalam kategori saya yang iseng iseng saja. Penulisnya boleh dicontohi dari segi promosi online yang beliau lakukan. Cara begini, jika orang yang pertama kali mendengar nama Brad Meltzer dapat meninjau apa genre tulisan beliau dengan membaca bab pertama yang disajikan percuma sekaligus mengelak dari dijeling jeling oleh mamak kedai buku jika anda cuba membuka balutan plastik. Ada klip audio, ada S & J (soal jawab mengenai buku) ada promosi T-Shirt (duit dapat untuk sedekah).
Mungkin belum ada penulis Malaysia yang melangkau jauh begini kerana masih tercari cari idea atau format bagaimana blog di internet boleh membantu. Mana tau, belum cuba.

9 thoughts on “Brad Meltzer beri contoh penulis promosikan buku

  1. hehe..

    Lambang Geometri Freemasons……….!!
    elhakim mahkamah kangar roo Indera Kayangan, geometri untuk memandaikan bangsa hehe…

  2. tak perlu menyelak buku di kedai, tak perlu ke kedai pun, beli saja online.

    macam tak seronok je~

    beli online ya ya ya, tapi bashirah masih suka ke kedai mamak.

  3. sy tak rasa penulis Malaysia kurang alert dgn promosi online cuma mereka bimbang akan risiko kehilangan rekod dan kesilapan kakitangan merekod transaksi adalah tinggi. malah, organisasi juga hadapi masalah mengemaskini segala fail2 transaksi terkini yang mengambil masa berhari-hari. hatta masalah penempahan dan penerimaan buku dr penerbit (kalo tak menepati kehendak penerbit buku delay berbulan-bulan).

    tambahan pulak ancaman hackers, dan banyak syarikat penerbitan bimbang akan gejala cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun buku secara percuma dengan mudah melalui beberapa laman web tertentu (Contoh terbaik si elhakim dan tuan rastom…Bwoahahaha)

    Jangan bimbang, kalau Bashirah punya web promosi buku saya tak hack, saya tambah tolong promosi lagi supaya cepat laku (nanti laku dengan penulis sekali) bwohahaha….

  4. Ha Tuan Rastom tunggu, buku terbaru saya insya allah ada dijual merchandise siri Streetsmart, sedang cuba diusahakan. Hehehehhe, hari itu ada cuba audio, rasa macam tak sedap pula suara dan isi pun kurang jadi berhenti sebentar.

    http://www.zamrimohamad.com

    Tuan Zamri, elok dicari rakan rakan yang lebih ketrampilan dalam menyampaikan buku kita. Tidak semua benda dapat kita lakukan, saya percaya kaedah ini boleh berjaya.

  5. alamak, nampak macam satu lagi attempt nak mengalahkan Da Vinci Code laa…

    hermm..
    saya agak skeptikal sikit dengan buku-buku macam neh. lepas Da Vinci Code, saya cuba baca Rule of Four dengan the Labyrinth. satu pasal buku lama bertajuk Hypnerotomachia Poliphili, satu lagi pasal Holy Grail. tapi ahh, lebih asyik dengan konspirasi di dalam Da Vinci Code.

    dekat Malaysia bakal keluar tak? saya takde kredit kad nak beli buku ni.isk.

    Minat nak baca buku ni kah? Mengenai kisah kisah konspirasi seperti Da Vinci Code, memang sekarang ramai peniru peniru yang terjun untuk mengaut untung menulis bab yang berkaitan. Kalau kita membaca juga buku buku non-fiksyen berkaitan seperti kisah Knight Templars, Crusades atau kisah perang sabil, maka gambaran akan lebih jelas dan apa apa fiksyen a la Dan Brown itu kita lihat hanya sebagai manipulasi sejarah untuk penulis tersebut mengaut untung saja. Saya cadangkan buku buku non fiksyen karya Leigh & Baigent untuk lebih jelas mengenai kisah konspirasi Gereja vs sejarah.

  6. cuma nak tambah, masa melalui laman KMU semalam, ‘ter’baca tulisan tentang kaitan logo PKR dan all seeing eye freemasonist.

    payah juga kalau terlalu taksub dengan da vinci code.
    bwohahaha….

    bwohaha, Da Vinci Code pada saya hanyalah satu bahan eceran. Lebih cool baca saja sumber primer daripada David Leigh dan Michael Baigent…

  7. whoa!
    kat mana saya boleh dapat buku karya Leigh dan Baigent itu? memang berminat dengan freemasonry, knights templar, holy grail, middle age, dan zaman kegelapan eropah.

    sebab ceritanya menakutkan dan seram, tapi pada masa yang sama lawak.hehe.

    Buku Leigh & Baigent tu bukan fiksyen, mungkin agak membosankan kerana ia lebih berbentuk sejarah. Di perpustakaan mesti ada!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s