Kabinet baru zzzzzzzzz……

Saat yang dinantikan rakyat Malaysia, ketika Pak Lah mengumumkan barisan kabinet baru, sekonyong konyong,  suatu gelombang telepathy memancar  keluar daripada layar TV dan terus membuat aku ..zzzzzzzzzz…mengantuk.

10 thoughts on “Kabinet baru zzzzzzzzz……

  1. Terima kasih atas ulasan YB. Seterusnya kita akan sama-sama buat persiapan dan perancangan kementerian baru kita pada mesyuarat kabinet yang pertama nanti.

    Bilakah mesyuarat kabinet YAB Sebol akan di adakan? Nampaknay kena siapkan ucapan aluan dulu hehehe

  2. KU LI PALU GENDANG PERANG!

    Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

    Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

    Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

    PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

    ( Sila baca artikel selebihnya di:
    theindiestory.blogspot.com/ )

    Apa jenis gendang yang Ku Li palu? Kalau setakat tom drum atau snare drum takkan boleh mengalahkan kettle drums hehehe

  3. moderator,

    dengan paklah menjadi menteri ekonomi, maka ekonomi orang melayu akan terus maju, maju dan maju.

    contohnya,
    kamaluddin
    kalimullah
    kalimutu
    k Patrik L
    khairy J
    tidak ketinggalan juga,
    datok ‘K’

    mereka semua orang2 Melayu.

    HIDUP MELAYU!!!
    HIDUP MELAYU!!!
    HIDUP MELAYU!!!

    UNDILAH BARISAN NASIONALLLL!!!!

    Sesiapa yg tak undi BN. Akan dianggap derhaka. Orang yang derhaka, hukumnya dibunuh!!!

    -Ghafar Baba

    dengar tu!!

    Inilah satu satunya melayu asli. lelaki melayu terakhir yang menganut faham ghaffarisme

  4. Tuan Rastom takkan tak perasan mata Ayahanda Abdullah kuyu saja. Menahan perit tanpa menantu dalam Kabinet. Huihui.

    KNZ: Mata dia memang kuyu sejak azali..kuang3..

  5. bila separuh dari pemuda akan memberontak.
    bila 3/4 wanita akan memberontak.
    bila separuh dari ahli umno yang ‘lelaki dan tua’ akan memberontak.
    bila parti komponen bn di borneo akan memberontak.

    sediakan popcorn dihadapan tv anda; enjoy the show~

    Inilah extravaganza 2008! Pertembungan UMNO vs Istana!

  6. pertama kali berlaku ada orang tak nak jadi tim. menteri dgn alasan nak beri lalauan muka baru (snbrnya merajuk pasal tak jadi menteri penuh) ada pulak dah letak jawatan dalam parti kerana tak jadi menteri sebab dah hilang power…..entahlah tetapi barisan kabinet ini terang2 kebinet di susun oleh kj…

    Ya, ini sejarah politik baru Malaysia, ada orang yang menolak jawatan jadi menteri hehehehe..

  7. setelah 50 tahun merdeka, inilah kejayaan terbesar BN…menanamkan sifat bimbang seolah-olah yang tahu memerintah negara hanya juak-juak perasuah mereka.

    Kononnya hanya PAK LAH yg tahu memerintah, orang lain habis semua bodo!

    Minda rakyat di takut-takutkan…atas alasan senang kerja. Siapa yang senang kerja? Kita tak rasa senang kerja pun?

    Makin susah ada laa…

    Tuan moderator tok siak mesjid el karkun, istilah “senang kerja” ini saya rasa maknanya dalam. Senang dalam ertikata mengikut percaturan, jika terus tidur, tunggulah habuannya nanti..hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s