BN silap besar abaikan Internet

563.gifNasi sudah jadi bubur. Sesal kemudian tiada gunanya. Banyak lagi yang akan disesali jika masih menafikan peranan internet dalam kehidupan. Lim Kit Siang terselamat kerana beliau melihat respon daripada pengunjung blognya yang tidak setuju dengan hasratnya untuk memboikot majlis angkat sumpah kerajaan negeri Perak. Pak Lah mungkin terselamat daripada kecaman rakyat jika dia mahu melihat respon rakyat terhadap konflik dengan pihak Istana Terengganu. Tetapi seperti yang kita maklumi, budaya untuk mengambil tahu apa yang sedang di “bincangkan” di dalam blogosphere tidak ada di dalam kesedaran politik pemerintah maka bila sudah terlewat nanti barulah mula tengadah.

Elok juga kalau Pak Lah dan semua ahli kabinet mula berjinak jinak membuka blog masing masing. Bila sudah ada blog nanti janganlah pula disable komen komen pengunjung. Biasalah kalau orang mengkritik. Jika takut dikritik dan hanya mahu mendengar puji pujian saja elok jangan jadi wakil rakyat.

Jika diturut kehendak media resmi arus perdana, rugilah rakyat Malaysia amnya kerana tidak akan dapat antara lain melihat dan mendengar ucapan Cik Kumutha Raman, satu satunya calon PAS bukan Islam seperti berikut. Hmm, pakai saree yang nampak cool!

12 thoughts on “BN silap besar abaikan Internet

  1. eltuan elrestom,

    iMNO atau penghulu BN sepatutnya membuka semula KITAB2 lama, lembaran2 dan pandangan2 klasik Tun Ghafar-Baba.

    iMNO sepatutnya berpegang Teguh dengan ajaran2 Tun Ghafar Baba.

    Hanya Tun Ghafar-Babalah sebenarnya penyelamat iMNO.

    Tun Ghafar Baba itu adalah iMNO
    dan
    iMNO itu adalah Tun Ghafar Baba.

    Sepatutnya jika kematian pemimpin2 UMNO seharusnya mereka meninggalkan pesan pada pengikut2nya iaitu berpegang teguhlah pada dua perkara penting yang selama-lamany iMNO tak akan tumbang iaitu

    1. ajaran Ghafar Baba
    2. me-mentalitikan semua bangsa Melayu ke arah Keunggulan Daya Pemikiran Dinamis, Ghafar Baba.

    Aku serious.
    (kah.kah.kah)

    tuan elhakim sepupu el Dalai Lama,

    Kita syorkan penubuhan Institut Pemikiran Ghaffar Baba ya!

  2. Tuen el Rastom Guru Petapa Makkal Sakhti.

    Aku menangis tengok video Cik Kumuta Raman ini. Jadi aku tidak tahu mahu tulis apa lagi…

    Aku menangis kerana aku, tuen Rastom, tuen elHakim serta rakan2 lain…tidak menghargai agama yang kita terima melalui Islam Baka Bersanad.

    Apatah lagi…juak2 perasuah umno…

    Airmata aku mungkin tidak mampu membeli…kata-kata Cik Kumuta Raman ini.

    Tuan moderator pemegang mohor besar Raja – Rajalingam semalaysia. saya juga termenangis bila mendengar ucapan Cik Kumutha yang manis jelita bersari ini., kalau dia bertanding di kawasan saya..entahlah bukan setakat pangkah saja…wallahua’lam

  3. Kesilapan lebeh dari ‘budi~bicara’ dolak~daleh & perbuatan sendiri menyembunyi penyeleweng yang dapat dibongkar disiarkan oleh technology terkini . Benda ‘Busuk’ lambat laung terhidu bau nya .

    Bangkai gajah mana boleh sorok sorok.

  4. Marilah kita mengukuhkan iman dengan mengulangi lafaz syahadah sambil menghayati akan mafhumnya.Sampaikan juga kalimat ini kepada mereka bukan Islam secara bijaksana.Jangan malu berbuat begitu.Jangan abaikan kalimat iman,nanti akan dipersoalkan di akhirat

    Setuju!

  5. Syukurlah pemimpin mula sedar. Kesedaran itu langkah awal. Molek disusuli dengan transformasi setelah keluar daripada konformasi dan kemudian reformasi.

  6. Berkenanlah dengan Cik Kumutha Raman yang berucap manis di hadapan Hadi Hawang dan Salahuddin Hayub. Wow!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s