Itulah rumusan dan pengakuan daripada para pembesar negara yang terkejut dengan keputusan PRU-12 baru baru ini. Khir Toyo pun sudah mula main blog, Lim Keng Yaik khabarnya pun berminat. Pak lah sendiri akui kesilapan dalam hal ini. Senario orang kaya dan berkuasa ini ada imbasan di dalam buku Wikonomics.
Rumusan mesej Wikinomics sudah lama ada di dalam budaya Melayu yakni gotong royong. Sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan bersikap terbuka. Sebagai contoh diceritakan tentang CEO Goldcorp Inc sebuah syarikat melombong emas ., Rob McEwen yang temui jalan buntu di dalam operasi syarikatnya untuk menemui sumber emas yang baru mendapat ilham daripada falsafah keterbukaan Linus Torvalds (perintis Linux). Beliau memecah kebuntuannya dengan meniru gaya Linus dengan mempublikasikan segala data data perlombongannya kepada awam dengan harapan mendapat respon untuk meneroka kawasan perlombongan yang lebih berhasil. Dengan menawarkan hadiah sebanyak $575 000 kepada para peserta yang berjaya menunjukkan kaedah terbaik dan anggaran nilai yang terbaik beliau akhirnya berjaya. Baru dia sedar bahawa otak yang bijak dan cekap berada diluar syarikatnya...bersambung di laman baru yang sedang dibangunkan, klik di SINI.
Dia pun mungkin tiru mcm Kevin Rudd buat dengan mengumpulkan bijak pandai dan golongan belia Australia dalam mengenalpasti arahtuju Australia ke masa depan yang lebih cemerlang. engaging politicians
tn elrastumi el adulyadej fil jannati wal akhirat,
khir toyo ada blog ? hehe….
tak tau lah.. apa yang dia nak tulis
Apa yang di tuliskan oleh Khir Toyol tu…. hentam dia habis2an biar rasa tendang terajang masyarakat kalau tak mana dia tahu silapnya . Sewaktu ber KUASA enggan menerima iksan cadangan umum kak kan kan!!!
wahahahaha…encik sudah punya domain sendiri? Tahniah.
Semoga khir toyo, dan yang lain-lainnya lebih tabah berhadapan dengan kelompok maya yang bermacam ragamnya.
Sudah pasti tugas menjawab atau menerangkan sesuatu tidak semudah menghadiahkan penyapu atau memandang sepi surat-surat aduan rakyat selama ini.
Harap juga mereka tahu tentang konsep interaktif yang harus dipatuhi melalui blog.
Salam BOMOH ARTIS Rastom Megat Panji Alam Martabat Ke-9 dengan Hikmat Air Paip Free Negeri Selangor.
Maaf Bomoh Artis Tuen Rastom, sebab lambat bagi respon. Saya datang mengadap, ingin meminta jasa baik Tuan Bomoh Artis supaya buka kembali Santau Pusaka Pasung yang Tuan RAstom kenakan terhadap Laptop saya.
Laptop saya suda sakit. Suda sewel. Demam tak kebah-kebah. Pagi Baik, Malam jadi gila balik. Jadi sasau tak suda-suda.
Mungkin inilah akibat yang terpaksa saya tanggung apabila cuba menderhaka kepada Tuan Petapa Busut Jantan Pawang Megat Rastom al guru Kemas.
Saya berharap sangat Tuan Bomoh dapat menghentikan proses santau menyantau ini dengan segera.
Sumpah! Saya tak mau lagi jadi itu “The DERHAKA Student”.
Kasi jampi sikit sama itu saya punya Laptop…kais buang itu virus-virus….gila kuasa.
Nampaknya satu minggu saya kena “tido” sebab itu komputer suda kena VIRUS RASTOMATRIX.
huahuahuaaa
Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)
Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?
Sila buat lawatan sambil belajar di:
http://theindiestory.blogspot.com/
CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.
Saya sudahpun lawati blog Dr Mohamad Khir Toyo, http://www.drkhir.blogspot.com. Saya telahpun letakkan dua komen, berhemah di blognya, sebagaimana yang diingininya. Pun begitu, ingin sangat sedikit masa lagi, menyampaikan informasi kepadanya, perihal bagaimana, semua lubang tertutup untuk *training* bagi kami di Selangor, sewaktu kepemimpinannya di negeri ini.
Klik di bawah pasti ketemu akan Khir Toyo’s BLOG
http://www.drkhir.blogspot.com/ <– klik saya
Rupa-rupanya Toyo telahpun setup perniagaan terbarunya iaitu menjual TEMPE
pak rastom nak curang kepada komuniti blog ke dengan setup website?
tuan,
tak khir toyo la macam ni!!!
bumilangit! website di domain tu dah lama ada, cuma tak diaktifkan saja, rugilah kalau biar saja, khirtoyoisme mana serasi dengan web 2.0!