Uruskan yang kecil kecil sebelum yang besar besar

introducing.jpgKetika saya sedang layan dengar lagu lagu persembahan Trio Brad Mehldau yang sedang ngetop dikalangan pendengar dan pemuzik jazz kontemporari, rakan saya Tuan X telefon. Trankuiliti syahdu terhenti.

Saya: Tahniah, sekarang sudah jadi kerajaan.

Tuan X: Terima kasih. Tapi masalah juga walaupun menang.

Saya: Masalah lagi? Kalah menang, dua dua ada segi permasalahannya. Masalah mengurus kekalahan dan yang satu lagi kemenangan.

Tuan X: Hang cakap pandaila, kalau hang jadi macam aku baru hang tau. (Cakap Kedah: Cakap memang senang, awak tidak tahu masalah yang aku hadapi)

Saya: Hahahahaha! Pasai tu aku tak masuk politik. Hang orang politik, pandai pandailah. Jangan buat apa yang regim dulu buat sudahlah.

Rakan saya cuma inginkan pandangan mengenai perbedaan antara masalah jadi wakil rakyat kerajaan negeri dengan wakil rakyat peringkat parlimen. Saya tidak perlu mengajar apa apa kepadanya kerana beliau lebih arif kerana sudah lama bikin kerja sosial dan organisasi sejak di kampus. Cuma mungkin beliau inginkan sedikit input yang berbau bau falsafah yang universal. Atau mungkin dia sengaja mau basa basi supaya tidak dicap sebagai kacang lupakan kulit bila sudah menang.

Pada hemat saya adalah lebih sukar bekerja sebagai ADUN daripada MP (ahli Parlimen). Lebih banyak remeh temeh menguruskan kedai runcit daripada supermarket. Lebih mencabar menulis cerpen daripada novel. Lebih payah menjadi ketua band seperti Trio Brad Mehldau daripada menjadi konduktor sebuah orkestra simfoni atau big band. Anda tidak boleh tidur seperti di Parlimen.

Contoh Trio Brad Mehldau: Cuma tiga alat muzik, piano sebagai penjana ritma dan solo, bass sebagai penjana tulang belakang irama dan dram sebagai penjaga masa. Sebarang kesilapan tiada alat lain yang boleh bantu seperti di dalam orkestra terdapat violin satu, dua tiga dan sebagainya. Chord dan solo hanya daripada satu alat sahaja yakni piano. Itulah saja sumber harmonisasi dan solo. Jika di dalam big band atau orkestra alat alat muzik yang ada hanyalah duplikasi untuk meningkatkan volume dan dinamika selain daripada memperkayakan harmoni.

Menulis cerpen: Dalam masa yang singkat, penulis perlu garapkan suatu cerita yang menarik. Unsur drama, tension dan sebagainya dimuatkan di dalam suatu karya untuk dibaca di dalam masa yang singkat.

Filem iklan/jingle/promo: Seperti cerpen, di dalam masa 40 saat, kena wujudkan impak yang berkesan. Apa bahan yang perlu dimasukkan, pilihan perkataan dan ayat yang besar impaknya. Biasanya antara 40-50 saat mesej itu perlu dimampatkan kerana apa? Air time harganya tinggi. Jika anda boleh hasilkan yang ini, maka anda layak bikin filem yang lebih panjang mengalahkan filem Yusof Haslam atau Profesor Makdia yang bertele tele dan penuh slapstick. Anda tahu apa yang relevan dan apa yang tidak.

Kedai runcit: Jika anda mahir menguruskan kedai runcit, kemahiran anda boleh menandingi bapa bapa koperat yang tiada asas niaga dari peringkat bawahan. (Buktinya lihat kenapa banyak syarikat yang diperbadankan banyak masalah)

Sains & Teknologi: Pakar mikrobiologi dan patologi kerjanya meneropong benda yang halus, yang kecil kecil sahaja. Tetapi sumbangan mereka besar di dalam membantu para doktor mengenal jenis kuman dan penyakit.

Rumusannya ialah jika Tuan X rakan saya ini boleh berfungsi sebagai ADUN yang berkesan bermula dari peringkat negeri, kemudian jika dia ke Parlimen, dia pasti boleh berfungsi dengan lebih berkesan dan berjaya dan tidak akan jadi Ahli Parlimen yang tidur dan bangun hanya bila terdengar wakil lain menghentak meja.

22 thoughts on “Uruskan yang kecil kecil sebelum yang besar besar

  1. aku tak boleh lama-lama duduk kat sini, lama-lama boleh gila isim.

    Aku rasa Pawang Diraja Rastom, betul-betul dah jadi gila.

    1) dia dah start dengar lagu trio Brad Melhdau

    2) dia dah mula nak bukak kedai runcit

    3) dia dah mula bercakap dalam telefon sorang diri. (sedangkan Tuan X tidak pernah wujud, hanya sekadar berilusi) lepas tu dia main bantai pulak cakap kedah.

    Arrh…tidak…tidak! Aku tidak mahu terlibat dengan semua ini. Sebelum laptop aku kena santau tuju angin lagi…baik aku blah!

    Tuen elhakim lain laa…dia dapat Mat Said punya tangkal kebal.

    The Derhaka Student

  2. Ampun Tuanku Rastom! Daulat Tuanku harap diampun.

    Jangan marah Tuan! hehehe

    Tuan Ismeth Ulam Rajalingam Moderator, kali ini beta ampunkan, lain kali bikin derhaka, beta mungkin keluarkan watikah melantik tuan menjadi duta Mongolia.

  3. Impak akibat terbaca newspaper kerajaan mengenai tuntutan Cuepacs sampai sekarang masih menghantui aku walaupun 5 jam telah berlalu.

    dan apa hubungkait tentang diskriminasi pegawai kerajaan oleh negeri2 yang dikuasai oleh parti pembangkang, ITULAH YANG MENJADI PERSOALAN AKU SEKARANG.

    Nampaknya dalam hal ini, Kita, jarang-jarang benar menuding jari ke atas kita sendiri dan sering menghalusinasikan sesuatu yang belum nyata.

    ADA SESIAPA BISA BANTU ?

  4. β€œLebih banyak remeh temeh menguruskan kedai runcit daripada supermarket. Lebih mencabar menulis cerpen daripada novel. Lebih payah menjadi ketua band seperti Trio Brad Mehldau daripada menjadi konduktor sebuah orkestra simfoni atau big band. Anda tidak boleh tidur seperti di Parlimen.”

    Dari pengalaman saya sendiri, kedai runcit dan supermarket ni lebih kurang je, ada cabarannya tersendiri. Mungkin dari luar kedai nampak berlainan.

    Kalau kaki tidur tu, usahkan di Parlimen, di mana-mana pun dia akan tidur.

  5. Tuan Gurindam Jiwa,

    Saya panggil dia abang…

    Tapi kalau Tuan panggil dia abang, mungkin dia tutup terus blog ini…

    Mungkin boleh, kalau tambah + ipar … πŸ™‚

  6. Bang, kalau ikut MP Rembau, masa nak undi dia rajin balik kampung. La ni khabarnya, jangankan bayang, kelibat pun tak nampak dah… Orang Rembau dah bising tu…

    Itulah habuannya, pangkah lagi!

  7. Tuan Prof. Diraja Rastom al haj mba. mQa. University Chulalongkorn,

    Cara cik Siti panggil anta Abang, betul2 buat ana mau amalkan itu Poligami.

    Sesungguhnya Prof. anta betul2 beruntung sebab ada kaum hawa mau panggil Abang.

    Ana rasa itu Cik Siti Tanjung Perak memang suda kena ilmu buluh perindu melalui kabel internet. Macam itu jugalah Laptop ana boleh tiba2 jatuh sakit. Itu Jampi Tuan Rastom suda menular melalui kabel optik.

    Ana surrender, macam itu Hishamuddin Tun Hussien baru angkat tangan.

    Ketua Pemuda cium keris,
    Keris plastik dari China,
    Tuan Rastom jangan terguris,
    Hamba tak maksud untuk menghina.

    Tuai padi antar masak,
    Esok jangan layu-layuan,
    Khairy teruk kena asak,
    Orang Rombau suda Bo Layan.

    Tuen elhhakim Orang budiman,
    Gurunya Rastom banyak pengelaman,
    4 negeri bertukar tangan,
    Tara apa pun…semuanya aman.

    Ewah!

    Balas Prof…jangan tak balas.

    Tuan Sha Na Na Gusmao nah!

    Adnan Yaakob mengangkat tangan
    Khalifah besar super brahman
    Kalah menang adat permainan
    Tawadu’ juga tandanya iman

    Hunus keris buatan Cina
    Tikam tak lut berdarah tiada
    Anak menantu jangan dihina
    Bakal PM yang paling muda

    Empat negeri bertukar tangan
    tangan dracula banyak bulunya
    Kuasa rakyat dilupa jangan
    Dolah juga yang kena nanya

  8. Pasal Ketua Pemuda dgn keris tu kita tolong jawab cam ni:

    Ke Teluk sudah ke Siam sudah,
    Ke Mekah saja aku yang belum;
    Kupeluk sudah kucium sudah,
    Bernikah saja aku yang belum.

    πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜†

    Lepas tu kita susun jari cam ni:

    Fikir memikir sama lawak,
    Jangan dibawa ke Tanjung Jati;
    Sindir menyindir sesama awak,
    Jangan dibawa masuk ke hati.

    πŸ˜€ πŸ˜€ πŸ˜€

    Nasi lemak buah bidara
    Masak gulai dalam kuali
    Benar sunguh bagai dikata
    Semakin tua makin menjadi

    Burung pipit ikan jelawat
    Makanan ruji baba dan nyonya
    Budaya rempit semakin gawat
    Nikah lagi dapat pahala

  9. hehe..yang kecil mmg boleh uruskan…tp secara kecil-kecilan la…yang besar macam mana nak uruskan coz tak der peluang….pasal perubahan aper atau ader atau tidak ker pasal kerajaan baru dan lama sy rasa thats not a big deal buat masa sekarang tp apa yg penting ialah daya dan peluang di pelbagai peringkat. maksudnya mcm mana nak buat perubahan kalau masih kurang kuasa…dapat peluang menyuarakan tak sama dengan peluang melaksanakan…so wheres the changes?

    Sabar. Ada contoh dalam sirah Rasulllullah. Bermula dari yang kecil, yang hamba abdi, akhirnya maharaja sultan pun ditawan.

  10. Tuan Gurindam Jiwa,

    Kita bagilah pantun sehebat mana sekalipun, Raja Pantun Seluruh Karachi, Prof. Rastom fakulti Tarekat Chisti akan jawab dengan selamba sambil kunyah biskut Marrie.

    Pak Rastom uncle genius, yang sepatutnya diberi tempat dalam Pakatan Rakyat.

    Think Tank Pak Rastom bisa sahaja menumbangkan lagi sebuah negeri lain. Jangan terkejut kalau pahang negeri seterusnya…

    Kalau tidak masakan Cik Siti Wan Kembang ketua Women Rights seluruh Dataran Beijing boleh memanggil beliau abg…kenapa bukan Pak cik? Kenapa Abang? Arrh…cemburu benar diriku ini.

    hehehee

  11. Pak Rastom, Selamat bertemu setelah sekian lama menyepi.

    Tuan X itu perlu kah pegawai-pegawai pembantu? Kalau ada berhajat saya unjukkan resume. Dah tak larat nak “tanam anggur” di rumah. Tak menjadi pun.

    Analogi Pak Rastom salah zaman la. Kalau ADUN main cara kedai runcit kampung, letih. Di kampung boleh la, dialah tokey, dialah kuli. ADUN sekarang, dah boleh disamakan dengan supermarket. Ahli Parlimen pulak ditahap pengurusan hypermarket.

    tuan Hanifzuhdi, saya nasihatkan jangan, jangan, jangan kerja dengan orang politik…..melainkan kita juga berjiwa seperti politikus…risiko yang perlu ditanggung agak berat.

  12. hehe……kelakau la moderator nie……tak der makner nya kalo moderator nak jealous kat en rastom coz kebanyakan org pompuan yg panggil en rastom ABANG tue sebab nak amek ati dia jer…kang dia block komen kang…..haaa….susah la plak…hehe…dalam erti kata sebenar mmg tak hinggin nyer…hahahaha…sy pun mula2 jumpa en rastom pun confused nak panggil pakcik ker tok janggut…coz tak der beza pun…tp memikirkan dia tu penyelia praktikal kitorang …ok la…panggil jer la..nak amek ati la katakan…bwoahahahaha

    Ciik Bashirah: Memanglah pakcik dah tua. Janggut pun tebal ada uban uban sikit macam Osama Laden. Itulah yang Tuan Moderator cemburu sangat tu, dia pun macam abang eh…..pakcik juga, berjanggut yang menggoda…hehehe

  13. Hehehe…..PEMBETULAN……En.Rastom dan Moderator bukan berjanggut yang menggoda yerrr…. tp berjanggut yang menggelikan….geliiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..geliiiiiiiiiiiiiiiii…..hehehe…tolong la kasik cukur bersih itu janggut2 anda semua….k…….org sekarang dah tak simpan janggut lg la…….simpan duit jer dah la…

    Wahai Cik Bashirah, apa kata kalau saya simpan dua dua, janggut dan duit? Banyak duit nanti boleh lah saya masuk mexxxxxg..hehehe

  14. feerrrhhhhhh…siti bashirah al umairah, anti memang selamba.

    ingat sikit bashirah…mula-mula pak cik, akhirnya…abag seumur hidup nanti…

    Enche’ Rastom pengamal peruabatan tradisional…parah nanti…

    hehehe…sori guru. ada teruja sikit.

  15. Bashirah,
    Tergelak-gelak saya baca komen janggut tu. Itulah malang kita ni, ramai lelaki yang menyimpan janggut ala-ala Osama dan ingat dia macho, tapi kita yang semak di mata. Lagi satu yang saya paling tak suka tengok, janggut di bawah bibir. Bagi saya, memang sah mamat tu gatal…

    Saya tak boleh panggil bang Rastom pakcik sebab faktor umur. Itulah kita sudah silap. Sebab terlalu mendalam budaya memanggil orang dengan panggilan manja (istilah Sifu PTS), sebab tu ada yang jarak umur bagai bapa dan anak masih berabang-abang lagi. Macam Siti Sarah dan Jamal Abdillah.

    Cik Siti Zubaidah Kembang Setaman, apa boleh buat, janggut sudah jadi trade mark, kalau buang muka nanti nampak macam perempuan. Saya pun tak suka janggut di bawah bibir, tak sunnah langsung hehehe…lagi satu pasal umur, di dalam alam maya, semua orang adalah MUDA (trang-tang-tang!) dan mempunyai darjat darjat tinggi seperti Yang Arif Tuan el Hakim, Sheikhul Hujjatul Islam el Moderator hehehe

  16. Faktor umur ye. Panggil ABANG ni sebab nak ambil hati ye. Kalau tak panggil Pak Cik je ye. Kesian…

    Roti diracik sambil dihidang,
    Buat santapan si anak raja;
    Segan ke pak cik dipanggil abang,
    Segan ke abang panggil awak awaaaaak je.

    πŸ˜†

    Manalah tak pupus burung wak-wak tu.

    πŸ˜†

    Janggut ni bukan sembarangan. Untuk cari makan. Buat perangsang. Makan nasi pun nak kena ada ulam, kan? Tak pernah dengar pun isteri Prof. DiRaja Ungku Aziz tu komplen?

    πŸ˜‰

    Tuan GJ nanti kita buat entri spesial pasal janggut!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s