Mahathir tuduh Pak Lah, Umno tuduh blogger, rakyat jadi saksi

Senario politik Malaysia bergolak lagi, memuncak  entah ke tahap mana nanti. Di dalam kerangka sesebuah drama, novel atau filem kemuncak atau tension juga dipanggil klimaks dan ia pasti berakhir dengan suatu keadaan yang dipanggil resolusi. Banyak sudah analisis dilakukan oleh para bloggers mengenai hal ini maka tiadalah niat saya untuk menambah nambah lagi analisis ini melainkan melihatnya dari sudut seorang Tuan Direktur sebuah lakon layar.

Di saat entri ini ditulis, protagonis yang seorang lagi, mantan TPM DS Anwar Ibrahim, menggerakkan strateginya yang tidak diketahui umum kerana sekian lama digelapkan oleh media besar. Mungkin ini satu keuntungan buat beliau dan kerugian buat para lawannya. Pun demikian, gerak operasinya boleh dibaca oleh para pemerhati politik yang sentiasa mengikuti perkembangan  politik Malaysia sejak bermulanya era Mahathirisme. Babak babak kecil yang dilaporkan setiap hari diakhbar seperti Mahathir kata begini, Pak Lah jawab begitu, kemudian disambut oleh para pelakon pembantu, ‘extras’ hanyalah babak subplot, atau selingan sebagai filler atau penyendat.

Apa yang telah dan sedang berlaku itu ringkasnya adalah suatu “work-in-progress’ dalam usaha merungkai kerosotnya  lembaga kewujuduan Malaysia sebagai sebuah “polity” yang memilikki segala ciri sebuah demokrasi tetapi malangnya segala sendi dan jentera tersebut sudah dikantoikan oleh sejenis wabak lama yang sukar ditanggalkan. Tiadalah jenis jenis detergent atau chlorox yang mampu menanggalkan faham Mahathirisme itu melainkan daripada daya usaha seluruh rakyat Malaysia juga dan kesedaran ini semakin menampakkan bibit bibit positif daripada keputusan PRU 12 baru baru ini. Usaha untuk menjadikan negara maju bahu membahu dengan negara lain bukan dengan menjadikan negara ini kaya tetapi dengan memandaikan bangsa dan rakyatnya.

12 thoughts on “Mahathir tuduh Pak Lah, Umno tuduh blogger, rakyat jadi saksi

  1. Di dalam kerangka sesebuah drama, novel atau filem kemuncak atau tension juga dipanggil klimaks dan ia pasti berakhir dengan suatu keadaan yang dipanggil resolusi

    Dalam drama itu ada adegan bogel dibintangi oleh chua soilek

    Yang tu iklan selingan ubat ubat kuat untuk libido jantan!

  2. tn elrastomo moyo el-tererrterk,

    Sgt besar ruginya.
    Sebab seorang lagi protogonist yg juga mantan TPM- Tun Ghafar Baba tiada dalam wayang ini.

    jika tidak, filem-benar ini lebih ngetop.

  3. Bloggers jugak yang dituduh… tapi tak apa. Mereka bermain dengan api, nanti mereka yang terbakar diri…

    apa saja terlintas – jadilah kambing hitam, kambing putih juga terlepas

  4. Mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.Tak faham apa dan bagaimana.Asalkan ada alasan ,belasah sampai boleh.

    Atau takut dengan kabinet bayangan?

  5. Bomoh Artis Rastom martabat ke-7…sahabat manusia dan jin;

    tuduh menuduh amalan biasa. dimulut kata benci. dalam hati saling rindu merindui…

    biar depa bergasak sesama sendiri, kita yang kat bawah ni saje2 dok perati. hiburan free…

    “Mahathir bantai Pak Lah,
    Anwar hentam mahathir,
    rakyat dibawah tiada masalah,
    yang penting kasi turun dulu itu petrol…sama itu api dan air”

    hah! baru betol…

  6. Minta Laluan…dengan keizinan dan budi bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

    Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai…Haaiiittt!

    Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Terbit Matahari…

    Dato’ Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya… Haaaittt!

    Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche’ Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

    Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus ‘Kem Wawasan’ yang dikepalai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

    Sila baca ulasan seterusnya di :
    http://theindiestory.blogspot.com
    Check it out!
    TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s